13 August 2012

Ubati Hati Yang Mati

"Wa, kau beli apa kat kedai buku tadi?" Ateng tanya aku yang duk sibuk membelek handphone kat bilik 2B-02-38 Blok Mawar, UiTM Shah Alam ni. Sebab malas nak banyak bunyi, aku hulur je buku kecil yang aku beli kat kedai buku tadi kat dia. She replied.... "Ooo.. ubat hati. (Dia pun nyanyi) Ubat hati ada 5, bla bla bla..." Aku tanya dia balik ada lagu ke ubat hati ni? Then Ateng cakap, adalah, tu pun classmate dia nyanyi masa kena denda dengan lecturer. Hehehe....


Hati aku dah mati. Benar, kadang-kadang mata rasa berair tiba-tiba bila fikir apa yang membuatkan hati aku mati. Hati aku mati atas kerana dosa-dosa kering yang aku buat sebelumnya. Juga kerana hati yang teramat kecewa atas layanan "mereka". They left after they found what they want through me. Janganlah fikir bukan-bukan ye my dear readers. It's all about success, academically and spiritually. Aku seorang yang bermotivasi dan bercita-cita tinggi. Aku memberi dorongan dan aku juga sebenarnya memerlukan dorongan. But when being abandoned just like that, macam kau tak pernah ada perasaan, what should I do? Nothing, aku tak mampu. Aku just mampu doa je walau hati ni dah mati, perlahan-lahan aku yakin aku ada Pencipta yang mencipta segala apa yang aku ada dulu, sekarang dan masa depan yang mungkin lebih baik atau aku mungkin akan collapsed macam ni forever kalau aku tak bangkit.


Dalam diri manusia, inilah segumpal darah yang akan effect segala tingkah laku seseorang tu. Aku dalam usaha membina hati yang bersih. Semoga dijauhkan dari sifat hasad dengki, iri hati, riak, takabur dan sebagainya. Satu lagi silap aku, aku expect tinggi sangat from all these person. It's like...

"Oh, dia ni macam ni, mesti dia takkan buat macam ni kat aku." 

"Oo, kalau aku buat macam ni, mesti dia rasa macam ni...tak boleh la maknanya aku buat macam ni. Nanti kalau dia kecil hati macam mana?"

"Tak, selama ni dia tak pernah buat macam tu, dia takkan buat kat aku atau orang lain."

Monolog-monolog macam ni la yang selalu bermain dalam kepala aku yang memakan diri aku sendiri. I put a high expectation kepada mereka ini. Dan aku seolah-olah tak pernah belajar, expectation macam ni laa yang membuat aku kecewa yang teramat sangat. At last, mereka bukan seperti yang kita sangkakan. Opppss, aku tak maksudkan segalanya baik tentang aku, tapi kesilapan itu sebenarnya dari diri aku yang expect tinggi sangat kat mereka. Mereka baik, tapi mereka bukan seperti yang aku sangkakan. Tu je.... Dan sebenarnya inilah perkara yang membuat hati aku teramat-amat kecewa dan mati at last. It's all my fault.
"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" - Surah Al-Qadr 97: 3-5
Seorang kenalan berpesan... "Bulan puasa adalah masa yang paling sesuai untuk merawat hati yang tengah mati. Selamat menunaikan ibadah puasa." Such an adorable message kan? Bukan semua orang yang akan cakap benda macam tu kat someone yang kau tak betul-betul kenal. Menunaikan ibadah puasa. Puasa itu bukan sekadar puasa, ia sebenarnya adalah satu ibadah yang tanpa ragu aku katakan ianya terkandung di dalam Rukun Islam. Apa yang ada di bulan Ramadhan, manfaatkan. Bagi aku, itu definisi menunaikan ibadah puasa. Aku pun pernah mendengar tazkirah "ALLAH offer sebulan sebagai tawaran istimewa pada orang Islam setiap tahun, dan dalam sebulan tu, Allah bagi tawaran hebat 1 hari lagi pada 10 malam terakhir iaitu Lailatulqadar." Terpulang pada kita, kita nak rebut tawaran tu atau tak. Allah tu Maha Penyayang kan? Banyak mana dosa kita buat pun, Dia still bagi chance kat kita untuk minta maaf dan of course Dia akan maafkan. Bukahkah malam Lailatulqadar itu lebih baik dari 1000 bulan?
Tanpa sedar, Ramadhan dah nak berakhir. Semasa aku mendengar tazkirah ustaz yang mengingatkan bahawa Ramadhan sudah hampir ke penghujung, airmata aku mula bergenang. Bagi aku, ketenangan yang aku dapat sepanjang bulan puasa ni belum tentu aku dapat kekalkan bila dah habis bulan puasa nanti. Aku tahu Dia Mendengar, Dia Mengetahui betapa sayunya hati aku. Aku dah tak mampu buat apa-apa melainkan mengharapkan Dia memberi aku kekuatan untuk apa juga dugaan yang akan aku tempuhi. Aku tak minta Dia temukan aku dengan seorang lelaki yang mampu menyayangi aku, bla bla bla. Aku dah tak nak minta ditemukan dengan sesiapa lagi dah. Aku tahu Dia dah aturkan yang terbaik untuk aku, with or without guys, I don't mind anymore. Dan semoga.... Dia ampunkan segala dosa-dosa aku yang lalu dan please Ya Allah, aku rayu, berilah aku kekuatan atas ujian yang Dia berikan pada aku atas dunia ni. Tetapkan hati aku untuk mencari cinta Dia, istiqamah beramal untukNya. InsyaAllah. Aku ikhlas memohon dan aku bersyukur atas Ramadhan yang Dia berikan aku kesempatan untuk beramal di dalamnya. Entah sempat dengan Ramadhan tahun depan atau tak.

TERIMA KASIH PENCIPTAKU - Lailahaillallah
Salam 25 Ramadhan 1433H

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195