23 September 2012

Rabbit-Infants Rescue

Aku bela rabbit ni sejak dari aku Diploma lagi. Masa tu, rumah sewa aku kat Kuantan tu kena jalan kaki kalau nak pergi kelas. On the way nak naik bas kolej kat Shahputra Village tu mesti kena lalu kat rumah makcik ni. Pulak tu, rumah makcik ni banyak gila rabbit. Comel-comel pulak tu. Semua baka yang bulu panjang tu (Anggora). Masa tu, aku dengan housemate aku ni gila dengan rabbit, mula lah bela dalam rumah. Sanggup beli sangkar rabbit kat kedai bandar Kuantan tu angkut naik motor. Ex aku memang sangat encourage aku bela rabbit. Sebab dulu dia pun ada bela 2 ekor rabbit. Aku ni pulak, pantang kalau jumpa binatang. Lagi-lagi dengan binatang comel. Satu benda yang aku tak berkenan pasal arnab ni just arnab tak berbunyi melainkan kalau dia marah. Haa... baru dia akan berbunyi, ala ala merengus la kan.

Terpikat? Takkan tak terpikat dengan kecomelannya.
So, sampai sekarang aku masih lagi bela rabbit. Kalau dulu, berbelas-belas ekor arnab aku bela. But then, ada tragedi anjing datang entah dari mana, and bunuh semua rabbit aku. Semua tau! Ada 18 ekor kalau tak silap aku masa tu, habis rabbit aku dia bunuh. Bangun pagi tengok rabbit semua terlepek kat tanah, ada yang berdarah-darah. Yang buat sedihnya sebab arnab-arnab tu dia tak makan, anjing tu just nak bunuh. Kesian, ada sekor dua yang sempat tengok pagi-pagi tu dah macam nyawa-nyawa ikan. Sedih sangat tengok.




Nak dijadikan ilham aku nak bercerita tentang rabbit ni, sebab hari ini aku buat rescue anak arnab yang aku tak sedar ibu dia dah beranak. Haritu dah pernah rescue, tapi mati sebab tak jaga betul-betul. Hari ini, selesai solat asar aku pun menyemak kat belakang rumah tengok rabbit. Then, mak suruh gali lubang rabbit tu sebab mak ingat arnab betina yang dua ekor tu dah beranak. Disebabkan aku tinggal seorang je kat rumah sekarang, terpaksalah aku mengotorkan badan menggali lubang yang agak dalam bawah reban arnab aku ni. Woi, menyusup bawah reban and kerja menggali lubang lebih kurang setengah meter tu not my expertise OK.

Gemuk tak baby rabbit aku rescue tadi?
Gali punya gali, tiba-tiba tergolek seekor anak rabbit baya dua jari aku ni keluar. Kesian, meronta-ronta, dah separuh nyawa dah anak arnab tu. Badan dah diselaputi tanah dah. Then, bila suluh dalam lubang, boleh nampak ada lagi 2ekor dalam lubang tu. Aku pun haih.. tak tahulah nak cakap macam mana. Akhirnya berjaya menyelamatkan dua ekor anak rabbit kat dalam lubang tu. Seekor dah mati dalam lubang tu, mungkin lemas kena air hujan yang bertakung dalam lubang tu.





Tak apalah, at least, berjaya rescue tiga ekor. Aku bagi kat mak bawa balik rumah, mak kata mak nak mandikan anak-anak arnab ni. Bawa balik, mak pun mandikan 3 anak saudara aku ni. Alhamdulillah, baru 2 jam arnab ni diselamatkan, dan masih hidup. Benar kata Khai (Khariyati) bila kita buat kerja rescue, memang seronok. =)

Note: Rindu dengan FeiMao aku yang mati termakan racun. Pelik tak macamana orang campak-campak anak, buang anak tepi jalan. Aku tengok anak rabbit, anak kucing tak sanggup nak biar-biarkan. Haih...manusia akhir zaman kan?

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195