14 January 2012

Tears

Aku menaip coretan ini dalam hujan, bersama airmata yang tiada siapa akan pernah faham. Sendu yang tak berkesudahan. Bila semua ni dah habis? Tunggu aku habis degree? Ke nak tengok aku extend dulu? Aku tak suka nak mention pasal personal life aku kat public. Setakat hint yang cukup aku luahkan sudahlah. Tapi... aku sakit. Sakit di benak ni.

Penat, malam ini, setelah argue through the phone. Aku menangis tak berhenti. Aku takut, takut Dia tak redha dengan apa yang aku lakukan. Demi Allah, aku mencari redhaNya. Cukup. Asal kau bahagia, aku bahagia. Sebab aku tak dapat berikan bahagia itu pada kau. Aku menangis, kecewa dengan tindak-tanduk kau. Tapi kalau itu yang selalu saja buat kau bahagia. Go ahead.

Habis berbasa-basi tadi dengan dia. Salah menyalahkan. Tak sedar kesilapan masing-masing. Aku sudah puas memuhasabah diri. Mencari kesilapan diri. Ya, aku silap. Maaf atas segala keterlanjuran kata, tapi kau takkan pernah faham kalau aku tak setegas ini. Ya, aku tegas tapi aku juga lemah, lemah bila aku terpaksa menyakitkan hati orang yang aku sayang. Itu yang kau tak tahu tentang aku. The feelings part. Demi Allah, aku menangis kerana takut benar akan balasan Dia pada aku sekiranya apa yang aku lakukan ini jauh dari landasan yang Dia benarkan. Ampunkan aku. Aku bukan berlagak baik. Tapi aku menulis ini dengan harapan kau membacanya. Aku penat, penat berperasaan begini. Aku kesal tak sempat ubah satu benda dalam diri kau, sebab kau cukup marah bila aku mention pasal "benda" tu. Aku doakan kau sedar satu hari nanti. Biarlah wanita yang buat kau bahagia tu mampu menyedarkan mana silap kau. Kerana apa pun yang aku tuturkan, hanyalah hanyut dibawa arus keegoan kau. Maafkan aku. 

I want to help myself. I want to be strong. But you make me weak from day to day. I'm sick of it. Biar aku telan kesilapan ini. Kesilapan yang tak tahu bermula dari mana. Fikirlah, minta bantuan Dia kerana hanya Dia yang mampu membantu. Aku... aku punya kawan. Terima kasih kawan atas segala semangat, kekuatan, pujukan yang tak pernah berhenti aku terima. Itu cara aku menangani kesedihan. Speak. Write. That's the other way to overcome this sadness.

Ya, aku ubah airmata sedih itu dengan airmata taubat. Aku pohon petunjuk. Aku pohon Dia ampunkan dosa aku yang lalu yang mungkin penyebab aku sakit begini. Kalau kesakitan yang begini yang boleh Dia ampunkan dosa aku yang lalu, aku redha. Ampunkanlah aku Ya Rabbul Izzati.
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sudah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku”. (Surah al-Qasas 28:16)

13 January 2012

The Pencil and Eraser

I have a bedtime story for tonight. Happy reading. Adapted from IslamicThoughts @twitter

A conversation between a pencil & a eraser:- 

PENCIL: "I’m sorry." ERASER: "For what? You didn’t do anything wrong."
PENCIL: "I'm sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it."
PENCIL: "But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time."
ERASER: "That's true. But I don't really mind."
ERASER: "You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong."
ERASER: "Even though one day, I know I'll be gone & you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job."
ERASER: "So please, stop worrying. I hate seeing you sad."

Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way, they get hurt & become smaller/older & eventually pass on. Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children. They will always hate seeing their precious ones worrying, or sad. All my life, I've been the pencil. And it pains me to see the eraser that is my parents getting smaller and smaller each day. For I know that one day, all that I will be left with would be eraser shavings and memories of what I used to have.

