24 September 2012

Boyfriend Sakit

Dah lama aku perasan dia sakit. Tapi aku ni student, mana aku nak cari duit nak bayar "kos rawatan" dia. So, disebabkan aku bakal meninggalkan kampung next week. Boyfriend dihantar jumpa abah untuk tengok apa yang tak kena dengan boyfriend aku yang handsome, tough ni. Wei, siapa tak sayang aset? Bila fikir tentang expenses akan datang. Aku rasa aku akan pakai kereta ni sampailah aku jumpa Encik Suami yang entah turun dari mana nanti. So, tekad untuk pakai kereta ni je. Lagipun monthly tak mahal sangat and insyaAllah aku afford to pay the maintenance. Al maklumlah, fresh graduate macam saya ni kerja tak tentu, nak kena bayar semula pinjaman pelajaran, banyak komitmen. So, kena mula merancang dari sekarang.


Entry pendek khas untuk WKB saya.. Sayang gile seyh kat incik boyfriend aku ni.

Note: Syurga hati rasa bahagia dengan kehidupan sekarang. Family... family and family. Please dengar "Just A Kiss", lagu yang aku duk layan sekarang. Haha... =)

23 September 2012

Rabbit-Infants Rescue

Aku bela rabbit ni sejak dari aku Diploma lagi. Masa tu, rumah sewa aku kat Kuantan tu kena jalan kaki kalau nak pergi kelas. On the way nak naik bas kolej kat Shahputra Village tu mesti kena lalu kat rumah makcik ni. Pulak tu, rumah makcik ni banyak gila rabbit. Comel-comel pulak tu. Semua baka yang bulu panjang tu (Anggora). Masa tu, aku dengan housemate aku ni gila dengan rabbit, mula lah bela dalam rumah. Sanggup beli sangkar rabbit kat kedai bandar Kuantan tu angkut naik motor. Ex aku memang sangat encourage aku bela rabbit. Sebab dulu dia pun ada bela 2 ekor rabbit. Aku ni pulak, pantang kalau jumpa binatang. Lagi-lagi dengan binatang comel. Satu benda yang aku tak berkenan pasal arnab ni just arnab tak berbunyi melainkan kalau dia marah. Haa... baru dia akan berbunyi, ala ala merengus la kan.

Terpikat? Takkan tak terpikat dengan kecomelannya.
So, sampai sekarang aku masih lagi bela rabbit. Kalau dulu, berbelas-belas ekor arnab aku bela. But then, ada tragedi anjing datang entah dari mana, and bunuh semua rabbit aku. Semua tau! Ada 18 ekor kalau tak silap aku masa tu, habis rabbit aku dia bunuh. Bangun pagi tengok rabbit semua terlepek kat tanah, ada yang berdarah-darah. Yang buat sedihnya sebab arnab-arnab tu dia tak makan, anjing tu just nak bunuh. Kesian, ada sekor dua yang sempat tengok pagi-pagi tu dah macam nyawa-nyawa ikan. Sedih sangat tengok.




Nak dijadikan ilham aku nak bercerita tentang rabbit ni, sebab hari ini aku buat rescue anak arnab yang aku tak sedar ibu dia dah beranak. Haritu dah pernah rescue, tapi mati sebab tak jaga betul-betul. Hari ini, selesai solat asar aku pun menyemak kat belakang rumah tengok rabbit. Then, mak suruh gali lubang rabbit tu sebab mak ingat arnab betina yang dua ekor tu dah beranak. Disebabkan aku tinggal seorang je kat rumah sekarang, terpaksalah aku mengotorkan badan menggali lubang yang agak dalam bawah reban arnab aku ni. Woi, menyusup bawah reban and kerja menggali lubang lebih kurang setengah meter tu not my expertise OK.

Gemuk tak baby rabbit aku rescue tadi?
Gali punya gali, tiba-tiba tergolek seekor anak rabbit baya dua jari aku ni keluar. Kesian, meronta-ronta, dah separuh nyawa dah anak arnab tu. Badan dah diselaputi tanah dah. Then, bila suluh dalam lubang, boleh nampak ada lagi 2ekor dalam lubang tu. Aku pun haih.. tak tahulah nak cakap macam mana. Akhirnya berjaya menyelamatkan dua ekor anak rabbit kat dalam lubang tu. Seekor dah mati dalam lubang tu, mungkin lemas kena air hujan yang bertakung dalam lubang tu.





Tak apalah, at least, berjaya rescue tiga ekor. Aku bagi kat mak bawa balik rumah, mak kata mak nak mandikan anak-anak arnab ni. Bawa balik, mak pun mandikan 3 anak saudara aku ni. Alhamdulillah, baru 2 jam arnab ni diselamatkan, dan masih hidup. Benar kata Khai (Khariyati) bila kita buat kerja rescue, memang seronok. =)

Note: Rindu dengan FeiMao aku yang mati termakan racun. Pelik tak macamana orang campak-campak anak, buang anak tepi jalan. Aku tengok anak rabbit, anak kucing tak sanggup nak biar-biarkan. Haih...manusia akhir zaman kan?

Mimpi Lagi

Baru sudah tengok Running Man #episod 34 agaknya. Entah! Tak ingat... Ada 106 episod yang ada dalam external ni. Nampak gayanya tak sempat nak habiskan sebelum aku proceed dengan program KBS next month. Tapi thanks to Azlan Sabri sebab masukkan 99 episod of Running Man ni dalam external gemuk aku ni. Kalau dulu, aku dengar orang duk cakap pasal RM ni, aku tak tahu pasal apa la doang cakap ni. So, bila aku tengok 5-6 episod, aku dah mula berkenan. Bulan puasa tak tengok sangat aritu, sebab puasa kan, mata kena jaga... nanti gelak banyak-banyak, hilang pahala puasa aku. 

Aku tak boleh nak lupakan mimpi aku malam semalam. Apalah maksud mimpi aku ni? Adakah aku memang seorang yang banyak berfikir sampai hampir setiap malam aku bermimpi perkara yang aku patut mimpikan. Pelbagai tafsiran mimpi kan? Mimpi je tak cukup, gerak hati/instinct tu pun main peranan juga sebenarnya. Kadang-kadang aku tak boleh nak tidur sebab aku fikir mimpi-mimpi aku yang bukan-bukan malam semalamnya... Silly isn't it? Ya, aku memang seorang yang banyak fikir. Lately, aku cuba control fikiran aku. Cuba cari benda yang boleh distract aku. Dulu, "someone" ajar aku download movie whatsoever, benda tu pun distract aku. But then, I stopped sebab apa entah. Too busy agaknya. Tapi, at least... aku ada memori di situ. 

Aku rasa tak boleh nak tidur malam ni. Sebab tu mengarut sikit ni. Dengar pulak lagu Muara Hati - Siti Nurhaliza & Hafiz ni berulang-ulang, buat aku duk teringat je. And I asking myself - Why? Why? Why? But yes, I don't have the answer. Banyak sangat mimpi yang memberi aku rasa yang sama, petunjuk yang sama, tapi... aku tolak tepi sebab aku tak percaya pada mimpi lagi dah. But still, mimpi-mimpi tu memberi tamparan hebat untuk aku. Bila semua benda ni nak habis? Kalau aku tak fikir, mimpi datang buat aku terfikir. Bila aku terfikir, lagi la syok mimpi tu bermain-main dalam fikiran aku. 

