18 September 2012

Sustainable Langkawi

Semalam AirAsia offer free seats. Tak free pun sebenarnya tapi masih murah kalau nak dibandingkan dengan tambang biasa. Mengingatkan aku pada trip aku bersama 5 teman lain ke Langkawi bulan Mac lepas. Mulanya apabila classmates aku sibuk kata nak pergi travel ke Langkawi. Then, aku pun masa tu yang agak-agak macam kusut je, terus rasa nak follow. Plus, kawan yang ajak pergi tu tolong book dan menguruskan flight, tempat tinggal, kereta sewa dan petrol which is only cost me RM210 selama aku berada di sana 3 hari 2 malam.

As a tourism student, rugilah kalau tak tahu deal dapat pakej atau design pakej sendiri dengan kos yang minimum. Aku nak kasi tips sikit kat kawan-kawan yang tengah plan untuk pergi bercuti.

Six of us. Langkawi 23 Mac 2012.
1. Biasalah, kalau single life ni. Kita akan banyak berkawan. So, why not ajak kawan-kawan pergi bercuti sekali. Selain dapat gelak-gelak dengan kawan-kawan, kita dapat jimatkan perbelanjaan semasa pergi bercuti. Dapat bercuti 2 atau 4 orang pun dah cukup bagus. Tapi kalau boleh, pergi tu biarlah pergi dengan kawan yang boleh ngam. Nanti kalau tak ngam, kau nak gi sana, aku nak gi sini. At last, dua-dua tempat tak dapat pergi. Tapi trip aku ke Langkawi sangat awesome. Aku just rasa tak puas masa bercuti kat sana. Kata orang Langkawi bosan, tapi bagi aku... Langkawi is a nice place sebab banyak tempat yang ada view yg cantik.

2. Bagi aku, plan last minute ni selalunya akan jadi the best plan ever. Haha! Jangan ikut tips ni. It works to me, pada orang lain aku tak tahu. Listkan tempat yang korang rasa nak pergi. Kalau nak book tiket flight, plus korang student, bajet la nak pergi time cuti mid-term ke. Tapi aku belasah je pergi bercuti hari Khamis pasal Jumaat memang takada kelas. Pilih tarikh betul-betul, jangan nak salah pick tarikh. Nanti jadi macam aku masa nak ke Sabah April lepas. Planning nak naik flight pukul 2petang, aku punya gelabah nak grab tarikh tu sampai tak perasan aku book flight pukul 6.30pagi. Jawabnya tidur kat airport la aku malam tu. Kebiasaannya... public holiday, Jumaat - Ahad tiket flight memang biasanya mahal*. Tak caye? Trylah book tiket Jumaat and compare tiket flight pada hari Isnin-Khamis. (*Subject to availability) Ngeh ngeh ngeh

Tulip di Amsterdam, April
3. Nak pilih destinasi korang nak bercuti tu pun kena fikir juga. Contohnya, korang nak pergi bercuti kat Pulau, tapi pergi time tengkujuh which falls pada hujung tahun kan. Tak seronok la kalau pergi bercuti time hujan, nanti korang bercuti dalam bilik je. Apa rasa? Lagi contoh, kalau nak pergi Korea and korang memang nak main snow, pergi bulan Mei memanglah tak jumpa snow. Sebab kalau tak silap, South Korea winter pada November-Mac. Kalau korang beli pakej kat travel agency, biasanya kalau korang perasan time winter memang tak banyak trip sebab limited access semasa trip kat sana nanti. Apa korang nak buat kalau pergi bercuti kat Korea dengan suhu -15celcius? Yang tu kena consider. Kalau aku pulak, nak pergi tengok musim bunga di Netherland (eksport bunga terbesar di dunia), takkan aku nak pergi time winter kan? Apa aku dapat tengok just snow je la.

My favorite flower ever. TULIPS.
4. Tempat tinggal. Kalau masa aku belajar dulu, semua yang kami nak kena consider bila nak develop a new attraction, tempat tu must be easy access. Contohnya hotel la, plus kalau korang jenis yang travel sendiri, better pilih hotel yang dekat dengan public facilities. Misalnya, kalau nak stay kat KL tu mesti korang cari tempat yang dekat dengan monorail/LRT kan? Lagi, nak dekat dengan tempat makan, shopping mall. Tu biasanya kalau tourist dari oversea la. Hotel kat tengah KL mahal.

5. Kalau bab transportation pula. Kalau korang tak reti guna map, baik guna GPS (kalau naik kereta). Study public transportation dulu kat tempat tu. Ada certain tempat memang tak ada public transport atau memang sangat costly. Kalau di Langkawi, ada few pilihan. Nak naik motor, kereta atau teksi. Bas aku tak pasti ada ke tak. Aku jenis yang suka drive kat tempat yang aku baru nak explore, so, semasa aku ke Langkawi, kawan aku sewa Innova and share naik 6 orang. Memang sangat jimat bila sewa kereta dan share bersama kawan lain. Minyak pun kena consider tau? Jangan lupa consider tentang petrol. Tu pun akan masuk dalam expenses kita juga. Aku belajar sustainable tourism dulu, salah satu cara nak sustain tourism kat area tu, gunakanlah public transport sebab ia akan support pendapatan orang tempatan.

So, ni 5 tips yang paling basic kalau nak travel and sangat berkesan pada student yang bercadang nak travel dengan kawan-kawan. Ingat, kita nak bercuti untuk hilangkan stress, bukan nak tambah stress. So, make sure korang plan elok-elok sebelum pergi bercuti. Kalau bercuti dan nanti macam-macam masalah timbul, tak seronoklah bercuti kan?

Note: Tengah planning nak melawat Kuching awal April nanti. Juga nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Mr. Radzlan Shah pada hari ini. May Allah bless you.

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195