12 September 2012

Program Leader Fellowship KBS

Permohonan sambil lewa yang dibuat beberapa bulan sebelum menerima surat panggilan untuk temuduga atau lebih dikenali sebagai kem penilaian untuk menyertai program 6 bulan anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang akan bermula 5 Oktober 2012 di Kompleks Rakan Muda, Mont Kiara.

Selesai habis last paper untuk program Ijazah Sarjana Muda aku, aku menerima panggilan untuk join kem penilaian ni di UKM, Bangi. Mula-mula berat hati nak pergi, tapi lepas fikir 2-3 kali, I decided to join je la kem penilaian tu. Driving alone from Puncak Alam ke Bangi dengan bantuan GPS, Alhamdulillah aku selamat sampai di UKM, Bangi lebih kurang pukul 9 pagi. The best part, bila sampai kat traffic light depan pintu gerbang UKM tu, aku nampak ada sebijik motor yang berhenti kat pondok jaga and aku rasa kenal benar dengan beg galas tu.

Selesai kira BMI, daftar bilik dan rehat sekejap yang kami ditempatkan di Kolej Tun Hussein Onn, UKM, selesai Zohor saja, kena move ke dewan taklimat di Fakulti Sains Sosial. Untuk sesi ramah mesra bersama urusetia dan sedikit pengenalan tentang program ini. So, sekali lagi, kami seramai 50 orang dibahagikan kepada 5 kumpulan. Again... sekali lagi, aku secara "purely coincident" dapat pula satu group with the one yang aku jumpa di pintu gerbang awal pagi tadi.

Girlfriends from Group 4
So, task-task sepanjang 2 hari di UKM termasuklah public speaking, penyelesaian masalah dan beberapa tasks lain yang aku tak ingat. Tapi apa yang aku nak simpulkan dari 5 tasks ini adalah kesemuanya memerlukan confident level yang tinggi dan pengetahuan am yang hebat. Aku tak nafikan memang ramai yang menyerlah sepanjang 2 hari di sana. Tak lupa juga ada UJKK iaitu ujian fizikal yang melibatkan bleep test, sit up, hand grip dan ada satu lagi yang aku tak sure apa nama ujian tu. Ekeke.. the best part is the bleep test la of course. Aku tak pernah tahu apakah bleep test and mengikut kata-kata kenalan di sana, bleep test turut dijalankan bila nak masuk line government nanti. Wallahualam la betul atau tak. Para penilai pun tak kurang hebatnya, pegawai dari sana sini dan aku amat menghormati cara mereka memberi pendapat dan teguran. Aku pasti memang banyak yang aku kena belajar sebelum proceed ke next level bermula bulan depan. Ada juga juri yang bagitahu, general knowledge sangat penting. Walaupun dalam kumpulan, semua orang akan diberi kesempatan untuk bercakap dan dari situlah markah individu akan dikutip.

Setiap perincian atau pembentangan perlulah diikuti dengan facts and figures yang akan mengukuhkan lagi pembentangan tu. So, kami diberi kebenaran untuk menggunakan sebarang gadget yang ada termasuklah my Blackberry untuk cari info untuk dibentangkan. Pembentangan ni menarik kalau kita benar-benar tahu apa yang kita bentangkan. Setuju?

Aku nak kongsi tentang Public Speaking. Ada kenalan dari kumpulan aku graduan Mechanical Engineering dari Australia dan baru je balik dari sana turut menyertai program ni, dia ada cakap semasa sessi pertama yang kami tak biasa dengan Bahasa Melayu. Haram.. memang terkongtang-kanting buat presentation in Malay. Tak cakap pun kami hebat dalam English, tapi selama 5 tahun aku belajar kat UiTM, tak ada satu pu presentation yang membenarkan penggunaan Bahasa Melayu selain subjek-subjek CTU. So, a little bit awkward untuk guna Bahasa Melayu walaupun English sebenarnya berterabur. Ok! Public speaking was nice. Diberi topik secara random dan persediaan presentation selama 5minit. Aku dapat topik "HISTORY". Hambik! Aku dah la anti habis dengan Sejarah, tiba-tiba dapat topik sejarah. Haaa... goreng je. So, aku goreng apa yang aku tahu, ingat dan wrap up semuanya dalam satu topik tu.

Spot "the one" yang aku jumpa di entrance UKM tadi? - My groupmates. Awesome.
Percayalah, kalau kamu lepasan ijazah, gunakan segala pengetahuan kamu menghadiri sebarang interview terutama temuduga kerajaan. Pegawai tadbir diplomatik perlu keyakinan yang lebih tinggi dari apa yang aku ada sekarang termasuklah general knowledge tentang IT, Ekonomi, Politik, Sejarah, Pertanian dan sebagainya. Interview untuk masuk bekerja dalam kerajaan tak semudah yang kita sangka. Terlalu ramai pesaing.

Jadi, aku masih lagi dalam dilemma untuk meneruskan program 6 bulan Program Perdana Leader Fellowship ni yang bermula pada 5 Oktober nanti. Banyak benda yang KBS tawarkan. Tapi mereka tak menjanjikan sebarang peluang pekerjaan di akhir program nanti bergantung kepada performance masing-masing. So, aku masih lagi dalam dilemma. Bantu aku buat keputusan sikit? Apa kata korang?

Untuk mengetahui tentang program ini dengan lebih lanjut. Feel free to download the "booklet" here.

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195