11 August 2012

23 Ramadhan 1433H

Alhamdulillah... dah masuk malam ke-23 Ramadhan. Kalau tak silap, bulan ni puasa 29 hari je kan? Meaning 6 hari je lagi kita akan berpuasa. Actually, lama aku tunggu Ramadhan tahun ni. Banyak benda aku nak buat Ramadhan kali ni. Alhamdulilllah, walaupun tak sesempurna mana, aku berjaya juga cari dan sediakan sedikit penawar untuk hati aku Ramadhan kali ni.. Thanks Allah sebab beri kesempatan Ramadhan kali ini untuk aku muhasabah diri, cari penawar dan tingkatkan perkara-perkara yang aku rasa kekurangan dalam diri aku. Walaubagaimanapun, tersedar...masih banyak kekurangan diri ini. Semoga Dia beri keizinan untuk aku perbaiki dari masa ke semasa. InsyaAllah.

Ramadhan kali ini aku sempat iftar beberapa malam bersama abah dan umi yang aku tak dapat banyak peluang tahun sebelumnya. Ada peluang iftar bersama sahabat karib dan teman baik walaupun aku spend semalaman je di Shah Alam. Mungkin peluang tu dah tak ada tahun depan. Manalah tahu, kot2 kawan aku kena pergi offshore ke, aku pun merantau entah kat mana ke kan. Dah tak dapat chance yang sama.

Well, hari ni 23 Ramadhan. Masa aku solat terawih tadi, Ustaz bagi tazkirah dan peringatan tentang malam Lailatulqadar. Tapi fikiran aku melayang terkenang bagaimana keadaan aku yang menyedihkan beberapa bulan lepas. Januari hingga Jun adalah antara masa yang paling mencabar untuk aku. Aku ingat lagi, macamana aku menangis di tikar sejadah, seolah-olah meraung, sampai tersedu-sedu, tak boleh bernafas dan terbaring kat sejadah tu. Itu adalah antara satu moment yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Setiap kali aku baca Al-Quran, airmata menitis tanpa henti. Bila baca tafsir, aku tanya diri sendiri, kenapa aku mesti sayang manusia sehebat ini? Sedangkan Allah dah bagi segala apa yang aku perlukan, tapi aku masih nak menyanjung manusia dan lebihkan manusia daripada Pencipta dan Pemberi rezeki aku sendiri.

Ya Allah, kalau aku hitung dugaan yang Dia beri... lebih banyak nikmat Dia yang aku lupakan just like that. Kenapa selalu lupa pada Pencipta yang kurniakan kita segala-galanya eh? Benar, di usia 22 tahun ini, aku dah berdepan dengan bermacam-macam dugaan. Keluarga? Fitnah? Khianat? Penipu? Akademik? Sepatutnya aku harus belajar dari segala kesilapan lepas. Benar. Aku dah banyak belajar. Dan hasilnya? Aku akan jadi seorang yang sangat berjaga-jaga dalam apa juga keputusan yang bakal aku buat. Dulu, aku bukan seorang yang sabar, that 4 years relationship mengajar aku bersabar dalam pelbagai cara. Then broke-up 4 years relationship tu mengajar aku 1001 lagi cara lain untuk bersabar. Dan kadang-kadang, sabar tu dah bertukar kepada mengalah. Tak tahu lah nak classify sebagai apa atas dugaan itu. InsyaAllah... aku akan kongsi kepedihan itu nanti. Bukan untuk menunjukkan aku dah survive. Tapi untuk aku kongsi dengan my readers out there yang "I've been there and I know how it feels."
"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat tidak bersyukur." - Surah Ibrahim 14: 34
Selepas apa yang terjadi, aku percaya. Dia berikan aku segala dugaan-dugaan ni untuk jadikan aku seorang yang lebih baik. I'm the only one who understand my self  and please... never underestimate the pain yang seseorang tu hadapi. Broke-up in a relationship, divorce is not a simple thing to handle. Aku bet, berapa ramai orang yang cukup memahami tentang semua ini and trust me... aku adalah antara orang yang sangat understanding. InsyaAllah. Cuma selepas apa yang dah jadi ni, kadang-kadang bila orang bersikap acuh tak acuh, aku akan blah. Malas nak layan.

#Entry "Khas Untuk Awak" akan di"post" dari masa ke semasa untuk mereka yang memberi aku pengajaran dalam hidup ini. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195