Aku buat sedikit research sikit sebelum tidur ni tentang mimpi. Mimpi menurut Islam. Jom tengok? (Sumber dari Kiemiftah)

HADIS PERTAMA:
"Apabila salah seorang dari kamu melihat mimpi yg disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah, maka khabarkanlah kpd org lain, dan sekiranya dia melihat sebaliknya dari apa yg dibencinya, sesungguhnya ia daripada Syaitan, maka beristi'azahlah (mmbaca AUZUBILLAHI MINAS SYAITONIR RAJIM), dan janganlah menceritakan kpd org, tiadalah ia (mimpi) dapat memudaratkannya.."
(Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Lafaz hadith adalah bagi Al-Bukhari)

HADIS KEDUA:
“Apabila telah menghampiri zaman (kiamat), mimpi seseorang yang beriman itu hampir-hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Dan mimpi orang Muslim (yg sentiasa bercakap benar) itu adalah sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu ada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan/kebimbangan daripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri (terkesan dari apa yg terjadi pada dirinya). Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang lain.
(Sahih Muslim, dan lain-lain)

HADIS KETIGA:
“Tidak akan kekal dari kenabian melainkan al-Mubassyiraat (perkara-perkara yg menggembirakan), para sahabat bertanya: apakah mubassyiraat itu, Jawab baginda: Mimpi yang benar.”
(Sahih Al-Bukhari)

Benar, mimpi indah itu datang dari Allah. Tapi... entahlah! Macamana nak lupa kalau benda yang sama asyik timbul dan mengingatkan kita tentang benda yang kita cuba lupakan. Atau kadang-kadang, aku buat biasa, tapi mimpi yang datang buat aku semakin berfikir-fikir. Maafkan aku bila hasrat aku keliru. Akhir kata sebelum aku melelapkan mata malam ni, aku tak nak fikir lagi dah. Mungkin aku yang terlalu memikirkan. I leave it to Allah. Pemilik mimpi-mimpi itu. *airmatatumpah*
"Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini. Tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pasti pergi jua." - Pelangi Petang, Sudirman. (Al-Fatihah)

22 September 2012

Sayam's Convocation Day

CONGRATULATION!!!
Tahniah Nur Elyana Yazmin Redhuan Shah di atas kejayaan anda mendapatkan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Farmasi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Dulu aku pernah plan untuk berada bersama dia on her Convocation Day. Tapi disebabkan aku menganggur dan of course dia bersama her family, rasa macam segan pulek den nak join dia kat sana.  Plus, graduan sains tulen dan sains sosial macam gua ni rasa lain macam juga la sebenarnya. "Ku sedar diri ini, aku hanyalah insan biasa, tapi aku ada harga diri." Erk! Motif keluar lagu Slam ni pulak? No related langsung dengan apa yang aku nak sampaikan. Hikhik..

2 days before her convocation. She told me something like "Don't feel like graduating." Aku kenal dia sejak aku form 4. Tak sangka pula, boleh rapat sampai sekarang kan, jadi bestfriend pula. Banyak benda yang kami share together. Bila dia di bawah, mungkin aku mampu ada bersama dia. Juga bila aku di bawah, dia  ada bersama aku. Aku seboleh-bolehnya nak bersama dia bila dia susah atau sedih. Dan aku percaya pada dia yang dia pun feel the same way. Jarak dan masa je yang memisahkan. The point is, I love her.

4 years in USM and finally it's over. Congratulation again Ell. Selama 4 tahun tu juga, banyak benda berlaku pada dia dan aku, turun naik hidup kami sebagai seorang pelajar, sahabat, anak, dan mungkin kekasih. Sebagai seorang yang bakal graduate dan konvo November ni, macam-macam benda yang jadi nak habiskan perjalanan kehidupan sebagai pelajar ijazah ni. Kami taklah graduate first class, tapi at least WE DID IT!

Ell pernah cakap kat aku, be proud of you are. Ya, aku pernah bangga of who I am. But it's all gone bila aku masuk part6. Atas hidup yang aku tak boleh nak elak atau itu hanyalah FATE. Nak tak nak, hadap je la. But I'm glad it's over. Selepas dia banyak kali jadi tikus putih, bertungkus lumus untuk assignment dan research, akhirnya tamatlah perjalanan Bsc. (Hons) in Pharmacy. Aku juga nak tumpang bangga sebab dia pernah cakap that she's the only Malay girl yang buat research untuk fyp dia mase part7 dulu and kertas research tu dah dibawa untuk presentation ke beberapa conference oleh teman dia (Kak Yanti). Itu adalah kejayaan dia dan aku boleh nampak betapa teruja dia bila dia dapat A untuk research dia tu and apa yg dia found out dalam research tu. You did a good job my Sayam. *thumbs up*

Aku sedikit terkilan tak dapat attend her convocation. Serba salah pun ada sebab her friend from Holland pun ada sama. Aku yakin she's happy with her convocation. Apa pun Ell, doa aku sentiasa bersama ko. Itu je yang aku mampu bagi for this moment. My convocation insyaAllah pada bulan November, dan aku tak ada hati nak pergi konvo sendiri. Dear Ell, apa pun keputusan ko lepas ni, nak pergi government sector or nak masuk industry... aku sentiasa sokong ko. Aku yakin kau tahu apa yang ko nak, apa yang ko suka. Just go for it. Aku bangga ada kawan macam ko dan doa je la hadiah dari aku untuk ko. Ikhlas... Love you SAYAM!
"Ya Allah, sahabat buah hatiku. Mesra kami penawar duka. Rindu kami menambah cinta. Ya Allah... Silaturrahim kami, ukhwah fillah. Permusuhan kami, nauzubillah. Berpisah kami hanya dengan mati, insyaAllah. Pengikat hati kami, rabitah marthotillah."
Note: Congratulation juga buat Fahmi Mustapha atas kejayaan korang berdua. Aku suka tengok korang berdua... 

21 September 2012

Kerja Yang Terbaik

Membaca "Solusi" adalah satu medium untuk aku lebih dekat denganNya. Pernah dengar tak majalah Solusi? Baik korang pergi beli lepas baca entry "cebisan" dari aku ni. Kenapa "cebisan"? Haha.. hanya cebisan perkongsian dari apa yang aku baca, dengar dan lihat.

So, sebagai seorang yang dikatakan menganggur, aku amat alert dengan vacancy atau konsep kerja. Aku juga nak takrifkan kerja ini sebagai satu tanggungjawab yang mana ianya adalah satu episod tanggungjawab yang akan aku hadapi tak lama lagi. Sejauh mana persediaan aku untuk menempuh alam pekerjaan? Adakah cukup apa  yang aku belajar sejak dari Darjah 1 hingga tahun terakhir Ijazah untuk diaplikasikan masa kerja nanti? Setakat beberapa bulan pengalaman kerja dan pengalaman freelance tu, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan "real life" di alam pekerjaan nanti. Jadi, aku rasa nak share sikit pasal apa yang aku terbaca dan apa yang aku fikirkan tentang "kerja" di kaca mata Islam.

