25 August 2012

Aku Wanita Biasa

Aku terdengar lagu ni masa berjalan kat pasar malam di Puncak Alam sebelum cuti aritu dengan Ecah. Lirik yang buat aku tertarik untuk cari lagu ni adalah:-
"Maafkan aku bila hasratku keliru."
Siapa mengaku dia special? No, I'm not. Aku terluka juga mungkin melukakan. Aku wanita biasa, tapi ada 1001 impian luar biasa. Impian luar biasa tu yang membuat aku rasa ingin bangun dan kutip sisa yang tinggal dan itulah yang menjadi penguat semangat. Kadang-kadang nak bangkit dari break-up ni memang susah, some says they took 2 years to forget and forgive. Aku? Entah, banyak benda berlaku, so... all I need is time.

Bila bercakap pasal kerja. Aku hilang fokus when I was in semester 5, it's getting worst masa pertengahan semester 6. Rasanya macam apa yang aku ada, apa yang aku kumpul, pupuk masa aku part4 hilang macam tu je. Dari segi komitmen. Dan aku nak kena start it all over di alam pekerjaan ni, belum dapat offer apa-apa so aku masih memberi ruang pada diri sendiri untuk buat persediaan mental. Need to stand on my own feet. Agak berdebar nak start semua ni di tempat baru, dalam suasana baru, kenalan baru.

I don't mind trying and lama sangat aku manjakan diri sendiri agaknya. Pengalaman kerja masa praktikal dulu still aku takkan lupakan. Sebab aku banyak belajar, masa tu rasa macam aku boleh bertahan sebab aku ada tempat mengadu. Bukan bermaksud aku bergantung pada dia, tapi hah... aku suka dengar apa dia cakap walau kadang-kadang memang berbeza ideologi sket, muncung merajuk, marah tu kejap je kan? But I still listen. Anyway... Wawa sayang, please belajar independent ye. Aku tak sabar nak keluar belajar berdikari, banyak benda aku nak capai, aku harap aku ada kekuatan yang berbaki dari hubungan yang lepas, pengalaman dengan mereka yang pernah "rapat" dengan aku, aku harap aku boleh hadap.
BE CAUTIOUSLY OPTIMISTIC!

13 August 2012

Ubati Hati Yang Mati

"Wa, kau beli apa kat kedai buku tadi?" Ateng tanya aku yang duk sibuk membelek handphone kat bilik 2B-02-38 Blok Mawar, UiTM Shah Alam ni. Sebab malas nak banyak bunyi, aku hulur je buku kecil yang aku beli kat kedai buku tadi kat dia. She replied.... "Ooo.. ubat hati. (Dia pun nyanyi) Ubat hati ada 5, bla bla bla..." Aku tanya dia balik ada lagu ke ubat hati ni? Then Ateng cakap, adalah, tu pun classmate dia nyanyi masa kena denda dengan lecturer. Hehehe....


Hati aku dah mati. Benar, kadang-kadang mata rasa berair tiba-tiba bila fikir apa yang membuatkan hati aku mati. Hati aku mati atas kerana dosa-dosa kering yang aku buat sebelumnya. Juga kerana hati yang teramat kecewa atas layanan "mereka". They left after they found what they want through me. Janganlah fikir bukan-bukan ye my dear readers. It's all about success, academically and spiritually. Aku seorang yang bermotivasi dan bercita-cita tinggi. Aku memberi dorongan dan aku juga sebenarnya memerlukan dorongan. But when being abandoned just like that, macam kau tak pernah ada perasaan, what should I do? Nothing, aku tak mampu. Aku just mampu doa je walau hati ni dah mati, perlahan-lahan aku yakin aku ada Pencipta yang mencipta segala apa yang aku ada dulu, sekarang dan masa depan yang mungkin lebih baik atau aku mungkin akan collapsed macam ni forever kalau aku tak bangkit.


