20 September 2012

Senyuman Yang Membahagiakan

"Kacak luar, kacak dalam. Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali. Kalau kita senyum, semua orang berjangkit. Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit."
Sounds familiar? To be honest, aku tak suka lagu ni sebenarnya. Tapi demi entry aku yang comot ni, aku masukkanlah lagu yang aku tak minat ni tapi still ada pengajaran di dalamnya. I love photography. Biasanya mereka akan tersenyum bila gambar diambil. Betul? Korang suka letak gambar korang masam-masam, nangis-nangis then letak kat profile picture Facebook? Tak kan? Macam tu juga aku... bagi aku, senyuman itu bermakna.

Aku suka ambil gambar sebab aku dapat rakamkan detik senyuman seseorang itu. Semasa aku memegang tanggungjawab sebagai Biro Multimedia untuk Minggu Destini Siswa, ambil gambar memang part of the responsibility. So, setiap kali aku ambil gambar, memang aku request adik-adik junior ni senyum. Usually, senyuman ni menutup kesakitan di dalam hati seseorang. Personally, senyuman tu buat aku lebih kuat. Pernah dengar tak?- Bila kita menangis ketika sedang senyum, kita menghargai apa yang membuat kita senyum. Bahagia. Bila kita senyum dalam menangis, kita cukup matang, tabah dan kuat untuk menghadapi hari esok. Senyum dalam tangisan bermakna kita punya keimanan. Jadilah seorang yang pemurah dengan senyuman. Islam juga mengajar. Senyum itu sedekah bukan?

Actually, aku rasa nak tulis entry ni sebab aku rasa bahagia. Aku cukup bahagia dan lega bila dapat tengok mak dan abah aku senyum. Aku ada buat something yang mungkin memberi effect kepada perubahan ini. Alhamdulillah, berkat doa, aku perolehi hadiah senyuman dari mak dan abah. Ikhlas... aku takkan serapat ini dengan mak dan abah kalau aku masih "in a relationship" sebab aku memang jenis yang mementingkan relationship. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan ini untuk aku lebih menghargai apa yang aku terlepas pandang selama ini. Kalaulah aku boleh ceritakan segala apa yang aku alami...haha! Bukan bab cinta je, family, friendship...semua dah ada. Dan mendewasakan aku. Dia Maha Adil kan? Mintalah apa yang kamu mahukan, mintalah hidayah dariNya kerana segalanya adalah milikNya.

Siapa yang tak sukakan senyuman bukan? Aku ada terbaca tweet "Guy loves beauty. Girl loves truth. That's why girls wearing make-up and and guys tell lies." Ada kaitan dengan topik ke? Tak ada kot. Saje selingan sikit. Percayalah, senyuman juga pengikat hati. Aku juga ada terbaca bahawa senyuman ni ada beberapa jenis. Senyuman yang lahir dari perasaan adalah senyuman sejati. Dan tidak semua senyuman itu senyuman sejati. Ada senyum yang muncul mewakili perasaan (ibtisamah syu'uriyah) ada juga senyum dusta (ibtisamah ghaira haqiqiyah). Aku tak nak ulas senyuman dusta ni jenis yang macamana, tapi aku juga pernah ada senyuman dusta kerana menyimpan sakit dalam hati. Pernah? Tahniah! =) We did it!

Mum-Rosidah Yaakob during my convocation 2010
Now.. Mak dan abah is my everything. Dah lebih kurang 2bulan aku cuti tanam anggur kat rumah. Alhamdulillah, aku dapat spend banyak masa dengan mak. Tolong mak buat kuih and belajar masak sket, menyemak kat dapur yang banyak. Hehe... The best part semasa 2 bulan ni adalah ketika aku dapat bersembang, bergurau dengan adik-adik dan mak. Kenapa aku kecoh sangat pasal benda ni? Haha.. sebab aku jarang ada kat rumah, and biasanya bila aku ada kat rumah, orang lain pula yang tak ada. Macam sekarang, adik lelaki aku kat PLKN, adik perempuan di hostel. Dan aku? Bergaduh dengan kucing je la.. Hikhik!
"Saya belum pernah melihat seorang pun yang paling banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." - (Riwayat Ahmad).
Note: Orang yang bahagia adalah orang yang membuat orang lain bahagia. - Forum Perdana Ehwal Islam (20 September 2012)

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195