Solusi #Isu 48 muka surat 17 menangkap pandangan aku. Bertajuk Sinergi Dunia Akhirat, penulis Pahrol Mohamad Juoi mengungkapkan term "High Tech" dan "High Touch". Dari apa yang aku faham, High Tech ni adalah "Dunia", manakala High Touch pula adalah akhirat. Aku akan explain further sekejap lagi. Dalam entry aku sebelumnya, aku ada bercerita tentang TAQWA. Taqwa itu datangnya dari hati, batin. Menurut penulis yang aku kagumi ini, taqwa boleh dizahirkan melalui akhlak dan juga itqan. Dimana akhlak adalah nilai manusia sesama manusia, manakala itqan ni pula nilai manusia berkaitan pekerjaannya. Kalau ada akhlak dan itqan dalam kekerjaan dan pergaulan ni, insyaAllah kita akan berjaya dari dunia dan akhirat. Mengibadahkan kerja. 

Bagi aku, akhlak itu membawa kepada performance kerja kita nanti. Kalau molek akhlaknya, moleklah hubungannya sesama manusia dan kerja kita. Bahasa aku jadi skema semacam bila aku mengulas entry di majalah ini. Kan? Ngeh ngeh.. Bukan apa, takut tersalah tafsir, so kenalah berhati-hati dengan perkataan sendiri. Apa yang aku cuba sampaikan, akhlak tu penentu tahap performance kerja kita nanti. Sebab.... kalau akhlak kita sebagai seorang yang bertanggungjawab, kita akan buat kerja yang ditugaskan dengan sebaik mungkin. Setuju? Ya, aku kerap mengutarakan tentang tanggungjawab. Dear readers, trust me... kalau kita seorang yang bertanggungjawab... segala tanggungjawab yg diamanahkan kepada kita akan dilakukan dengan sehabis baik. Fikirkan sejenak tentang konsep "tanggungjawab".
Kerja yang Terbaik = Itqan
Aku juga tertarik dengan kejayaan cendekiawan Islam seperti Al-Biruni yang menguasai tamadun Arab dan Yunani (high touch) merupakan seorang yang banyak menyumbang dalam bidang perubatan, matematik, astronomi dan sains (high tech). Fakruddin al-Razi seorang ahli falsafah (high tech) juga menguasai ilmu tafsir (high touch).  Kagum pulak aku dengan kejayaan Ibn Sina sebagai seorang yang banyak menyumbang dalam bidang sains, perubatan dan falsafah (high tech), tapi ingat... beliau menghafal al-Quran ketika beliau berusia 10 tahun (high touch). Kesimpulannya, balance kan dunia dan akhirat kamu. Kalau kamu mengejar dunia, kamu akan tertinggal akhirat kamu. Tapi, kalau kamu mengejar akhirat, kamu akan dapat kedua-duanya. Apa yang aku boleh bahaskan dari mutiara kata ni? Akhirat akan mengajar kamu untuk berusaha mendapatkan kejayaan di dunia, at the same time akhirat mengajar kamu untuk menjadi tidak lupa diri atas kejayaan di dunia. Jangan riak, jadilah seorang yang rendah diri. Kejayaan itu hak milik Allah, apa yang kita ada, apa yang kita usahakan...semuanya hak Allah. Bila-bila masa je Dia boleh tarik balik nikmat tu kalau kamu tidak cukup bersyukur dengan kurniaanNya.
"Janganlah satu golongan mengejek golongan yang lain, kemungkinan orang yang diejek lebih baik daripada yang mengejek." - Surah Al-Hujurat 49: 11
Note: Kata seorang kawan. Betapa teruk apa yang aku dah lalui sepanjang tempoh "break-up" dan "recover" dulu, itu adalah persiapan yang Dia bagi pada aku untuk berdepan dengan lagi macam-macam perangai manusia di alam kerja nanti. 

20 September 2012

Senyuman Yang Membahagiakan

"Kacak luar, kacak dalam. Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali. Kalau kita senyum, semua orang berjangkit. Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit."
Sounds familiar? To be honest, aku tak suka lagu ni sebenarnya. Tapi demi entry aku yang comot ni, aku masukkanlah lagu yang aku tak minat ni tapi still ada pengajaran di dalamnya. I love photography. Biasanya mereka akan tersenyum bila gambar diambil. Betul? Korang suka letak gambar korang masam-masam, nangis-nangis then letak kat profile picture Facebook? Tak kan? Macam tu juga aku... bagi aku, senyuman itu bermakna.

Aku suka ambil gambar sebab aku dapat rakamkan detik senyuman seseorang itu. Semasa aku memegang tanggungjawab sebagai Biro Multimedia untuk Minggu Destini Siswa, ambil gambar memang part of the responsibility. So, setiap kali aku ambil gambar, memang aku request adik-adik junior ni senyum. Usually, senyuman ni menutup kesakitan di dalam hati seseorang. Personally, senyuman tu buat aku lebih kuat. Pernah dengar tak?- Bila kita menangis ketika sedang senyum, kita menghargai apa yang membuat kita senyum. Bahagia. Bila kita senyum dalam menangis, kita cukup matang, tabah dan kuat untuk menghadapi hari esok. Senyum dalam tangisan bermakna kita punya keimanan. Jadilah seorang yang pemurah dengan senyuman. Islam juga mengajar. Senyum itu sedekah bukan?

Actually, aku rasa nak tulis entry ni sebab aku rasa bahagia. Aku cukup bahagia dan lega bila dapat tengok mak dan abah aku senyum. Aku ada buat something yang mungkin memberi effect kepada perubahan ini. Alhamdulillah, berkat doa, aku perolehi hadiah senyuman dari mak dan abah. Ikhlas... aku takkan serapat ini dengan mak dan abah kalau aku masih "in a relationship" sebab aku memang jenis yang mementingkan relationship. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan ini untuk aku lebih menghargai apa yang aku terlepas pandang selama ini. Kalaulah aku boleh ceritakan segala apa yang aku alami...haha! Bukan bab cinta je, family, friendship...semua dah ada. Dan mendewasakan aku. Dia Maha Adil kan? Mintalah apa yang kamu mahukan, mintalah hidayah dariNya kerana segalanya adalah milikNya.

Siapa yang tak sukakan senyuman bukan? Aku ada terbaca tweet "Guy loves beauty. Girl loves truth. That's why girls wearing make-up and and guys tell lies." Ada kaitan dengan topik ke? Tak ada kot. Saje selingan sikit. Percayalah, senyuman juga pengikat hati. Aku juga ada terbaca bahawa senyuman ni ada beberapa jenis. Senyuman yang lahir dari perasaan adalah senyuman sejati. Dan tidak semua senyuman itu senyuman sejati. Ada senyum yang muncul mewakili perasaan (ibtisamah syu'uriyah) ada juga senyum dusta (ibtisamah ghaira haqiqiyah). Aku tak nak ulas senyuman dusta ni jenis yang macamana, tapi aku juga pernah ada senyuman dusta kerana menyimpan sakit dalam hati. Pernah? Tahniah! =) We did it!