Dalam diri manusia, inilah segumpal darah yang akan effect segala tingkah laku seseorang tu. Aku dalam usaha membina hati yang bersih. Semoga dijauhkan dari sifat hasad dengki, iri hati, riak, takabur dan sebagainya. Satu lagi silap aku, aku expect tinggi sangat from all these person. It's like...

"Oh, dia ni macam ni, mesti dia takkan buat macam ni kat aku." 

"Oo, kalau aku buat macam ni, mesti dia rasa macam ni...tak boleh la maknanya aku buat macam ni. Nanti kalau dia kecil hati macam mana?"

"Tak, selama ni dia tak pernah buat macam tu, dia takkan buat kat aku atau orang lain."

Monolog-monolog macam ni la yang selalu bermain dalam kepala aku yang memakan diri aku sendiri. I put a high expectation kepada mereka ini. Dan aku seolah-olah tak pernah belajar, expectation macam ni laa yang membuat aku kecewa yang teramat sangat. At last, mereka bukan seperti yang kita sangkakan. Opppss, aku tak maksudkan segalanya baik tentang aku, tapi kesilapan itu sebenarnya dari diri aku yang expect tinggi sangat kat mereka. Mereka baik, tapi mereka bukan seperti yang aku sangkakan. Tu je.... Dan sebenarnya inilah perkara yang membuat hati aku teramat-amat kecewa dan mati at last. It's all my fault.
"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" - Surah Al-Qadr 97: 3-5
Seorang kenalan berpesan... "Bulan puasa adalah masa yang paling sesuai untuk merawat hati yang tengah mati. Selamat menunaikan ibadah puasa." Such an adorable message kan? Bukan semua orang yang akan cakap benda macam tu kat someone yang kau tak betul-betul kenal. Menunaikan ibadah puasa. Puasa itu bukan sekadar puasa, ia sebenarnya adalah satu ibadah yang tanpa ragu aku katakan ianya terkandung di dalam Rukun Islam. Apa yang ada di bulan Ramadhan, manfaatkan. Bagi aku, itu definisi menunaikan ibadah puasa. Aku pun pernah mendengar tazkirah "ALLAH offer sebulan sebagai tawaran istimewa pada orang Islam setiap tahun, dan dalam sebulan tu, Allah bagi tawaran hebat 1 hari lagi pada 10 malam terakhir iaitu Lailatulqadar." Terpulang pada kita, kita nak rebut tawaran tu atau tak. Allah tu Maha Penyayang kan? Banyak mana dosa kita buat pun, Dia still bagi chance kat kita untuk minta maaf dan of course Dia akan maafkan. Bukahkah malam Lailatulqadar itu lebih baik dari 1000 bulan?
Tanpa sedar, Ramadhan dah nak berakhir. Semasa aku mendengar tazkirah ustaz yang mengingatkan bahawa Ramadhan sudah hampir ke penghujung, airmata aku mula bergenang. Bagi aku, ketenangan yang aku dapat sepanjang bulan puasa ni belum tentu aku dapat kekalkan bila dah habis bulan puasa nanti. Aku tahu Dia Mendengar, Dia Mengetahui betapa sayunya hati aku. Aku dah tak mampu buat apa-apa melainkan mengharapkan Dia memberi aku kekuatan untuk apa juga dugaan yang akan aku tempuhi. Aku tak minta Dia temukan aku dengan seorang lelaki yang mampu menyayangi aku, bla bla bla. Aku dah tak nak minta ditemukan dengan sesiapa lagi dah. Aku tahu Dia dah aturkan yang terbaik untuk aku, with or without guys, I don't mind anymore. Dan semoga.... Dia ampunkan segala dosa-dosa aku yang lalu dan please Ya Allah, aku rayu, berilah aku kekuatan atas ujian yang Dia berikan pada aku atas dunia ni. Tetapkan hati aku untuk mencari cinta Dia, istiqamah beramal untukNya. InsyaAllah. Aku ikhlas memohon dan aku bersyukur atas Ramadhan yang Dia berikan aku kesempatan untuk beramal di dalamnya. Entah sempat dengan Ramadhan tahun depan atau tak.

