13 May 2012

I Appreciate My MOM Everyday

Happy Mother's Day Puan Rosidah Yaakob
Minggu ke-2 setiap bulan May adalah hari untuk meraikan insan yang bergelar ibu. Bila sebut Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih, Hari Sahabat... I wonder.. Adakah hari ini sahaja yang kita boleh tunjukkan pada mereka yang kita sayangkan mereka. Bagi aku, setiap hari kita perlu menghargai mereka. Aku mendoakan orang-orang yang aku sayang setiap hari. Tak kiralah kawan ke, mak, abah, ummi, boyfriend (single, so, prefer future husband), sayangi mereka setiap hari. Hargai mereka setiap hari. Doakan mereka setiap hari. 

Kalau nak cakap pasal pengorbanan mak ni. Rasanya tak perlulah aku cakap apa pengorbanan mereka pada setiap insan yang bergelar anak. Semua dah sedia maklum. Kita lahir dari perut ibu, berapa banyak tulang patah bila nak lahirkan kita. Lagi-lagi aku ni haa, dah la anak sulung. Mak aku cakap, 7 hari 7 malam dia sakit masa nak lahirkan aku. Kalau nak difikirkan, mak aku adalah perempuan paling kental yang pernah aku jumpa dalam dunia ni. Kerana aku lahir dari perut dialah, aku masih tabah pada hari ini. Walaupun airmata menitis setiap hari memikirkan kehidupan dunia yang seolah-olah tak adil pada aku. Aku masih tabah. Aku masih mampu tersenyum. Aku masih mampu untuk membahagiakan kawan-kawan yang ada.
Aku ingat lagi masa my parent brought me to beach when I was 6years.
Aku punya hati sepertinya. Garang tapi penyayang. Mudah tersenyum. Lembut hati. Kalau teruk mana pun seorang mak itu melayan kita, dia tetap seorang mak. Dia yang melahirkan kita. Itu perkara yang tak boleh kita ketepikan untuk membenci mereka. Bila marah, macam-macam perkataan keluar. Biasalah. But, untuk wanita seperti aku.. sedarlah, segala kemarahan yang kadang-kadang terpacul dari mulut itu datangnya dari hati yang amat menyayangi. Yang risaukan masa depan anaknya. Yang risaukan lelaki yang akan menjaga seluruh kehidupannya. Yang risaukan cara pergaulan kita. Juga risaukan masa depan di akhirat sana nanti. Mereka marah for a reason and the reasons are always "I LOVE YOU anakku". Kadang-kadang mereka tak maksudkan kemarahan itu. Manusia ada macam-macam jenis. Tapi ketahuilah.... dia tetap ibu kamu. 

For now, aku punya self-motivation turned to zero when something keep happening to me sejak akhir-akhir ni (actually dah berlarutan 7-9 bulan). Lepas satu-satu masalah timbul, lepas sorang-sorang buat aku jadi "mess" macam ni. After all, aku ingat... apa yang dah mak lalui sepanjang 22 tahun dia membesarkan aku ni apalah sangat yang nak dibandingkan dengan apa yang aku lalui. Pernah satu tahap yang aku rasa aku terlalu sakit untuk menghadapi satu masalah ni, aku teringat my mum. She's been there. Dia dah pernah mengalami semua benda ni, malah lebih hebat dugaan yang dia tempuhi itu. Apalah sangat apa yang telah aku hadap selama 5-6 tahun hidup sebagai remaja ni. But still, aku harap.. aku dah mengalami semua ini di usia ini, cukuplah.. aku tahu Dia mengajar, melatih aku untuk lebih tabah untuk sesuatu yang mungkin lebih besar akan datang. 

Aku seorang pelajar, dan masih menghitung hari sebagai seorang pelajar. Aku tak mampu nak belikan macam-macam untuk mak. Coklat adalah hadiah yang paling biasa aku bagi pada mak. Tapi, doa... doa itulah hadiah aku untuk mak dan abah setiap hari tanda terima kasih, tanda sayang aku pada mereka yang tak berkesudahan. I'm nothing without them. Enough said... kita adalah pelaburan mereka untuk saham mereka di akhirat kelak. Jangan berhenti berdoa, kerana doa itu yang akan menjamin kebahagiaan mereka di akhirat kelak. Tunggu...tunggu aku dah bekerja nanti. Zahirkan rasa sayang dengan hadiah yang bernilai. Benar.. itu cara aku menzahirkan kasih sayang. I promise you mum, ummi... I will pay you someday. 

Thank you for raised me up to who I am now and I'm proud to be your daughter. 

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195