23 September 2012

Mimpi Lagi

Baru sudah tengok Running Man #episod 34 agaknya. Entah! Tak ingat... Ada 106 episod yang ada dalam external ni. Nampak gayanya tak sempat nak habiskan sebelum aku proceed dengan program KBS next month. Tapi thanks to Azlan Sabri sebab masukkan 99 episod of Running Man ni dalam external gemuk aku ni. Kalau dulu, aku dengar orang duk cakap pasal RM ni, aku tak tahu pasal apa la doang cakap ni. So, bila aku tengok 5-6 episod, aku dah mula berkenan. Bulan puasa tak tengok sangat aritu, sebab puasa kan, mata kena jaga... nanti gelak banyak-banyak, hilang pahala puasa aku. 

Aku tak boleh nak lupakan mimpi aku malam semalam. Apalah maksud mimpi aku ni? Adakah aku memang seorang yang banyak berfikir sampai hampir setiap malam aku bermimpi perkara yang aku patut mimpikan. Pelbagai tafsiran mimpi kan? Mimpi je tak cukup, gerak hati/instinct tu pun main peranan juga sebenarnya. Kadang-kadang aku tak boleh nak tidur sebab aku fikir mimpi-mimpi aku yang bukan-bukan malam semalamnya... Silly isn't it? Ya, aku memang seorang yang banyak fikir. Lately, aku cuba control fikiran aku. Cuba cari benda yang boleh distract aku. Dulu, "someone" ajar aku download movie whatsoever, benda tu pun distract aku. But then, I stopped sebab apa entah. Too busy agaknya. Tapi, at least... aku ada memori di situ. 

Aku rasa tak boleh nak tidur malam ni. Sebab tu mengarut sikit ni. Dengar pulak lagu Muara Hati - Siti Nurhaliza & Hafiz ni berulang-ulang, buat aku duk teringat je. And I asking myself - Why? Why? Why? But yes, I don't have the answer. Banyak sangat mimpi yang memberi aku rasa yang sama, petunjuk yang sama, tapi... aku tolak tepi sebab aku tak percaya pada mimpi lagi dah. But still, mimpi-mimpi tu memberi tamparan hebat untuk aku. Bila semua benda ni nak habis? Kalau aku tak fikir, mimpi datang buat aku terfikir. Bila aku terfikir, lagi la syok mimpi tu bermain-main dalam fikiran aku. 

Aku buat sedikit research sikit sebelum tidur ni tentang mimpi. Mimpi menurut Islam. Jom tengok? (Sumber dari Kiemiftah)

HADIS PERTAMA:
"Apabila salah seorang dari kamu melihat mimpi yg disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah, maka khabarkanlah kpd org lain, dan sekiranya dia melihat sebaliknya dari apa yg dibencinya, sesungguhnya ia daripada Syaitan, maka beristi'azahlah (mmbaca AUZUBILLAHI MINAS SYAITONIR RAJIM), dan janganlah menceritakan kpd org, tiadalah ia (mimpi) dapat memudaratkannya.."
(Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Lafaz hadith adalah bagi Al-Bukhari)

HADIS KEDUA:
“Apabila telah menghampiri zaman (kiamat), mimpi seseorang yang beriman itu hampir-hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Dan mimpi orang Muslim (yg sentiasa bercakap benar) itu adalah sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu ada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan/kebimbangan daripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri (terkesan dari apa yg terjadi pada dirinya). Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang lain.
(Sahih Muslim, dan lain-lain)

HADIS KETIGA:
“Tidak akan kekal dari kenabian melainkan al-Mubassyiraat (perkara-perkara yg menggembirakan), para sahabat bertanya: apakah mubassyiraat itu, Jawab baginda: Mimpi yang benar.”
(Sahih Al-Bukhari)

Benar, mimpi indah itu datang dari Allah. Tapi... entahlah! Macamana nak lupa kalau benda yang sama asyik timbul dan mengingatkan kita tentang benda yang kita cuba lupakan. Atau kadang-kadang, aku buat biasa, tapi mimpi yang datang buat aku semakin berfikir-fikir. Maafkan aku bila hasrat aku keliru. Akhir kata sebelum aku melelapkan mata malam ni, aku tak nak fikir lagi dah. Mungkin aku yang terlalu memikirkan. I leave it to Allah. Pemilik mimpi-mimpi itu. *airmatatumpah*
"Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini. Tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pasti pergi jua." - Pelangi Petang, Sudirman. (Al-Fatihah)

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195