TERIMA KASIH PENCIPTAKU - Lailahaillallah
Salam 25 Ramadhan 1433H

Couple di Facebook. Curang di Skype.

Siapa yang tak ada Facebook? Siapa yang tak ada Twitter? Siapa yang tak ada Foursquare? Kalau tak ada  Facebook tu agak noob la... Twitter, Foursquare and blog ni tak semua orang yang ada. Biasanya Facebook ni memang tempat nak contact kawan-kawan, tak nak kasi lost contact. Tapi aku few time jugak aku deactivate Facebook, frust punya pasal and kind of having my own space kot...

Masa aku gi bazar tadi, aku sibuk main Twitter dengan @zackLG13, @chubbycaca, @AtykahLottfi and @aisyahelmi. Pergi bazar dengan mak dan adik. Then, mak sound.... "Cakap tak ada pakwe, sibuk main handphone." Ekeke... aku rasa nak guling-guling je mak cakap gitu. Haritu kena sound camtu gak dengan kawan and cousin aku. Errr.... memang itulah perception orang bila kau asyik dengan handphone. Please take note eh pada reader yang tengah dalam proses nak tackle someone. 

@salwahanim
Dulu masa aku keep SMS-ing dengan someone, aku abaikan BB aku. BB macam tak ada function, my focus akan ada kat orang kat aku SMS sahaja. (No more SMS-ing). Sekarang, my Blackberry is my B! I love my BB, I can received and send e-mail, Twitter-ing, Foursquare-ing and segala info pasal aku segalanya dalam BB that's why I love my BB so much. Ni je yang aku ada. Other than that, aku ni memang stalker (mengantoikan diri). So, BB adalah tool yang aku gunakan untuk stalk orang di Facebook and Twitter. Aku update pasal orang especially those yang aku memang concern la termasuklah Elyana Yazmin. Stalking tak bermaksud kau akan tegur segala update dia, tapi kau still akan update pasal dia. Lebih kurang macam tu laaa... 

Berbalik pada isu mak aku tegur "Cakap tak ada pakwe, tapi sibuk main handphone" tadi tu. =P Sounds great juga kan? So that orang yang cadang nak usha kau, but then kau asyik dengan handphone, mesti dia tak jadi nak usha kau, sebab dia ingat kau tengah text dengan bf/gf. Hahaa.. Bagus jugak tips ni. Try it babe. It's working. Seriously. Even aku pun fikir macam tu bila tengok my friend asyik dengan handphone dia. But for me, I'm not. Aku sibuk tengok orang update kat Twitter, Facebook. Aku dah biasa macam tu, sejak habis SPM agaknya. Aku dengan ex, I can say 24hours SMS-ing. Kind of addicted, aku seorang yang sangat focus with someone I care.  So, dear my future husband... be prepared, you will get my full attention. Ekekeke... =P
"Couple kat Facebook. Scandal kat Twitter. Curang kat Skype. Mengadu kat blog. Clash kat SMS."
Aku pernah jumpa perkataan ni kat Facebook. Buat aku tak tidur 2 malam fikir pasal ayat ni. Aku deactivate Facebook & Twitter for 2 weeks, deactivate Blackberry Internet Service (BIS) 2 bulan, off both of my handphone for 2 week. Adalah isunya. Buat aku tertanya-tanya, ini ke silap aku selama ni? Aku tak couple kat Facebook, juga tak pernah nak ada scandal kat Twitter, contact Skype aku ada Ateng, adik Yun and Madie SAHAJA. Semua social network ni adalah tempat aku mengarut, sebab aku jarang bercakap dengan orang keliling aku (selain dari ex aku DULU). Mungkin ada silap aku di mana-mana, and I'm still searching. After all, peduli la apa orang nak expect. Beb... "Allah knows what you don't know." So, stop judging people around you. Aku tak maksudkan apa yang aku buat semuanya betul, but remember, kita manusia... tak ada hak nak menghukum mahupun menghakimi apa yang orang lain buat. Sebab hak menghukum dan menghakimi itu adalah hak tunggal Allah SWT.

