22 September 2012

Sayam's Convocation Day

CONGRATULATION!!!
Tahniah Nur Elyana Yazmin Redhuan Shah di atas kejayaan anda mendapatkan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Farmasi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Dulu aku pernah plan untuk berada bersama dia on her Convocation Day. Tapi disebabkan aku menganggur dan of course dia bersama her family, rasa macam segan pulek den nak join dia kat sana.  Plus, graduan sains tulen dan sains sosial macam gua ni rasa lain macam juga la sebenarnya. "Ku sedar diri ini, aku hanyalah insan biasa, tapi aku ada harga diri." Erk! Motif keluar lagu Slam ni pulak? No related langsung dengan apa yang aku nak sampaikan. Hikhik..

2 days before her convocation. She told me something like "Don't feel like graduating." Aku kenal dia sejak aku form 4. Tak sangka pula, boleh rapat sampai sekarang kan, jadi bestfriend pula. Banyak benda yang kami share together. Bila dia di bawah, mungkin aku mampu ada bersama dia. Juga bila aku di bawah, dia  ada bersama aku. Aku seboleh-bolehnya nak bersama dia bila dia susah atau sedih. Dan aku percaya pada dia yang dia pun feel the same way. Jarak dan masa je yang memisahkan. The point is, I love her.

4 years in USM and finally it's over. Congratulation again Ell. Selama 4 tahun tu juga, banyak benda berlaku pada dia dan aku, turun naik hidup kami sebagai seorang pelajar, sahabat, anak, dan mungkin kekasih. Sebagai seorang yang bakal graduate dan konvo November ni, macam-macam benda yang jadi nak habiskan perjalanan kehidupan sebagai pelajar ijazah ni. Kami taklah graduate first class, tapi at least WE DID IT!

Ell pernah cakap kat aku, be proud of you are. Ya, aku pernah bangga of who I am. But it's all gone bila aku masuk part6. Atas hidup yang aku tak boleh nak elak atau itu hanyalah FATE. Nak tak nak, hadap je la. But I'm glad it's over. Selepas dia banyak kali jadi tikus putih, bertungkus lumus untuk assignment dan research, akhirnya tamatlah perjalanan Bsc. (Hons) in Pharmacy. Aku juga nak tumpang bangga sebab dia pernah cakap that she's the only Malay girl yang buat research untuk fyp dia mase part7 dulu and kertas research tu dah dibawa untuk presentation ke beberapa conference oleh teman dia (Kak Yanti). Itu adalah kejayaan dia dan aku boleh nampak betapa teruja dia bila dia dapat A untuk research dia tu and apa yg dia found out dalam research tu. You did a good job my Sayam. *thumbs up*

Aku sedikit terkilan tak dapat attend her convocation. Serba salah pun ada sebab her friend from Holland pun ada sama. Aku yakin she's happy with her convocation. Apa pun Ell, doa aku sentiasa bersama ko. Itu je yang aku mampu bagi for this moment. My convocation insyaAllah pada bulan November, dan aku tak ada hati nak pergi konvo sendiri. Dear Ell, apa pun keputusan ko lepas ni, nak pergi government sector or nak masuk industry... aku sentiasa sokong ko. Aku yakin kau tahu apa yang ko nak, apa yang ko suka. Just go for it. Aku bangga ada kawan macam ko dan doa je la hadiah dari aku untuk ko. Ikhlas... Love you SAYAM!
"Ya Allah, sahabat buah hatiku. Mesra kami penawar duka. Rindu kami menambah cinta. Ya Allah... Silaturrahim kami, ukhwah fillah. Permusuhan kami, nauzubillah. Berpisah kami hanya dengan mati, insyaAllah. Pengikat hati kami, rabitah marthotillah."
Note: Congratulation juga buat Fahmi Mustapha atas kejayaan korang berdua. Aku suka tengok korang berdua... 

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195