 

02 January 2012

Waiting Outside The Line

Lagu ni kalau aku dengar mesti aku teringat kat someone because of the lyric itself - waiting outside the line. But I'm not sure either I am able to wait because of a few reasons. So, let's leave it to Allah. I don't want to think about it anymore..*actually still trying to*

Anyway, today is 2nd January 2012. Alhamdulillah atas hela nafas yang Dia berikan pada hari ini. Syukur atas rezeki yang Dia berikan, tanpa Dia kita tak mampu untuk buka sekalipun. Maka bersyukurlah dengan apa adanya. Allah uji aku sebab Dia sayang aku, sebab Dia nak aku meminta dariNya yang mungkin selalu je mungkir janji denganNya. Wallahualam... Apalah kiranya kudrat kita tanpa izinNya.

Hari ni aku nak cakap pasal lirik ni mengikut tafsiran aku.. Outside the line... Apa guna line tu? Line tu adalah batas-batas yang Dia gariskan untuk make sure kita ni sihat, bahagia.. Tak semestinya bahagia sekarang, bahagia itu subjektif, aku pernah mentioned pada blog sebelum ini. Bahagia itu sangat subjektif, terpulang kepada individu masing menafsir makna bahagia itu sendiri. Allah itu Maha Penyayang, kerana itu Dia gariskan dengan pelbagai peraturan. Dia nak berikan yang terbaik untuk kita. Allahuakbar..

Percaya padaNya, pada perintahNya. Jangan tunggu susah, nak exam baru nak cari Dia. Tugas yang wajib tetap wajib ditunaikan. *pesanan kepada diri sendiri juga* Esok kena study harder, final exam just around the corner, I want to perform better. Usaha! Good luck kawan.. Sayonara

01 January 2012

A New Chapter Begin

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, dengan izinNya aku masih bernafas pada hari yang baik ini. 1 Januari 2012 jatuh pada 7 Safar 1433H. Banyak yang telah aku harungi selama 22 tahun 25 hari aku bernafas pada hari ini. Aku bersyukur dengan segala yang Dia telah kurniakan pada aku. Alhamdulillah. 

Aku tinggalkan 2011 dengan penuh dengan drama, tangisan, tak lupa juga gelak tawa yang mungkin kadang kala buat aku lupa pada Dia. I really want to leave my bad memories, my stupid mistakes. But I do believe, kalau bukan sebab stupid mistakes tu, aku tak sedar akan kesilapan aku. Here we go. Aku menerimanya dengan hati terbuka. Cuma aku harapkan Dia berikan aku kekuatan. Apa yang aku percaya, aku percaya pada janji Dia. Dia akan selalu menemani aku. Tanpa penat lelah. Aku percaya dengan kewujudanNya maka aku juga percaya pada Asma Al-Husna yang ada padaNya. 

"You have to move on.. You need the time but don't wait for the time.. Because we always waiting for the time, but the time never wait for us.. Now! It's time to forget him.. force yourself.. there are lot of peoples loving you much more than he could..and more than how you love him"
Someone said that to me, and benda tu yang asyik terngiang-ngiang di telinga aku menjadikan aku seorang yang lebih kuat for now. Thank you so much to Mr. Izamudin. I really appreciate whatever you said, you did for me even we haven't speak almost 10-13 years. THANK YOU

3 tahun aku tak menggunakan diary sebab aku sentiasa ada someone yang aku boleh bercakap,  mengadu, yang jarang sekali buat aku menangis. Tapi aku dah tak ada semua tu, so, yes, I need a diary this year. Because there will be more tears since I have no one besides me anymore. I have to admit that. Agak susah, agak mencabar untuk aku lalui tahun ini. Yes. Maka, diary akan jadi tempat aku mengadu lepas ni selain dari sujud aku pada Dia, mengadu memohon pertolongan dariNya yang tak pernah hampa dengan aku yang selalu saja melupakan Dia saat gembira. Nauzubillah. Ampunkan aku Ya Allah. Banyak dosaku.. Apalah dayaku, aku memang hanya manusia biasa yang naif yang sentiasa perlukan perhatian dari Dia Yang Esa.


Apa yang aku harapkan pada tahun baru ni? I really want to move on. I really want to build a new Siti Salwa Hanim Atan. I realized my mistakes. I will fix it. Aku tak mampu kembali pada masa aku buat kesilapan itu, kerana Dia pernah mentioned, perkara yang paling jauh dari kita adalah masa lalu. So yes. Apa aku mampu hanyalah, betulkan keadaan, betulkan kesilapan.