Mum-Rosidah Yaakob during my convocation 2010
Now.. Mak dan abah is my everything. Dah lebih kurang 2bulan aku cuti tanam anggur kat rumah. Alhamdulillah, aku dapat spend banyak masa dengan mak. Tolong mak buat kuih and belajar masak sket, menyemak kat dapur yang banyak. Hehe... The best part semasa 2 bulan ni adalah ketika aku dapat bersembang, bergurau dengan adik-adik dan mak. Kenapa aku kecoh sangat pasal benda ni? Haha.. sebab aku jarang ada kat rumah, and biasanya bila aku ada kat rumah, orang lain pula yang tak ada. Macam sekarang, adik lelaki aku kat PLKN, adik perempuan di hostel. Dan aku? Bergaduh dengan kucing je la.. Hikhik!
"Saya belum pernah melihat seorang pun yang paling banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." - (Riwayat Ahmad).
Note: Orang yang bahagia adalah orang yang membuat orang lain bahagia. - Forum Perdana Ehwal Islam (20 September 2012)

19 September 2012

Lelaki Itu

Ilham topik ni aku dapat daripada blog aku sebelumnya. Blog adorablewawa.blogspot.com officially closed sejak lahirnya blog ini on 01 January 2012 lepas. Aku bukan seorang yang arif tentang lelaki, juga bukan seorang hakim yang berhak menghakimi tindak-tanduk seorang lelaki itu. Lelaki juga manusia, seperti aku. Yang diperbuat daripada tanah, cuma lelaki ini kehilangan tulang rusuk kiri mereka yang mana tulang rusuk yang hilang itu ada pada seorang wanita.

Aku bukan penyajak, juga bukan pandai dalam berpuitis. Cukup aku katakan, aku punya hati dan perasaan. I'm not going to talk about feelings anymore sebab the feeling just gone and fade away. Don't ask me why sebab aku pun malas nak ingat, membazir air mata untuk benda remeh macam ini. Just let it go. 

Ibrahim Afellay
Hey, lelaki... hurmm.. Apa yang aku nak ulaskan dalam topik ini? Nothing..just aku rasa macam lagi best kalau aku suka lelaki yang aku confirm tak dapat daripada aku suka lelaki yang aku mungkin boleh dapat, tapi tak dapat. Got what I'm trying to say kat sini? Haha.. Ok, let's say aku suka Ibrahim Afellay (Barcelona player), is it possible untuk aku dapat dia? No kan? So, aku sedarlah diri aku...takkan nak kat orang camni kot? Sukalah macam mana pun, aku takkan dapat dia. Daripada aku duk suka a guy ni, impress him whatsoever but then he left. Sakit hati kan? So, aku nak minat artis, football player je la. 

Lee Jun Ki
When I first watched My Girl, keluar cerita ni masa aku form 4. Aku dah fall in love dengan Lee Jun Ki. Aku suka dia sebab watak dia dalam cerita tu yang sangat gentleman, very understanding and cool. Pernah sampai termimpi-mimpi tau aku jadi girlfriend dia? Haha.. bangun tidur senyum sampai ke telinga and rasa tak nak bangun tidur je bila layan mimpi dengan Lee Jun Ki. Tu artis Korea pertama yang aku minat sejak 2005. 

Aku punya minat kat si Jun Ki sampai aku boleh letak nama ikan puyu aku Jun Ki masa aku diploma dulu. Hah! Mampu? So, aku memang jaga betul-betul la si ikan puyu aku ini. Selain tu, orang kata ikan puyu ni boleh terbalikkan sihir kalau ada orang nak kenakan sihir pada kita? Iye ke? Entahlaa.. 

Aku bukan seorang yang suka dengan cerita, lagu-lagu Korea. Aku just mengikut arus. Aku layan Running Man pun sebab ada sorang classmate ni duk transfer 99 episod Running Man dalam external tu. Sejak cuti bulan 7 dulu sampai sekarang, aku baru tengok 34 episod RM tu. Haha.. Aku prefer tengok TV layan Army Wives, Desperate Housewives, CSI, Merlin, Hawaii Five-O, Blue Bloods, 24 dan macam-macam. Cerita-cerita ni semua mendedahkan aku pada reality life yang kita tak boleh nak predict. Memang lakonan semata-mata, tapi moral and knowledge dalam sesebuah cerita tu, kita tapis dan ambil pengajaran. Contohnya cerita Desperate Housewives. Sekarang dah masuk "Goodbye Season" dah pun, final season. Dalam cerita tu, macam-macam boleh tengok. Tanggungjawab seorang isteri, rakan, ibu, anak dan jiran. 

Song Joong Ki - Running Man
Okai, berbalik pada cerita Korea tadi. Aku kemain suka tengok Song Joong Ki dalam Running Man ni. Dia tak kacak, tapi dia cantik. Kalau dia perempuan, serius aku cakap, dia memang cantik gila. Muka dia manis. So, aku sebenarnya just suka tengok muka dia. Kalau Joong Ki yang ni, dia tak gentleman sangat tapi dia bijak. Dalam episod awal, Joong Ki memang nampak macam gentleman, tapi lama-lama macam tak je. Dia just seorang lelaki yang sweet. Sweet kan Song Joong Ki? Dalam RM, dia dipanggil FLOWER boy.

Aku rasa kalau aku layan cerita Korea ni, mampu gak la gila bayang dengan kecomelan pelakon-pelakon Korea ni. Sebab tu aku malas nak layan sangat cerita Korea. Biasanya, kalau aku tengok movie atau cerita apa-apa je. Aku akan suka watak dan peranan dia dalam cerita tu. Dan aku biasanya akan suka guy yang bawak watak gentleman, humble dan biasa. I like ordinary guy. Tu la lelaki yang aku suka - biasa. Aku tak suka guy yang handsome sebab I know that I'm beautiful too. Aku suka guy biasa sebab aku juga seorang yang biasa. Be balance. 

Taylor Lautner
Ok. Dalam banyak-banyak movie Hollywood yang aku tengok. Aku masih tak boleh lupakan Taylor Lautner. Dari dulu aku memang suka dia dan aku sebenarnya terpikat dengan sikap gentleman dalam setiap watak yang dia bawa. Siapa tak suka Taylor Lautner? Semasa aku dengar interview dia kat dalam Oprah dulu, dia seorang yang tak smoke, tak banyak pergi club (Wallahualam), dia tak minum arak and dalam temuramah tu dia nampak macam seorang yang sangat shy. Mungkin sebab mata dia agaknya. Oprah describe him sebagai "a good son" sepanjang temuramah tu. 

Dalam cerita "Abduction" pun dia nampak sangat gentleman dan bijak.  Pergilah tengok cerita "Abduction", sangat smart dia fight dalam cerita tu. Again... I fall in love with him. Don't talk about his muscle and six packs. Haha.. Bawak watak Jacob dalam Twilight really suits him. He's like... Just be you. Adakah aku sebenarnya suka pada watak dia atau sememangnya itu sikap dia di luar filem?


