13 April 2012

Sepi Itu Indah

Sedang blogwalking, terlihat satu tajuk entry blog - "Sepi Itu Indah" dan aku terpanggil untuk menulis tentangnya.

Aku tertanya pada diri sendiri. Apakah definisi bahagia? Aku pernah berbicara tentang bahagia satu masa dulu. Apa definisi bahagia untuk diri aku sekarang? Aku bahagia walau aku tak punya apa yang aku inginkan, aku masih ada apa yang aku perlukan. Cukup! Ada mak dan abah yang masih sihat menjaga dan mendoakan aku dan adik-adik setiap hari. Aku tak kenal erti bahagia sejak aku sedar, bahagia itu sukar...sebenar-benar bahagia adalah ketika kita menjejakkan kaki di syurgaNya. Hanya itu bahagia yang sebenar-benarnya yang kita inginkan. Aku sendiri keliru dengan definisi bahagia itu sendiri, kerana bahagia amat sukar untuk aku perolehi. Mungkin....satu hari nanti.

Aku tidak terdesak meminta cinta dari sesiapa. Aku juga tak terdesak memohon dipertemukan jodoh secepatnya, aku masih belum sedia untuk sebarang komitmen yang boleh buat aku terjatuh tersungkur sekali lagi. My answer is always no... hinggalah aku berjaya mendapat 3 kunci untuk diri aku sendiri. Apa 3 kunci tu? Kunci kereta, kunci rumah dan kunci office sendiri. Kerjaya yang menyenangkan, rumah yang cukup selesa untuk aku diami dan kereta yang aku idamkan.


Aku masih belum sedia, aku ingin hidup bersama rakan-rakan. Single life is better. I admit that. No one can stops you from doing this and that, as long as you know what are you doing. The hardest part being alone ni, bila sakit. Aku dijaga ketika sakit selama bertahun-tahun lamanya. Hanya dia yang tahu sihat sakit aku, but no more. Allah benar-benar mahu mengajar aku hidup berdikari. Dia benar-benar ingin aku belajar hidup sendiri setelah beberapa tahun dimanjakan. Itu hikmahnya yang pasti dan aku tak ingin pernah mengeluh atas apa yang Dia tuliskan untuk aku untuk apa yang aku ada hari ini.

Benar, sepi itu indah. Kerana ketika itu, kita akan lebih hampir padaNya, lebih mengingatiNya, lebih yakin dengan kewujudanNya, lebih yakin Dia menyayangi kita. Sepi itu indah bila Dia tunjukkan kebenaran yang Dia sorokkan selama ini. Indah kerana Dia mengetahui apa yang kita tak mampu ketahui. Sepi itu juga indah kerana kita lebih mengabadikan diri kepadaNya siang dan malam. Juga indah kerana titis airmata memohon keampunan atas segala dosa-dosa yang telah lalu, indah kerana Dia yakinkan hati ini, Dia lebih menyayangi aku mengatasi segala kasih sayang yang ada di muka bumi ini. Kerana itu sepi itu indah.

Aku tidak menolak cinta, aku tidak menolak untuk jatuh cinta lagi... tapi hati cukup sakit. Sepertimana pelangi yang ingin muncul selepas hujan, begitu juga aku... pelangi yang masih belum jumpa cahayanya untuk diwarnakan hidup ini. Belum lagi. Enough said... I'm not ready yet...

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195