12 September 2012

The Making of Puding Roti

Dah habis bulan puasa, bulan raya belum habis...Aku bukan selalu masak kat rumah, sebab tak ada orang nak makan, aku pula bosan makan makanan sendiri, so selalu beli kat bazar je. Family kecik kan, macam ni lah. Plus sekarang, selalu tinggal sorang kat rumah, kadang-kadang mati kutu jugak aku, nasib baik ada 99 episod Running Man. Layan je laa...

Kalau bab-bab masak ni, aku tak pro, tapi aku suka masak. Biasanya aku buat resipi sendiri. Masak masakan kampung atau yang gunakan santan ni mak aku la yang ajar. Nak buat gulai lemak cili api, gulai kurma, kari semua tu mak je yang ajar atau kadang-kadang aku observe je. Gulai labu, gulai nangka, gulai jantung pisang macam dah boleh buat kot. Ni semua lauk/gulai kampung yang aku suka la, so, kena tau masak kan? Apa yang aku nak sangat belajar sekarang, sambal tempoyak pucuk ubi. Macam leceh je nak buat. Nak kena belajar betul-betul dengan mak.

Antara kuih yang aku paling suka sekali macam kuih keria ubi, puding roti and puding jagung. Mak dah ajar aku macamana nak buat puding jagung, alhamdulillah. Mak pandai buat kuih macam kuih lapis, kuih talam, lepat pisang and aku just nak belajar benda yang aku suka makan. Haha.. Boleh macam tu? So, sebab aku suka makan puding roti, aku pun nak try masak puding roti. Search kat internet, aku jumpa resipi puding roti. Keluar beli barang and aku pun beli lah barang-barang nak buat puding roti ni.

Bahan-bahannya:-
- Roti
- Susu cair dan susu pekat
- Kismis
- Tepung jagung
- 2 biji telur
- 1 sudu esen vanila
- Marjerin
- Gula
- Jem (apa-apa perisa pun)
* Tak reti macamana nak tetapkan sukatan. Pandai-pandailah korang adjust ye. =P

Cara membuatnya:-
- Sapu jem pada roti then jadikan base letak dalam loyang pembakar. (1 lapis je)
- Balance roti yang lain tu, carik-carikkan dan rendam dalam susu cair and susu pekat tadi. Rendam dalam bekas lain tau. Bukan dalam bekas yang korang letakkan lapisan roti bersama jem tadi. Settle? Letak tepi rendaman roti ni.
- Sebab aku tak ada mixer, aku guna blender je buat sebatian ni. =P Masukkan marjerin dan gula, masukkan telur then mix together, bila macam dah kembang sikit masukkan esen vanila pulak. Mix together.
- Curahkan sebatian marjerin+gula+telur+esen vanila tadi dalam rendaman roti dalam susu cair dan susu pekat dan gaulkan. Nak gaulkan tepung jagung pun boleh kalau macam lembik sangat, tepung jagung boleh guna untuk pekatkan masakan.
- Masukkan kismis (atau aku buat campuran buah-buahan) dalam roti dan sebatian tadi. Gaul sekali.
- Letak semuanya tadi dalam loyang/bekas yang korang letakkan roti yang disapu jem tadi untuk dibakar.
- Tabur la sikit kismis tadi atas puding roti yang sedia untuk dibakar sekejap lagi.
- Bakar puding roti ni dalam ketuhar dalam 20minit atau sampai masak.


Taraaa... ni hasil puding roti yang aku buat masa bulan puasa haritu. Alhamdulillah secukup rasa manisnya. Happy sebab berjaya masak kuih favorite aku. =)


No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195