Tips: To the lovers out there, if kau dah ada gf/bf, but you texting someone else selain gf/bf korang and gf/bf kau tak tahu kau texting "orang lain". Kalau kau betul-betul seorang yang jujur dengan gf/bf kau, kau akan beritahu gf/bf kau yang kau texting someone else. Just let her/him know kalau kau betul seorang yang appreciate dengan apa yang kau ada. Same goes to those yang tengah flirting. Flirt orang lain, suka orang lain. Be firm beb. No such thing la back-up plan ni. 
*Aku bercakap berdasarkan pengalaman. JUJUR teramatlah PENTING! IMPORTANT kalau dalam bahasa Inggeris. 


Dan aku ada alasan aku yang tersendiri tentang apa yang aku buat. Aku tak nak cakap kenapa, biar aku sendiri yang tahu and yes, I'm the only one who understand myself. Tak nak ulas lebih-lebih. Fullstop. 

P/S: Disadvantage pasal social network adalah kadang-kadang kita sendiri yang me"kantoi"kan perangai dan mendedahkan keselamatan diri sendiri. Be careful with your output peeps. 

12 August 2012

Membina Syurga Hati

Ilham "Syurga Hati" ni aku dapat dari majalah Solusi yang Ummi selalu beli. Aku tertarik dengan bait kata....
"Sebenarnya, syurga dalam hati ini boleh direalisasikan dengan pelbagai cara. Salah satu caranya adalah dengan menyelaraskan kehendak kita dengan kehendak Allah SWT. Berserahlah kepada ketentuan Allah kerana kebahagiaan dan kedamaian pasti berputik dalam hati." - Solusi  Isu 45
Menurut kata penulis kolum Mahmudah ini, Umar Mohamad Noor, biasanya kesusahan hati berpunca dengan kehendak kita yang tak kesampaian atau kadang-kadang kehendak yang terlalu "over". But then kadang-kadang, kita nak benda lain, tapi Allah bagi benda lain. Benar, Allah takkan berikan kita apa yang kita nak, tapi Dia akan beri apa yang kita perlu. Kata seorang teman rapat dulu. Kita yang sebenarnya lupa, sesuatu yang berlaku sebenarnya adalah atas kehendak Dia. Kita je yang kadang-kadang tak sabar-sabar dengan apa yang ada depan mata dan buat keputusan yang kadang-kadang membelakangi Dia.














Atas alasan kehendak Allah itu takkan dapat diubah atau ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun, kita kena ingatkan diri sendiri. Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. Have faith. Be patience. Tu je tips nak survive dari heart-broken ni. Selain daripada masa yang kita perlukan, percayalah pada Qada Qadar atas apa yang dah jadi tu. Aku hanya perlukan masa untuk recover this extreme-heart broken selain daripada keyakinan aku pada Dia tentang masa depan yang lebih baik. For now, aku tak ada nak fikir pasal apa-apa komitmen tentang sebarang hubungan. Just not yet agaknya.
"Jika apa-apa Engkau kehendaki tidak terjadi, maka terimalah perkara yang sudah berlaku." - Riwayat Al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman (Solusi Isu 45)
Aku nak membina Syurga Hati supaya aku bahagia dengan cara aku sendiri. InsyaAllah.
Langkah I - Forget the past, move on.
Langkah II - Eliminate rasa cinta. I had enough.
Langkah III - Masih sedang belajar untuk menyayangi diri sendiri. Sayangkan Allah, RasulNya dan mak abah.
Langkah IV - Buat apa yang aku suka, yang buat aku happy selagi tak melanggar syarak. Aku lebih suka describe semuanya sebagai "balance agama dan sosial".

