17 May 2012

Bicara Tentang Janji

Kata orang janji memang mudah nak dilafazkan, tapi nak menunaikan janji tu sesuka hati melupakan apa yang pernah dilafazkan tanpa kita sedar kita sedang menyusahkan dan menghampakan orang lain sekiranya janji tu mati macam tu je. Bersyukurlah kalau janji tu tidak diingati oleh orang yang menerima janji. Tapi bagi aku, setiap kata-kata ada maksudnya. Aku seorang pendengar yang baik, juga mudah memahami situasi yang sedang berlaku. Tapi bila berjanji, jangan sesekali berjanji dengan aku, kalau kau tak berniat untuk mengotakan janji atau hanya sekadar mengambil hati, menjaga perasaan dan sebagainya.

Ada banyak cara lain lagi untuk menjaga hati, memikat seseorang selain daripada janji. Jangan berjanji kau akan mengahwini seseorang kerana kau tak berhak untuk menunaikan janji itu. Jodoh yang tertulis untuk kau bukan bersama orang yang telah aku berjanji. Janjilah setinggi mana pun, sehebat mana pun janji kau untuk sehidup semati bersamanya, kalau FATE kau mengatakan tidak, ia akan kekal TIDAK. Maka, aku tidak berjanji...tentang soal esok, apatah lagi berjanji untuk soal jodoh. Tidak sama sekali.


Aku dah lali dengan janji yang tak ditepati. Dah terbiasa, kerana itu aku benar-benar cepat terluka. Jangan sesekali berjanji dengan aku. Sebab sampai sekarang, aku tak percaya dah janji-janji itu. TAPI... ya, aku hampa, luluh, marah sekiranya janji tu hanya dilafazkan untuk mengambil perhatian dan sebagainya. Aku pantang orang yang berjanji begitu. Saudara, jangan berjanji.

Al Quran telah mengungkai permasalahan janji ini dan mendorong orang yang mengukir janji untuk ditepatinya. FirmanNya:
"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya..... " (An-Nahl: 91)
Tambah ALLAH SWT juga pernah berfirman:
"Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dimintai pertanggungjawabannya." (Al-Isra':; 34)
Menepati janji itu juga adalah sebahagian dari iman. Barangsiapa yang tidak menjaga janjinya

maka tiada agama baginya. Maka seperti itu pula ingkar janji, termasuk tanda kemunafikan dan bukti atas adanya kerosakkan hatinya. 
"Tanda-tanda munafik ada tiga; apa berbicara, dia dusta. Apabila berjanji, diingkari. Apabila dipercayai, khianat," Hadis Riwayat Muslim. 
Begitu juga dengan nazar, nazar adalah satu bentuk janji kita kepada Tuhan sebagaimana tanda terima kasih kerana Dia telah memberikan kita apa yang kita inginkan. Itu definisi nazar bagi aku. Ia amatlah dituntut agama untuk ditunaikan janji itu atau azab dariNya akan menimpa dari mana-mana pun satu hari nanti. Ketahuilah, hukum menunaikan nazar adalah wajib. Dan nazar ada diringankan dengan cara-cara lain yang dibenarkan dalam Islam.

Janji untuk melakukan maksiat adalah berbeza daripada segala perspektif janji yang diungkaikan kat atas. Sebab... menunaikan janji itu hanyalah terhadap perkara yang baik dan niat yang baik. Janji yang mengundang keburukan, kemaksiatan adalah perkara-perkara diharamkan olehNya dan tidak wajib untuk ditunaikan. Dan ketahuilah... syurga Firdaus itu dijanjikan untuk orang-orang yang menepati janji. Wallahualam.

Hanya janji PENCIPTA yang akan ditunaikan tanpa ragu. Dan salah satu janjiNya kepada hambaNya adalah : -

“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195