21 September 2012

Kerja Yang Terbaik

Membaca "Solusi" adalah satu medium untuk aku lebih dekat denganNya. Pernah dengar tak majalah Solusi? Baik korang pergi beli lepas baca entry "cebisan" dari aku ni. Kenapa "cebisan"? Haha.. hanya cebisan perkongsian dari apa yang aku baca, dengar dan lihat.

So, sebagai seorang yang dikatakan menganggur, aku amat alert dengan vacancy atau konsep kerja. Aku juga nak takrifkan kerja ini sebagai satu tanggungjawab yang mana ianya adalah satu episod tanggungjawab yang akan aku hadapi tak lama lagi. Sejauh mana persediaan aku untuk menempuh alam pekerjaan? Adakah cukup apa  yang aku belajar sejak dari Darjah 1 hingga tahun terakhir Ijazah untuk diaplikasikan masa kerja nanti? Setakat beberapa bulan pengalaman kerja dan pengalaman freelance tu, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan "real life" di alam pekerjaan nanti. Jadi, aku rasa nak share sikit pasal apa yang aku terbaca dan apa yang aku fikirkan tentang "kerja" di kaca mata Islam.

Solusi #Isu 48 muka surat 17 menangkap pandangan aku. Bertajuk Sinergi Dunia Akhirat, penulis Pahrol Mohamad Juoi mengungkapkan term "High Tech" dan "High Touch". Dari apa yang aku faham, High Tech ni adalah "Dunia", manakala High Touch pula adalah akhirat. Aku akan explain further sekejap lagi. Dalam entry aku sebelumnya, aku ada bercerita tentang TAQWA. Taqwa itu datangnya dari hati, batin. Menurut penulis yang aku kagumi ini, taqwa boleh dizahirkan melalui akhlak dan juga itqan. Dimana akhlak adalah nilai manusia sesama manusia, manakala itqan ni pula nilai manusia berkaitan pekerjaannya. Kalau ada akhlak dan itqan dalam kekerjaan dan pergaulan ni, insyaAllah kita akan berjaya dari dunia dan akhirat. Mengibadahkan kerja. 

Bagi aku, akhlak itu membawa kepada performance kerja kita nanti. Kalau molek akhlaknya, moleklah hubungannya sesama manusia dan kerja kita. Bahasa aku jadi skema semacam bila aku mengulas entry di majalah ini. Kan? Ngeh ngeh.. Bukan apa, takut tersalah tafsir, so kenalah berhati-hati dengan perkataan sendiri. Apa yang aku cuba sampaikan, akhlak tu penentu tahap performance kerja kita nanti. Sebab.... kalau akhlak kita sebagai seorang yang bertanggungjawab, kita akan buat kerja yang ditugaskan dengan sebaik mungkin. Setuju? Ya, aku kerap mengutarakan tentang tanggungjawab. Dear readers, trust me... kalau kita seorang yang bertanggungjawab... segala tanggungjawab yg diamanahkan kepada kita akan dilakukan dengan sehabis baik. Fikirkan sejenak tentang konsep "tanggungjawab".
Kerja yang Terbaik = Itqan
Aku juga tertarik dengan kejayaan cendekiawan Islam seperti Al-Biruni yang menguasai tamadun Arab dan Yunani (high touch) merupakan seorang yang banyak menyumbang dalam bidang perubatan, matematik, astronomi dan sains (high tech). Fakruddin al-Razi seorang ahli falsafah (high tech) juga menguasai ilmu tafsir (high touch).  Kagum pulak aku dengan kejayaan Ibn Sina sebagai seorang yang banyak menyumbang dalam bidang sains, perubatan dan falsafah (high tech), tapi ingat... beliau menghafal al-Quran ketika beliau berusia 10 tahun (high touch). Kesimpulannya, balance kan dunia dan akhirat kamu. Kalau kamu mengejar dunia, kamu akan tertinggal akhirat kamu. Tapi, kalau kamu mengejar akhirat, kamu akan dapat kedua-duanya. Apa yang aku boleh bahaskan dari mutiara kata ni? Akhirat akan mengajar kamu untuk berusaha mendapatkan kejayaan di dunia, at the same time akhirat mengajar kamu untuk menjadi tidak lupa diri atas kejayaan di dunia. Jangan riak, jadilah seorang yang rendah diri. Kejayaan itu hak milik Allah, apa yang kita ada, apa yang kita usahakan...semuanya hak Allah. Bila-bila masa je Dia boleh tarik balik nikmat tu kalau kamu tidak cukup bersyukur dengan kurniaanNya.
"Janganlah satu golongan mengejek golongan yang lain, kemungkinan orang yang diejek lebih baik daripada yang mengejek." - Surah Al-Hujurat 49: 11
Note: Kata seorang kawan. Betapa teruk apa yang aku dah lalui sepanjang tempoh "break-up" dan "recover" dulu, itu adalah persiapan yang Dia bagi pada aku untuk berdepan dengan lagi macam-macam perangai manusia di alam kerja nanti. 

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195