InsyaAllah. Semoga aku dalam keberkatan Dia. Amin....

11 August 2012

23 Ramadhan 1433H

Alhamdulillah... dah masuk malam ke-23 Ramadhan. Kalau tak silap, bulan ni puasa 29 hari je kan? Meaning 6 hari je lagi kita akan berpuasa. Actually, lama aku tunggu Ramadhan tahun ni. Banyak benda aku nak buat Ramadhan kali ni. Alhamdulilllah, walaupun tak sesempurna mana, aku berjaya juga cari dan sediakan sedikit penawar untuk hati aku Ramadhan kali ni.. Thanks Allah sebab beri kesempatan Ramadhan kali ini untuk aku muhasabah diri, cari penawar dan tingkatkan perkara-perkara yang aku rasa kekurangan dalam diri aku. Walaubagaimanapun, tersedar...masih banyak kekurangan diri ini. Semoga Dia beri keizinan untuk aku perbaiki dari masa ke semasa. InsyaAllah.

Ramadhan kali ini aku sempat iftar beberapa malam bersama abah dan umi yang aku tak dapat banyak peluang tahun sebelumnya. Ada peluang iftar bersama sahabat karib dan teman baik walaupun aku spend semalaman je di Shah Alam. Mungkin peluang tu dah tak ada tahun depan. Manalah tahu, kot2 kawan aku kena pergi offshore ke, aku pun merantau entah kat mana ke kan. Dah tak dapat chance yang sama.

Well, hari ni 23 Ramadhan. Masa aku solat terawih tadi, Ustaz bagi tazkirah dan peringatan tentang malam Lailatulqadar. Tapi fikiran aku melayang terkenang bagaimana keadaan aku yang menyedihkan beberapa bulan lepas. Januari hingga Jun adalah antara masa yang paling mencabar untuk aku. Aku ingat lagi, macamana aku menangis di tikar sejadah, seolah-olah meraung, sampai tersedu-sedu, tak boleh bernafas dan terbaring kat sejadah tu. Itu adalah antara satu moment yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Setiap kali aku baca Al-Quran, airmata menitis tanpa henti. Bila baca tafsir, aku tanya diri sendiri, kenapa aku mesti sayang manusia sehebat ini? Sedangkan Allah dah bagi segala apa yang aku perlukan, tapi aku masih nak menyanjung manusia dan lebihkan manusia daripada Pencipta dan Pemberi rezeki aku sendiri.

Ya Allah, kalau aku hitung dugaan yang Dia beri... lebih banyak nikmat Dia yang aku lupakan just like that. Kenapa selalu lupa pada Pencipta yang kurniakan kita segala-galanya eh? Benar, di usia 22 tahun ini, aku dah berdepan dengan bermacam-macam dugaan. Keluarga? Fitnah? Khianat? Penipu? Akademik? Sepatutnya aku harus belajar dari segala kesilapan lepas. Benar. Aku dah banyak belajar. Dan hasilnya? Aku akan jadi seorang yang sangat berjaga-jaga dalam apa juga keputusan yang bakal aku buat. Dulu, aku bukan seorang yang sabar, that 4 years relationship mengajar aku bersabar dalam pelbagai cara. Then broke-up 4 years relationship tu mengajar aku 1001 lagi cara lain untuk bersabar. Dan kadang-kadang, sabar tu dah bertukar kepada mengalah. Tak tahu lah nak classify sebagai apa atas dugaan itu. InsyaAllah... aku akan kongsi kepedihan itu nanti. Bukan untuk menunjukkan aku dah survive. Tapi untuk aku kongsi dengan my readers out there yang "I've been there and I know how it feels."
"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat tidak bersyukur." - Surah Ibrahim 14: 34
Selepas apa yang terjadi, aku percaya. Dia berikan aku segala dugaan-dugaan ni untuk jadikan aku seorang yang lebih baik. I'm the only one who understand my self  and please... never underestimate the pain yang seseorang tu hadapi. Broke-up in a relationship, divorce is not a simple thing to handle. Aku bet, berapa ramai orang yang cukup memahami tentang semua ini and trust me... aku adalah antara orang yang sangat understanding. InsyaAllah. Cuma selepas apa yang dah jadi ni, kadang-kadang bila orang bersikap acuh tak acuh, aku akan blah. Malas nak layan.