Bollywood? Siapa tak suka Shah Rukh Khan? Cepat angkat kaki. Apsal tak suka SRK? Watak dia bawa semua lepas. Dia menjiwai watak dan bagi aku, watak yang dia bawa semua menjadi. Dan watak di dalam cerita My Name is Khan sangat mengagumkan. Lurus dan dengar cakap. Dan aku memang sangat suka hair style dia dalam cerita My Name is Khan ni. Maybe sebab rambut dia memang macam tu kan? Tapi smart kan? Cerita My Name is Khan ni sangat menyayat hati terutama bila dia solat di tengah padang pasir tu. Bukankah bagus kalau benar dia seorang yang begitu. Wallahualam. Watak yang dia tonjolkan dalam cerita ni pun agak mengagumkan dan membawa imej baik kepada umat Islam sejagat. The best part bila dia sanggup turun Georgia untuk tolong Mama Jenny yang terlibat dengan taufan kat sana. Hebat. Bukankah itu akhlak sebenar seorang Islam yang patut kita contohi? Like I said before, yang elok tu kita ambil buat pengajaran, yang buruk kita tolak tepi. Peace!

Shah Rukh Khan - My Name Is Khan
End of this, semua ini just entertainment yang melalaikan. Kalau setakat nak tengok untuk leisure it's fine. Selain dari yang aku mention kat atas ini, aku admire Boris Kodjoe, Adam Rodriguez, Fazley Yaakob dan Adiputra. Just jangan jadi terlalu fanatik. Sebab semua ni useless. We got nothing in return kan? Lelaki terbaik yang harusnya kita minat, admire is the Only One Nabi Muhammad SAW. Artis ini it's OK to admire, tapi sayangilah Nabi Muhammad sebab hanya baginda yang selayaknya memberikan kita syafaat di akhirat nanti. Artis-artis ni tak mampu pun nak bagi kita syafaat kat sana. Tapi Nabi Muhammad boleh. Hebat kan? Kalau nak fikirkan tentang handsome, hayati kisah-kisah Nabi Yusof yang mana terdapat cerita ada seorang wanita yang terpotong jari sendiri kerana kagum dengan ketampanan Nabi Yusuf a.s.

Minat dengan rasa rendah diri seorang pelakon membawa watak Prince Harry sekalipun, bandingkanlah dengan kerendahan budi dan sifat rendah diri Nabi Muhammad SAW yang tak dapat dibandingkan dengan sesiapa pun dimuka bumi ini. Be proud kerana kamu dilahirkan sebagai seorang Islam dan itulah sehebat-hebat nikmat yang Allah berikan kepada kamu kerana kamu lahir ke dunia ini sebagai seorang Muslim. Praktikkan hidup seorang Muslim kerana itu adalah ketentuan yang sudah Dia suratkan ke atas kamu sebelum kamu lahir ke atas dunia lagi. Ingatlah... kamu sudah berikrar untuk menjadi khalifahNya dimuka bumi ini, maka jalankanlah tanggungjawab yang Dia berikan kepada setiap daripada kamu sebagai khalifahNya. Bangga kerana lahir sebagai seorang Muslim, amalkan cara hidup seorang Islam dan jangan pernah lalai. Ashtaghfirullah al azim. 





















Sehebat mana pun seorang lelaki itu, biarlah dia hebat apabila dia mampu membimbing kamu ke jalan yang benar. Mampu menjadi imam kamu. Mampu mengajar kamu membaca Al-Quran. Aku tak mengejar kesempurnaan... dan aku tak pernah meminta dia adalah terbaik di antara yang terbaik. Ya Allah, soal jodoh, aku serahkan pada Kau... sepenuhnya... kerana aku sedar siapa diri aku yang juga serba kekurangan.  Berselawatlah ke atas baginda sekerapnya kerana baginda akan memberikan kamu syafaatnya di akhirat kelak dengan izin Allah.


Note: Next time aku nak share ayat 1000 dinar, selawat syifaa dan sebagainya. Insyaallah.

18 September 2012

Makanlah Untuk Hidup

Masa belajar dulu, bila masuk je kelas and dapat assignment, assignment mesti minta visi, misi dan objektif. Dan aku terdetik juga, apa visi, misi dan objektif hidup ini. Sebagai seorang Muslim yang mempraktikkan kehidupan seorang Muslim, hidup ini milik Allah. Kita hidup untuk Allah. Kadang-kadang dengar jenaka "hidup untuk makan", tapi yang sebenarnya kita ni just "makan untuk hidup". Itu cara sebenarnya.

Aku agak cerewet kalau bab makan ni. Bukan cerewet apa, aku jenis yang tak berani nak try something new . Let's say kalau nak try makanan baru, aku akan rasa dulu makanan tu before order. Ala ala food tasting gitu. Sebab aku takut nak order benda baru tu sebab aku takut aku tak boleh nak telan makanan tu, at last membazir makanan tu kan? So, better aku makan je apa yang aku biasa makan. Nak kata aku phsychocentric, boleh la nak cakap camtu. Tak berani nak cuba benda baru. Tapi makanan je la eh? Benda lain, contohnya kehidupan ni, kalau tak jumpa benda baru, kita takkan belajar ye tak?

Salah 1 pesanan Luqman Hakim





















Seingat aku, Mei haritu aku pernah dapati aku ada tekanan darah rendah. Mak kata darah rendah ni lagi bahaya daripada darah tinggi. Last week pun, pakcik aku masuk wad sebab tekanan darah rendah. Tekanan rendah tu maybe terjadi pada aku sebab aku tak jaga makan. Aku makan tak tentu arah, tak ikut masa. Asyik rasa lesu, penat, tak larat. Then, ada satu petang tu, aku gagahkan kaki pergi jogging. Aku jogging kira-kira 15minit, hampir pengsan. Aku tak larat nak naik ke rumah, aku terduduk kat kereta aku. Takut benar aku kalau pitam kat situ. Tak ada orang nak minta tolong sebab masa tu housemates aku pun tak ada kat rumah. Minta tolong seorang teman belikan 100 Plus untuk dapatkan tenaga balik. Malam baru aku cari makan heavy sikit. Mujur ada selera makan. 

So, aku pernah ajar "someone" supaya jangan makan bersulamkan minum air. And if possible, avoid minum air selepas makan. Nak minum air tu bukanlah tak boleh, tapi minum selepas 5-10minit selesai makan. Supaya tak buncit. =P Try... It works to me. 

Sejak Mei, Jun lepas. I learn to live alone, opppss.. of course with support dari kawan-kawan juga. Tapi in terms of makan, aku ni memang tak kisah sangat pasal makan. Kalau ada, aku makan. Kalau takde, aku tangguh makan. Bila aku dah dapat rentak sendiri, tak kisahlah dinner sorang atau dengan housemates, aku betul-betul jaga makan aku. Betul, kalau korang jenis yang skip meals, makan tak ikut masa, itu akan buat badan korang lagi cepat naik. Just like me. Alaa.. sekarang pun aku still selalu je skip meals. Dan selera makan aku biasa je. Makan 5-6 suap pun aku dah kenyang. Jangan tanya kenapa. =)

Note: Harini aku berjaya masak gulai pucuk ubi+kulat. Wah! Sedapnyaa.... Aku suka makan sayur kampung, sumpah sedap! Mesyuarat kenduri Acik Sabtu lepas decide untuk masak sayur kampung yang sangat sedap. Tapi tak sure lagi dapat attend wedding nanti atau tak. Harap-harap tak ada aral. Amin. 

