18 September 2012

Makanlah Untuk Hidup

Masa belajar dulu, bila masuk je kelas and dapat assignment, assignment mesti minta visi, misi dan objektif. Dan aku terdetik juga, apa visi, misi dan objektif hidup ini. Sebagai seorang Muslim yang mempraktikkan kehidupan seorang Muslim, hidup ini milik Allah. Kita hidup untuk Allah. Kadang-kadang dengar jenaka "hidup untuk makan", tapi yang sebenarnya kita ni just "makan untuk hidup". Itu cara sebenarnya.

Aku agak cerewet kalau bab makan ni. Bukan cerewet apa, aku jenis yang tak berani nak try something new . Let's say kalau nak try makanan baru, aku akan rasa dulu makanan tu before order. Ala ala food tasting gitu. Sebab aku takut nak order benda baru tu sebab aku takut aku tak boleh nak telan makanan tu, at last membazir makanan tu kan? So, better aku makan je apa yang aku biasa makan. Nak kata aku phsychocentric, boleh la nak cakap camtu. Tak berani nak cuba benda baru. Tapi makanan je la eh? Benda lain, contohnya kehidupan ni, kalau tak jumpa benda baru, kita takkan belajar ye tak?

Salah 1 pesanan Luqman Hakim





















Seingat aku, Mei haritu aku pernah dapati aku ada tekanan darah rendah. Mak kata darah rendah ni lagi bahaya daripada darah tinggi. Last week pun, pakcik aku masuk wad sebab tekanan darah rendah. Tekanan rendah tu maybe terjadi pada aku sebab aku tak jaga makan. Aku makan tak tentu arah, tak ikut masa. Asyik rasa lesu, penat, tak larat. Then, ada satu petang tu, aku gagahkan kaki pergi jogging. Aku jogging kira-kira 15minit, hampir pengsan. Aku tak larat nak naik ke rumah, aku terduduk kat kereta aku. Takut benar aku kalau pitam kat situ. Tak ada orang nak minta tolong sebab masa tu housemates aku pun tak ada kat rumah. Minta tolong seorang teman belikan 100 Plus untuk dapatkan tenaga balik. Malam baru aku cari makan heavy sikit. Mujur ada selera makan. 

So, aku pernah ajar "someone" supaya jangan makan bersulamkan minum air. And if possible, avoid minum air selepas makan. Nak minum air tu bukanlah tak boleh, tapi minum selepas 5-10minit selesai makan. Supaya tak buncit. =P Try... It works to me. 

Sejak Mei, Jun lepas. I learn to live alone, opppss.. of course with support dari kawan-kawan juga. Tapi in terms of makan, aku ni memang tak kisah sangat pasal makan. Kalau ada, aku makan. Kalau takde, aku tangguh makan. Bila aku dah dapat rentak sendiri, tak kisahlah dinner sorang atau dengan housemates, aku betul-betul jaga makan aku. Betul, kalau korang jenis yang skip meals, makan tak ikut masa, itu akan buat badan korang lagi cepat naik. Just like me. Alaa.. sekarang pun aku still selalu je skip meals. Dan selera makan aku biasa je. Makan 5-6 suap pun aku dah kenyang. Jangan tanya kenapa. =)

Note: Harini aku berjaya masak gulai pucuk ubi+kulat. Wah! Sedapnyaa.... Aku suka makan sayur kampung, sumpah sedap! Mesyuarat kenduri Acik Sabtu lepas decide untuk masak sayur kampung yang sangat sedap. Tapi tak sure lagi dapat attend wedding nanti atau tak. Harap-harap tak ada aral. Amin. 

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195