#Entry "Khas Untuk Awak" akan di"post" dari masa ke semasa untuk mereka yang memberi aku pengajaran dalam hidup ini. InsyaAllah.

09 August 2012

Bangkit

Hampir 3 bulan aku tutup blog ni kerana alasan peribadi, bahan bacaan yang terlalu personal untuk dikongsi. Selepas sedar bahawa bukan itu yang sepatutnya berlaku, segala post lalu, revert je kat draft then I can keep writing on this green wall. Beberapa entry terdahulu mengingatkan aku betapa sukarnya nak survive daripada putus cinta, lagi-lagi bila bercinta bertahun-tahun lamanya but then - nothing in return. Means aku dah banyak buat dosa kering selama ni kan? Itu jugalah alasan untuk broke-up. Dah banyak sangat dosa kering. Aku pujuk hati daripada menyalahkan sesiapa. Aku juga tak bersalah. Semuanya hasil dari doa yang aku pohon dariNya yang aku pinta tanpa ragu... Itu takdir Allah dan rahsia dari langit Allah.
Ya Allah, berikanlah aku kehidupan yang Kau redhai. Juga redhailah kehidupan aku kini.
Dan aku sedar, hidup couple tu bukan hidup yang diredhaiNya. Maka, aku redha dengan ketentuanNya. Entry terdahulu segalanya tertulis tentang aku dan hidup kerana cinta dunia. Kadang-kadang rasa bingung dengan tingkah laku sendiri yang seolah-olah tak pernah matang. Sekarang dah masuk bulan Ogos, setelah 4 bulan mendiamkan diri dari dunia blog, aku kini ingin bangkit dari segala kesakitan yang wujud kerana lelaki sebelumnya. Puas berfikir, puas merenung, puas muhasabah diri, puas berkomunikasi dengan sahabat-sahabat yang tak pernah jemu memberi semangat. Kalau dulu, aku bukan seorang yang percaya pada persahabatan... mungkin kerana terlalu mencintai dia sehingga lupakan sahabat yang ada. Dan kini, aku amat memerlukan sahabat-sahabat itu. Kerana mungkin tanpa kata-kata mereka, aku masih merendam dengan air mata kan?

Selepas beberapa bulan dan satu berita yang tak pernah aku sangka dari seorang sahabat Ahad lalu, aku sedar, aku dah terlalu lali dengan kecewa sampai nak menangis pun dah tak terdaya. Benar, aku fragile... err tak.. manusia itu fragile, apatah lagi aku. Kecewa yang berbaki dari hubungan yang gagal 7 tahun lepas pun aku masih tak dapat lupakan, inikan pula hubungan yang aku sangkakan akan menjadi, rupanya lebih mengecewakan. Maka, aku berhenti mempercayai mereka. Sudah-sudahlah. I had enough. Lali atau dengan kata lainnya, hati dah tertutup. Apa yang ada, aku jaga saja, taknak lebih-lebih. Aku lebih senang diingati sebagai seorang kawan yang baik, peramah, kelakar, memahami dan tabah. Segala kesedihan lepas-lepas tu, aku jadikan pengajaran sebab aku yakin pengalaman itu mampu menjadikan aku seorang yang lebih baik pada masa akan datang, pada bakal suami aku nanti. InsyaAllah.

Salam 20 Ramadhan 1433H.
P/S: Malam ni bermula pencarian malam Lailatul Qadar. InsyaAllah.