18 March 2012

Kembara Tayar

Alhamdulillah. Selepas timbang berat, ringan... Aku jadi join Kursus Pra Perkahwinan yang dianjurkan oleh UiTM Puncak Perdana sekali dengan 5 orang kawan sekelas yang lain. At first memang malas plus tak ready pun nak datang kursus kahwin ni, tapi lepas fikir 2-3 kali, aku ambil keputusan untuk join kursus ni. Bayar RM55 sahaja bersama makan minum dan transport dari UiTM Puncak Alam ke UiTM Puncak Perdana. Tapi aku bukan naik bus pun. Ehehe.. But, RM55 that I spent... rasa worth it la jugak.

Hari pertama kursus aku amatlah sedih dengan segala pengisian program-program ni. Bukan sebab apa, sebab aku asyik terkenang apa yang pernah aku lakukan untuk my ex dulu. Tapi tak ada jodoh, semuanya jadi kenangan. Apa yang menyedihkan, aku takut untuk lakukan semuanya untuk kali kedua termasuklah menyayangi lelaki yang bergelar suami. Benar, momentumnya berbeza antara kekasih dengan suami, benar... tapi hati ni rasa cukup-cukuplah. Tapi... one day, moga Allah bukakan pintu hati aku untuk lelaki yang bakal bergelar suami. InsyaAllah.

Aku memang sangat suka tengok gambar cincin macam ni. :)
Maaflah... rasanya umur aku kini cukup matang untuk berbicara mengenai ini. Samada mahu memahaminya atau tidak, terpulang. Tapi... I don't mind to try for a better life. Nak kata bersedia menghadapi rumahtangga...haha.. of course la tak! Calon tak ada, hati dan perasaan aku pun masih tak stabil, so yes, aku belum bersedia untuk sebarang komitmen sebegitu setelah komitmen 80% yang aku berikan kepada yang sebelumnya.

Pagi ni aku bangun solat subuh dan terus bersiap ke kursus. Turun ke bawah tengok tayar kereta dah kemek. Alamak! Last week aku balik Pahang ada check semua tayar. Dua tayar depan bocor tertusuk skru. Wallahualam... dua biji sekaligus ok? And this week, tayar belakang pulak. Adeiyai... mati akal macamana nak pergi kursus tu kat Puncak Perdana. Then, my friend bagi idea minta tolong one of my classmate untuk tolong hantar ke Puncak Perdana. At first, Shah and Din nak try tukar tayar sebab tayar spare aku is fine, then. ada skru yang amatlah ketat, then classmates aku yang dua orang ni cakap, they can't do that. So, simpan semula tayar, Din hantar aku dan kawan-kawan ke Puncak Perdana.

Rushing balik ke Puncak Alam selepas kursus kahwin tu nak hantar kereta ke kedai tayar. Selepas solat, terus keluar. Nasib baik sempat dengan kedai tu. =) Aku tak sempat nak snap gambar besi yang tertusuk kat tayar tu. Haih..macamana entah boleh tertusuk besi kecik tu kat tayar. Lepas tampal, aku pun balik dengan harapan janganlah tayar kereta buat hal lagi dah lepas ni.

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195