Sustainable Langkawi

Semalam AirAsia offer free seats. Tak free pun sebenarnya tapi masih murah kalau nak dibandingkan dengan tambang biasa. Mengingatkan aku pada trip aku bersama 5 teman lain ke Langkawi bulan Mac lepas. Mulanya apabila classmates aku sibuk kata nak pergi travel ke Langkawi. Then, aku pun masa tu yang agak-agak macam kusut je, terus rasa nak follow. Plus, kawan yang ajak pergi tu tolong book dan menguruskan flight, tempat tinggal, kereta sewa dan petrol which is only cost me RM210 selama aku berada di sana 3 hari 2 malam.

As a tourism student, rugilah kalau tak tahu deal dapat pakej atau design pakej sendiri dengan kos yang minimum. Aku nak kasi tips sikit kat kawan-kawan yang tengah plan untuk pergi bercuti.

Six of us. Langkawi 23 Mac 2012.
1. Biasalah, kalau single life ni. Kita akan banyak berkawan. So, why not ajak kawan-kawan pergi bercuti sekali. Selain dapat gelak-gelak dengan kawan-kawan, kita dapat jimatkan perbelanjaan semasa pergi bercuti. Dapat bercuti 2 atau 4 orang pun dah cukup bagus. Tapi kalau boleh, pergi tu biarlah pergi dengan kawan yang boleh ngam. Nanti kalau tak ngam, kau nak gi sana, aku nak gi sini. At last, dua-dua tempat tak dapat pergi. Tapi trip aku ke Langkawi sangat awesome. Aku just rasa tak puas masa bercuti kat sana. Kata orang Langkawi bosan, tapi bagi aku... Langkawi is a nice place sebab banyak tempat yang ada view yg cantik.

2. Bagi aku, plan last minute ni selalunya akan jadi the best plan ever. Haha! Jangan ikut tips ni. It works to me, pada orang lain aku tak tahu. Listkan tempat yang korang rasa nak pergi. Kalau nak book tiket flight, plus korang student, bajet la nak pergi time cuti mid-term ke. Tapi aku belasah je pergi bercuti hari Khamis pasal Jumaat memang takada kelas. Pilih tarikh betul-betul, jangan nak salah pick tarikh. Nanti jadi macam aku masa nak ke Sabah April lepas. Planning nak naik flight pukul 2petang, aku punya gelabah nak grab tarikh tu sampai tak perasan aku book flight pukul 6.30pagi. Jawabnya tidur kat airport la aku malam tu. Kebiasaannya... public holiday, Jumaat - Ahad tiket flight memang biasanya mahal*. Tak caye? Trylah book tiket Jumaat and compare tiket flight pada hari Isnin-Khamis. (*Subject to availability) Ngeh ngeh ngeh

Tulip di Amsterdam, April
3. Nak pilih destinasi korang nak bercuti tu pun kena fikir juga. Contohnya, korang nak pergi bercuti kat Pulau, tapi pergi time tengkujuh which falls pada hujung tahun kan. Tak seronok la kalau pergi bercuti time hujan, nanti korang bercuti dalam bilik je. Apa rasa? Lagi contoh, kalau nak pergi Korea and korang memang nak main snow, pergi bulan Mei memanglah tak jumpa snow. Sebab kalau tak silap, South Korea winter pada November-Mac. Kalau korang beli pakej kat travel agency, biasanya kalau korang perasan time winter memang tak banyak trip sebab limited access semasa trip kat sana nanti. Apa korang nak buat kalau pergi bercuti kat Korea dengan suhu -15celcius? Yang tu kena consider. Kalau aku pulak, nak pergi tengok musim bunga di Netherland (eksport bunga terbesar di dunia), takkan aku nak pergi time winter kan? Apa aku dapat tengok just snow je la.

My favorite flower ever. TULIPS.
4. Tempat tinggal. Kalau masa aku belajar dulu, semua yang kami nak kena consider bila nak develop a new attraction, tempat tu must be easy access. Contohnya hotel la, plus kalau korang jenis yang travel sendiri, better pilih hotel yang dekat dengan public facilities. Misalnya, kalau nak stay kat KL tu mesti korang cari tempat yang dekat dengan monorail/LRT kan? Lagi, nak dekat dengan tempat makan, shopping mall. Tu biasanya kalau tourist dari oversea la. Hotel kat tengah KL mahal.

5. Kalau bab transportation pula. Kalau korang tak reti guna map, baik guna GPS (kalau naik kereta). Study public transportation dulu kat tempat tu. Ada certain tempat memang tak ada public transport atau memang sangat costly. Kalau di Langkawi, ada few pilihan. Nak naik motor, kereta atau teksi. Bas aku tak pasti ada ke tak. Aku jenis yang suka drive kat tempat yang aku baru nak explore, so, semasa aku ke Langkawi, kawan aku sewa Innova and share naik 6 orang. Memang sangat jimat bila sewa kereta dan share bersama kawan lain. Minyak pun kena consider tau? Jangan lupa consider tentang petrol. Tu pun akan masuk dalam expenses kita juga. Aku belajar sustainable tourism dulu, salah satu cara nak sustain tourism kat area tu, gunakanlah public transport sebab ia akan support pendapatan orang tempatan.

So, ni 5 tips yang paling basic kalau nak travel and sangat berkesan pada student yang bercadang nak travel dengan kawan-kawan. Ingat, kita nak bercuti untuk hilangkan stress, bukan nak tambah stress. So, make sure korang plan elok-elok sebelum pergi bercuti. Kalau bercuti dan nanti macam-macam masalah timbul, tak seronoklah bercuti kan?

Note: Tengah planning nak melawat Kuching awal April nanti. Juga nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Mr. Radzlan Shah pada hari ini. May Allah bless you.

17 September 2012

Keputusan Telah Dibuat

Got a phone call from KDU College hari Selasa petang minta aku datang interview Rabu 4pm. Aku cakap, I can't be there Rabu, too hurry kot sebab aku stay kat Pahang. Then, ditunda ke Khamis 10am. Then, I said OK laa... 2-3 kali fikir punya fikir, macam tak berbaloi aku nak datang 1 interview kat Damansara Jaya tu excursionist. Penat kot driving alone jauh macam tu. But then, Rabu lepas solat Maghrib dapat call dari People System Consultancy untuk datang interview on Friday 11.30am kat Damansara Perdana. Disebabkan People System call minta datang interview, so, aku pun buat keputusan mengejut, esok pagi bertolak ke Damansara and I'll attend interview kat KDU tu. Dengan semua dokumen tak prepare, application form tak boleh nak print. Aku datang interview kat KDU bawak file certificates aku je.