I admit that 2011, aku busy dengan kegiatan kokorikulum. Sekretariat Mahasiswa Fakulti buat aku jadi pening, hilang tumpuan, bowling KARISMA dan SAF. But yes, itu sebenarnya apa yang aku mahu dari awal aku masuk Diploma lagi. Tapi aku tak mampu seaktif itu dulu, so, once I got the opportunity, I grab the opportunity. Kat mana silapnya? Silapnya aku kurang bijak bahagikan masa. Menyebabkan assignment aku tak buat, my group members yang bertungkus lumus siapkan assignment untuk pihak aku. I can't believe I did that to my assignment group. I am not like that. Aku seorang yang sangat komited dengan komitmen aku, tapi this time... aku kategorikan.. aku gagal. Maafkan aku wahai kawan. I won't let it happen next semester. I promise and you got my word. Seriously, maafkan aku Ayu, Nana, Khai, Pija, Alan dan Radzlan. Aku lost semester ni. Maafkan aku. I won't let it happen again. Tolong guide aku, sebab aku rebah sekarang.


Ya, aku rebah. Aku rebah kerana cinta pada manusia. I forgot of His unconditional love towards me all this while. Aku pesan pada dia, jangan terlalu sayang pada manusia, nanti kita merana. Tanpa aku sedar, aku sayangkan dia lebih dari segalanya. Itu silap aku. Aku sedar, namun aku malu mengatakan aku sedar hanya setelah aku terhantuk. Tapi at least, Allah bagi aku peluang untuk sedar. Ya. Kerana Dia sayangkan aku. Dia tak nak aku lalai dengan duniawi. Maka, aku bersyukur dengan segala dia kurniakan pada aku. Allahuakbar. Hebatkan Dia?


So, atas beberapa kesilapan lain yang aku tak mampu nak tuturkan di sini, biarlah hanya aku dan Dia yang tahu, dengan harapan, Dia berikan aku hidayah untuk aku betulkan segala kesilapan yang aku buat pada 2011. To all my readers, ni beberapa pesan aku untuk mengharungi tahun baru ni :-

# Bersyukurlah dengan apa yang ada. Gunakan apa yang ada depan mata tu dengan baik. Jangan ragu, Dia dah berikan yang terbaik.
# Dia tak berikan kita apa yang kita mahu, tapi Dia berikan kita apa yang kita perlukan.
# Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan segalanya.
# Bila kita senang nak dapat something, kita takkan appreciate benda yang kita mudah dapat tu. Sebab tu Dia bagi kita sedikit kepayahan untuk mendapat kebahagian hakiki tu, sebab kebahagiaan tu akan berkekalan selagi kita mampu gunakan dengan sebaiknya.
# Bukan semua orang akan hargai apa yang kita korbankan untuk mereka. Tak apa. Lakukan kerana Allah, dan kita akan lebih bahagia begitu. Kita serahkan pada Dia. Kita akan jadi tenang. Buat apa saja, niatkan kerana Allah.
# Kasihankan diri sendiri dulu, baru kasihankan orang lain. (ini kelemahan aku)
# Jangan fikirkan tentang kesusahan orang lain, sedangkan orang lain tak pernah nak fikir kesusahan kita pun. Ya, aku perlu jadi selfish sometimes.
# Janganlah jadi seorang yang hanya mencari kawan/seseorang hanya bila dia diperlukan. Hargailah dia.
# Jangan ignore orang yang pernah tolong kita walaupun sekali. Trust me! You break my heart.

Terima kasih kepada mak, abah yang tak pernah lupa zahirkan kasih sayang mereka pada aku, tak kira macamana keadaan aku. Kawan-kawan yang sentiasa memberikan dorongan - Elyana Yazmin, Fatin Adila, Nasieha, Walie, Hafizul, Izamudin, Syafiq, Roderick, Dzul, Hasmadi, Atykah Lottfi, Radzlan Shah, Aisha, 'Amyra dan ada a few yang aku tak sempat nak mention kat sini. Aku hargai setiap bait kata korang. Seriously, I appreciate that.

Akhir kata, aku ingin mulakan tahun baru ini dengan niat dan cara yang baru. Aku hanya mohon redhaNya untuk aku buat semua ini. This new blog is a start. For now.. I have to focus on my examination this 5th January (Thursday). Aku perlukan sokongan. Sekian