18 March 2012

Kembara Tayar

Alhamdulillah. Selepas timbang berat, ringan... Aku jadi join Kursus Pra Perkahwinan yang dianjurkan oleh UiTM Puncak Perdana sekali dengan 5 orang kawan sekelas yang lain. At first memang malas plus tak ready pun nak datang kursus kahwin ni, tapi lepas fikir 2-3 kali, aku ambil keputusan untuk join kursus ni. Bayar RM55 sahaja bersama makan minum dan transport dari UiTM Puncak Alam ke UiTM Puncak Perdana. Tapi aku bukan naik bus pun. Ehehe.. But, RM55 that I spent... rasa worth it la jugak.

Hari pertama kursus aku amatlah sedih dengan segala pengisian program-program ni. Bukan sebab apa, sebab aku asyik terkenang apa yang pernah aku lakukan untuk my ex dulu. Tapi tak ada jodoh, semuanya jadi kenangan. Apa yang menyedihkan, aku takut untuk lakukan semuanya untuk kali kedua termasuklah menyayangi lelaki yang bergelar suami. Benar, momentumnya berbeza antara kekasih dengan suami, benar... tapi hati ni rasa cukup-cukuplah. Tapi... one day, moga Allah bukakan pintu hati aku untuk lelaki yang bakal bergelar suami. InsyaAllah.

Aku memang sangat suka tengok gambar cincin macam ni. :)
Maaflah... rasanya umur aku kini cukup matang untuk berbicara mengenai ini. Samada mahu memahaminya atau tidak, terpulang. Tapi... I don't mind to try for a better life. Nak kata bersedia menghadapi rumahtangga...haha.. of course la tak! Calon tak ada, hati dan perasaan aku pun masih tak stabil, so yes, aku belum bersedia untuk sebarang komitmen sebegitu setelah komitmen 80% yang aku berikan kepada yang sebelumnya.

Pagi ni aku bangun solat subuh dan terus bersiap ke kursus. Turun ke bawah tengok tayar kereta dah kemek. Alamak! Last week aku balik Pahang ada check semua tayar. Dua tayar depan bocor tertusuk skru. Wallahualam... dua biji sekaligus ok? And this week, tayar belakang pulak. Adeiyai... mati akal macamana nak pergi kursus tu kat Puncak Perdana. Then, my friend bagi idea minta tolong one of my classmate untuk tolong hantar ke Puncak Perdana. At first, Shah and Din nak try tukar tayar sebab tayar spare aku is fine, then. ada skru yang amatlah ketat, then classmates aku yang dua orang ni cakap, they can't do that. So, simpan semula tayar, Din hantar aku dan kawan-kawan ke Puncak Perdana.

Rushing balik ke Puncak Alam selepas kursus kahwin tu nak hantar kereta ke kedai tayar. Selepas solat, terus keluar. Nasib baik sempat dengan kedai tu. =) Aku tak sempat nak snap gambar besi yang tertusuk kat tayar tu. Haih..macamana entah boleh tertusuk besi kecik tu kat tayar. Lepas tampal, aku pun balik dengan harapan janganlah tayar kereta buat hal lagi dah lepas ni.

13 March 2012

Yang Terindah

Kata orang, yang terindah tak selamanya kekal. Tapi... apa saja yang kekal di bumi Allah ini? Melainkan pencipta alam ini sahaja. Maka, aku tanamkan dalam hati kecil ini, yang terindah ke, yang terburuk ke, semuanya sementara, semuanya akan berlalu...silih berganti. Moga kenangan terburuk dalam hidup aku sekarang...akan berlalu tanpa aku sedari sebagaimana yang terindah itu berlalu itu pergi meninggalkan aku.

Berat, kasar, besar beban yang aku terpaksa tanggung ketika ini. Tapi...sebesar manalah sangat kalau aku bandingkan dengan dosa-dosa lalu yang tak terkira banyaknya. Ya, itu yang aku harus lebih risaukan. Kerana beban dosa itu yang sebenarnya tak tertanggung di sana nanti. Puas memujuk hati menerima falsafah sebegitu. Aku yang tak ingin lagi berblog dulu, kini jari jemari aku leka menari di atas keyboard Lola ini. Aku terbaca satu artikel, apalah dosa fitnah, gosip yang tersebar di internet, cerita-cerita novel, buku cerita yang ditulis dengan jari jemari insan ciptaanNya... selagi fitnah itu, cerita itu tersebar di kalangan pembacanya, selagi itulah dosanya tak berkesudahan. Maka, aku mengingatkan diri sendiri... peliharalah hati dari perasaan yang terlalu marah, geram agar rasa itu tak tersebar di medium yang mungkin mengakibatkan dosa kita tak berkesudahan.

Kata seorang teman aku... "Wa... apa aku tengok...kau takkan dapat sayang someone else macam kau pernah sayang dia dulu, sebab kau sangat terluka." Aku tergamam... 2-3 minit aku terdiam memikirkan kata-kata dia. Benar...kali ini hati aku benar-benar remuk. 3 kali dalam 5 bulan aku ditolak, terjatuh, terhumban dengan cinta manusia yang amat menyakitkan. Bodohnya aku. Aku sedar...aku tabah... tak kira pahit mana pun sakit yang aku terpaksa telan...aku akan telan. Dan pahit itu pasti akan berlalu...untuk masa 4bulan ini, aku ambil keputusan untuk telan saja segala kepahitan yang ada di depan mata. Telan...telan dan telan. Kerana orang yang aku kenali dulu bukan lagi orang yang sama aku kenali dulu. Tanggungjawab aku dah berlalu...dan aku yang meninggalkan.

I just haven't meet him yet. Or he's not ready yet.
Rasa kecewa setiap kali aku tuturkan nama dia, menitis airmata terkilan yang tak pernah berkesudahan. Tiada nama lain yang akan buat airmata ini menitis selain nama dia. Kerana...dia sebenarnya bukan seperti yang aku sangkakan. Perit. Pedih. Sakit. Aku tersandar di tempat duduk driver selama 30 minit balik dari kelas, tak tertanggung rasa sakitnya...aku hanya mampu menangis dan menangis. Hati turut terluka bila terpaksa tidak peduli akan dirinya, bila aku sengaja menyakitkan hati dia kerana egonya yang aku tak pernah dapat lupuskan walau sudah diusahakan bertahun-tahun lamanya. Hanya aku dan Dia yang mengenali siapa dia sebenarnya, tapi Dia lebih mengetahui apa yang aku tak ketahui. Hati kecil berkata...aku sayangkan dia. Kerana 5 tahun yang aku isi dengan penuh perhatian pada dia, sedangkan dia sekelip mata lupakan kenangan 5 tahun itu. Pedih... hati apa itu? 5tahun yang sia-sia...

Aku putuskan...aku tutup hati ini. Hanya terbuka sekiranya my Mr. Right says "__ __ __ __ __ __ __ __ __ Wawa". Kerana itu jawapan istikharah yang Dia tunjukkan kepada aku.