Bertolak seawal 6.30am dari Desa Murni. Sampai Damansara Jaya dalam pukul9. Aku berat hati nak pergi interview KDU tu sebab masa aku email tnya dia offer position apa, dia cakap admin. So, aku agak blur dengan position admin ni. Aku bet, kalau tak jumpa KDU dalam pukul9.30, aku malas pegi interview tu, tapi aku nak kata luck ke apa ke tak tahu laaa, tapi aku jumpa KDU pukul 9.25am. Ngeh ngeh ngeh. Cari parking, jalan kaki sket, tiba la aku ke KDU jam 9.45am. Agak berdebar sebab mata aku tak dapat capture Malay langsung kat sana, yang berlambak just ada Chinese, Indian and foreigners. Going up to 4th floor, Human Resource Department, jumpa Miss Ann yang aku borak dalam phone tu. She's nice. While waiting for the interviewers, aku duk isi application form yang aku tak sempat nak fill in aritu. Serabai bebenor hari tu
"Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku. Dan apakah is tidak mengetahui bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta?" - Surah Al-Qasas: 78
I like the interview environment, ada 3 interviewers... 2 Chinese guys and Miss Mariam a foreigner. Mr. Awlyn sangat outgoing yet mcm strict aku boleh cakap. Tapi soalan-soalan yang ditanya memang benda-benda yang aku boleh nak jawab, dan benda yang aku suka. End of the interview, dia explained la job scope semua tu, actually, masa dia explain job scope, aku agak excited dengan kerja-kerja yang akan aku buat sebab aku akan ditempatkan di department Training and Learning Center dan collaborate bersama Research and Development department. Balik interview, aku pun merayau pergi One Utama tengok Resident Evil: Retribution. Apa yang pasti, aku suka pengalaman interview di KDU.

KDU College, Kampus Utama -  Damansara Jaya
Jumaat petang lepas aku siap interview di People System, I went shopping with Liyana kat One Utama. Dalam pukul 3pm, got a phone call from KDU saying that I got the job and minta aku masuk kerja on 18th September 2012. Woih! Selasa tu, Jumaat tu aku masih di sana which aku plan nak balik Pahang on Saturday. Nak cari rumah sewa whatsoever, aku memang mengambil masa. Ell support sangat aku grab the job, sorry Ell.... aku tak sempat nak inform kau, since kau busy gi holiday dengan Suzanne. Fikir 6-7kali, discuss and bincang with few persons... Aku decide untuk tolak offer dari KDU College. I regret to inform that I have to say no for the job even aku dah pun dapat offer letter Jumaat tu juga. Banyak benda that I've been considered... termasuklah bilik sewa yang boleh cecah RM400 seorang kat area Damansara Jaya tu. Cost of living kat sana aku tak berani nak cakap laaa....

In fact, aku mengambil perhatian terhadap offer dari Kementerian Belia & Sukan dan aku tengok semula modul yang mereka akan terapkan sepanjang 6bulan di Program Leader Fellowship nanti, aku decide untuk pergi this 6 month course. Kalau tak diserap kerja terus in the end of the program Mac nanti, aku harap... aku dapat belajar banyak benda pasal diplomatik, negara, nak fit-kan semula badan ni and prepare my self untuk apply PTD nanti. Aku doa dan minta berkat dari Dia atas segala keputusan yang aku buat ni. Aku fikir positive je and like Ell cakap kat aku dulu... "mana-mana pun ada risiko". And I have some more reasons to say "No" to the offer from KDU. Tapi, aku sebenarnya agak berat hati untuk tolak offer dari KDU sebab aku yakin aku akan belajar banyak benda kat KDU sebab aku akan ditempatkan di Research department. Tapi... hati aku kuat untuk pergi ke KBS program bermula 5 October 2012 di Kompleks Rakan Muda, Bukit Kiara selama 6 bulan and when I asked my parent, doang tak pernah menyekat pilihan hidup aku. Thanks Mum and Dad... Love~ =D


P/S: I'm expecting ada gym and track yang aku boleh guna kat Kompleks Rakan Muda, Mont Kiara nanti. Nak ucapkan "Congratulation!" kepada seorang teman yang berjaya pergi ke next level selepas pergi ke temuduga TUDM Sabtu lepas.

12 September 2012

Program Leader Fellowship KBS

Permohonan sambil lewa yang dibuat beberapa bulan sebelum menerima surat panggilan untuk temuduga atau lebih dikenali sebagai kem penilaian untuk menyertai program 6 bulan anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang akan bermula 5 Oktober 2012 di Kompleks Rakan Muda, Mont Kiara.

Selesai habis last paper untuk program Ijazah Sarjana Muda aku, aku menerima panggilan untuk join kem penilaian ni di UKM, Bangi. Mula-mula berat hati nak pergi, tapi lepas fikir 2-3 kali, I decided to join je la kem penilaian tu. Driving alone from Puncak Alam ke Bangi dengan bantuan GPS, Alhamdulillah aku selamat sampai di UKM, Bangi lebih kurang pukul 9 pagi. The best part, bila sampai kat traffic light depan pintu gerbang UKM tu, aku nampak ada sebijik motor yang berhenti kat pondok jaga and aku rasa kenal benar dengan beg galas tu.

Selesai kira BMI, daftar bilik dan rehat sekejap yang kami ditempatkan di Kolej Tun Hussein Onn, UKM, selesai Zohor saja, kena move ke dewan taklimat di Fakulti Sains Sosial. Untuk sesi ramah mesra bersama urusetia dan sedikit pengenalan tentang program ini. So, sekali lagi, kami seramai 50 orang dibahagikan kepada 5 kumpulan. Again... sekali lagi, aku secara "purely coincident" dapat pula satu group with the one yang aku jumpa di pintu gerbang awal pagi tadi.

Girlfriends from Group 4
So, task-task sepanjang 2 hari di UKM termasuklah public speaking, penyelesaian masalah dan beberapa tasks lain yang aku tak ingat. Tapi apa yang aku nak simpulkan dari 5 tasks ini adalah kesemuanya memerlukan confident level yang tinggi dan pengetahuan am yang hebat. Aku tak nafikan memang ramai yang menyerlah sepanjang 2 hari di sana. Tak lupa juga ada UJKK iaitu ujian fizikal yang melibatkan bleep test, sit up, hand grip dan ada satu lagi yang aku tak sure apa nama ujian tu. Ekeke.. the best part is the bleep test la of course. Aku tak pernah tahu apakah bleep test and mengikut kata-kata kenalan di sana, bleep test turut dijalankan bila nak masuk line government nanti. Wallahualam la betul atau tak. Para penilai pun tak kurang hebatnya, pegawai dari sana sini dan aku amat menghormati cara mereka memberi pendapat dan teguran. Aku pasti memang banyak yang aku kena belajar sebelum proceed ke next level bermula bulan depan. Ada juga juri yang bagitahu, general knowledge sangat penting. Walaupun dalam kumpulan, semua orang akan diberi kesempatan untuk bercakap dan dari situlah markah individu akan dikutip.

Setiap perincian atau pembentangan perlulah diikuti dengan facts and figures yang akan mengukuhkan lagi pembentangan tu. So, kami diberi kebenaran untuk menggunakan sebarang gadget yang ada termasuklah my Blackberry untuk cari info untuk dibentangkan. Pembentangan ni menarik kalau kita benar-benar tahu apa yang kita bentangkan. Setuju?

Aku nak kongsi tentang Public Speaking. Ada kenalan dari kumpulan aku graduan Mechanical Engineering dari Australia dan baru je balik dari sana turut menyertai program ni, dia ada cakap semasa sessi pertama yang kami tak biasa dengan Bahasa Melayu. Haram.. memang terkongtang-kanting buat presentation in Malay. Tak cakap pun kami hebat dalam English, tapi selama 5 tahun aku belajar kat UiTM, tak ada satu pu presentation yang membenarkan penggunaan Bahasa Melayu selain subjek-subjek CTU. So, a little bit awkward untuk guna Bahasa Melayu walaupun English sebenarnya berterabur. Ok! Public speaking was nice. Diberi topik secara random dan persediaan presentation selama 5minit. Aku dapat topik "HISTORY". Hambik! Aku dah la anti habis dengan Sejarah, tiba-tiba dapat topik sejarah. Haaa... goreng je. So, aku goreng apa yang aku tahu, ingat dan wrap up semuanya dalam satu topik tu.

Spot "the one" yang aku jumpa di entrance UKM tadi? - My groupmates. Awesome.
Percayalah, kalau kamu lepasan ijazah, gunakan segala pengetahuan kamu menghadiri sebarang interview terutama temuduga kerajaan. Pegawai tadbir diplomatik perlu keyakinan yang lebih tinggi dari apa yang aku ada sekarang termasuklah general knowledge tentang IT, Ekonomi, Politik, Sejarah, Pertanian dan sebagainya. Interview untuk masuk bekerja dalam kerajaan tak semudah yang kita sangka. Terlalu ramai pesaing.

Jadi, aku masih lagi dalam dilemma untuk meneruskan program 6 bulan Program Perdana Leader Fellowship ni yang bermula pada 5 Oktober nanti. Banyak benda yang KBS tawarkan. Tapi mereka tak menjanjikan sebarang peluang pekerjaan di akhir program nanti bergantung kepada performance masing-masing. So, aku masih lagi dalam dilemma. Bantu aku buat keputusan sikit? Apa kata korang?

Untuk mengetahui tentang program ini dengan lebih lanjut. Feel free to download the "booklet" here.

The Making of Puding Roti

Dah habis bulan puasa, bulan raya belum habis...Aku bukan selalu masak kat rumah, sebab tak ada orang nak makan, aku pula bosan makan makanan sendiri, so selalu beli kat bazar je. Family kecik kan, macam ni lah. Plus sekarang, selalu tinggal sorang kat rumah, kadang-kadang mati kutu jugak aku, nasib baik ada 99 episod Running Man. Layan je laa...

Kalau bab-bab masak ni, aku tak pro, tapi aku suka masak. Biasanya aku buat resipi sendiri. Masak masakan kampung atau yang gunakan santan ni mak aku la yang ajar. Nak buat gulai lemak cili api, gulai kurma, kari semua tu mak je yang ajar atau kadang-kadang aku observe je. Gulai labu, gulai nangka, gulai jantung pisang macam dah boleh buat kot. Ni semua lauk/gulai kampung yang aku suka la, so, kena tau masak kan? Apa yang aku nak sangat belajar sekarang, sambal tempoyak pucuk ubi. Macam leceh je nak buat. Nak kena belajar betul-betul dengan mak.

Antara kuih yang aku paling suka sekali macam kuih keria ubi, puding roti and puding jagung. Mak dah ajar aku macamana nak buat puding jagung, alhamdulillah. Mak pandai buat kuih macam kuih lapis, kuih talam, lepat pisang and aku just nak belajar benda yang aku suka makan. Haha.. Boleh macam tu? So, sebab aku suka makan puding roti, aku pun nak try masak puding roti. Search kat internet, aku jumpa resipi puding roti. Keluar beli barang and aku pun beli lah barang-barang nak buat puding roti ni.

Bahan-bahannya:-
- Roti
- Susu cair dan susu pekat
- Kismis
- Tepung jagung
- 2 biji telur
- 1 sudu esen vanila
- Marjerin
- Gula
- Jem (apa-apa perisa pun)
* Tak reti macamana nak tetapkan sukatan. Pandai-pandailah korang adjust ye. =P

Cara membuatnya:-
- Sapu jem pada roti then jadikan base letak dalam loyang pembakar. (1 lapis je)
- Balance roti yang lain tu, carik-carikkan dan rendam dalam susu cair and susu pekat tadi. Rendam dalam bekas lain tau. Bukan dalam bekas yang korang letakkan lapisan roti bersama jem tadi. Settle? Letak tepi rendaman roti ni.
- Sebab aku tak ada mixer, aku guna blender je buat sebatian ni. =P Masukkan marjerin dan gula, masukkan telur then mix together, bila macam dah kembang sikit masukkan esen vanila pulak. Mix together.
- Curahkan sebatian marjerin+gula+telur+esen vanila tadi dalam rendaman roti dalam susu cair dan susu pekat dan gaulkan. Nak gaulkan tepung jagung pun boleh kalau macam lembik sangat, tepung jagung boleh guna untuk pekatkan masakan.
- Masukkan kismis (atau aku buat campuran buah-buahan) dalam roti dan sebatian tadi. Gaul sekali.
- Letak semuanya tadi dalam loyang/bekas yang korang letakkan roti yang disapu jem tadi untuk dibakar.
- Tabur la sikit kismis tadi atas puding roti yang sedia untuk dibakar sekejap lagi.
- Bakar puding roti ni dalam ketuhar dalam 20minit atau sampai masak.


Taraaa... ni hasil puding roti yang aku buat masa bulan puasa haritu. Alhamdulillah secukup rasa manisnya. Happy sebab berjaya masak kuih favorite aku. =)


11 September 2012

Love From Allah

Agak lama aku diamkan diri dari blog. Hati rasa sarat benar dengan duniawi. Maafkan Ya Allah kerana terlalu mencintai duniaMu ini. Hati juga terasa sarat dengan kebimbangan kerjaya yang tak kunjung tiba atau adakah aku yang sebenarnya terlalu memilih. Kata orang, kerja sekarang jangan memilih sangat. Terlalu banyak persaingan kat luar sana. Benar, aku tak nafikan....

Sejak 2 September, seorang teman mengejutkan aku dengan satu berita yang aku tak pernah tahu. Atau adakah aku yang tak pernah perasan? Miss Eamy pernah kemukakan isu ini pada aku dulu, tapi aku ambil mudah dan sememangnya ketika itu dia dan aku bercakap tanpa bukti. Sekarang, aku ada buktinya. Setelah beberapa hari aku berperang dengan perasaan. Aku terasa aku ada jawapannya. Tapi jawapan aku tak pasti. Jadi, aku simpan saja. Kalau benar ceritanya, terbongkarlah kebenarannya satu hari nanti. Kalau sebaliknya, aku redha. But still... I can't stop thinking about it. Aku luahkan pada Dia, harapkan agar Dia tunjukkan jalannya sekali lagi dalam istikharah ini.

Perjuangan Nadzir Farhan di welovekaabah.blogspot.com
Mention oleh seorang teman lama di Twitter membuat aku tersenyum. Aku yakin, dan aku harap aku berjaya mencapai redhaNya satu hari nanti. Aku juga percaya, rasa itu datang dariNya, kerana itu aku masih disini. Moga aku berjaya membina syurga hati sebelum bertemu teman sejati. Cukup untuk hari ini. Iftar....

P/S: Support kawan. Good luck A'an dengan welovekaabah.blogspot.com.