09 October 2012

First Anniversary

9-10-11. Tarikh ini merupakan satu lagi tarikh keramat buat aku. Dan hari ini 9-10-12 genaplah setahun aku berstatus "Single". It's a nice figure anyway kan? A friend pernah tanya aku... "woi, clash pun nak ada tarikh cantik ke?". No comment. Manalah aku tahu nak clash time tu. Hidup aku penuh dengan figures. Aku juga seorang yang senang ingat figures. Birthday? Walaupun ada notification birthday kat Facebook, kalau aku tak ingat birthday seseorang tu, aku memang malas nak wish. Biasanya, orang yang aku wish sharp pukul12.00 tu memang aku ingat birthday dia. Dan aku pula, bila tiba time birthday aku, aku hide notification birthday aku. "To find who is really there for me..." and tak minat nak tengok orang post macam-macam kat wall aku.

Dah, enough about number. So... dah setahun aku biarkan status aku "in a relationship" walaupun aku dah setahun "single". Dan hari ini, dengan rasminya aku menukar status aku daripada "in a relationship" kepada "single". Kenapa? Hurmm... entahlah. I have a lot of reason sebenarnya. Apa-apa pun, pejam celik... dah setahun la wei. Aku pun tak sedar dah setahun masa berlalu. Aku tak nak ingat apa yang jadi pada hari tersebut. Tapi... aku tak menyesal atas apa yang berlaku walaupun terlalu banyak benda berlaku selepas aku officially broke-up. Broke-up 4 years 5 months relationship, is not an easy thing babe.

Selama setahun ni, banyak benda yang aku dah tempuhi, banyak benda yang aku belajar, dan banyak benda yang aku sedar. I have no regret. Really. 5 bulan pertama, bukan main susah nak let go. Lagi-lagi bila kau asyik jumpa dia hari-hari dan he treated you like you never know each other. It hurts. It really hurts. Demi Allah, aku just lepaskan benda ni. Doa aku terjawab. Aku meminta hubungan yang diredhai. Ya, ada seorang teman cakap pada aku... "Tak semestinya nak hubungan yang diredhai kena break-up Waa." Yes, tak semestinya break-up. But if you really know me and him, you will understand. Ianya sukar nak diterangkan... dan aku seyakinnya... hanya aku yang memahami kenapa aku berdoa begitu, dan kenapa akhirnya begitu. Banyak benda yang aku terlepas sepanjang aku "in a relationship". Antaranya?
"Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika kau tak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru."
1. Family. Aku tak nak elaborate banyak. Tapi aku jenis yang sangat mementingkan relationship. Juga seorang yang sangat sensitif dan concern ESPECIALLY terhadap partner aku. So, bila aku ada someone special. My attention 90% pergi ke partner aku. Kenapa? Alasannya kukuh. Tapi biarlah aku dan Dia je yang tahu. Memelihara maruah itu bukankah salah satu tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibubapanya? So, bila aku brake-up, aku ada banyak masa untuk diluangkan dengan family. Aku dah tak payah nak fikir pasal my partner tu lagi dah. Plus, aku anak sulung. Cukup aku simpulkan, hubungan aku dengan keluarga bertambah baik dan aku dapat perbaiki apa yang aku tak dapat perbaiki selama aku "in a relationship". Aku tak nafikan, ex juga tempat mengadu bila ada masalah family. Dan dia juga orang yang aku paling percaya untuk aku ceritakan pasal family. Dia juga tahu semua masalah keluarga aku. Tapi sepatutnya aku harus utamakan family dulu. After all, aku lebih bahagia kalau dapat tengok senyuman mak aku.

2. Academic. Result part5 aku naik sebab aku dapat encouragement dari someone yang aku tak pernah terfikir yang aku boleh rapat dengan dia (his triumph in his study inspired me) dan dia banyak membantu aku semasa aku part5. Dia bukan lelaki di kalangan lelaki "hampeh" yang aku jumpa. I like him just the way he is.   But it changed when I was in part6 (the hardest part). Result part6 aku dropped. A lot. Dan aku sangat-sangat upset. Sedangkan aku layak untuk dapat sekurang-kurangnya pengurangan 25% untuk pinjaman Yayasan Pahang aku. It's funny when I was in part 3 and berbincang dengan ex adakah dia patut ambil PTPTN atau tak, I told him. "Ambil PTPTN and cuba jadikan tu motivasi untuk B dapat ANC and make sure PTPTN tu convert kepada biasiswa." And finally he did it. Congratulation! Dari segi academic, this brake-up buat aku down. Many things happened sepanjang 6bulan part6, the hardest time adalah semasa aku exam. Masa tu, I'm all alone... but I do believe aku masih ada Dia. All I want masa tu just, nak habiskan exam and I don't care about my exam anymore, sebab aku rasa musim exam part6 adalah antara masa paling teruk dalam hidup aku. Plus, I have to stay at UiTM Shah Alam sebab nak avoid distraction di Puncak Alam and at least I have a friend to speak with. Whatever it is... I'm glad it's over.


Outing with friends. 
First time masuk stadium tengok MAS vs. SIN














3. Friendship. Alhamdulillah... dahulunya aku tak percaya pada "friendship forever". Mungkin kerana kesilapan diri aku juga kan? Brake-up ni juga buat aku dapat spend A LOT of time dengan kawan-kawan even dengan kawan yang aku tak pernah rapat sepanjang aku belajar di Puncak Alam sehinggalah aku clash. Usikan seorang teman... "Apasal baru sekarang ko clash Waa? Kalau tahu aku boleh ngam dengan ko macam ni, dah lama aku geng dengan ko, ajak ko buat itu ini." Aku tak nafikan, hubungan dengan ex mula goyah bila aku start berkawan. Aku join VCSP, part-time kat Genting, OPKIM dan MDS, aku kenal ramai kawan baru. Dan itu adalah sesuatu yang baru bagi aku. Mungkin aku sendiri yang tak puas single, keluar dengan kawan-kawan. Pergi sana sini. Selepas clash, ramai classmates and girl-friends yang ajak aku keluar.  Makan kat luar, watching movies, shopping. Ikhlas, aku sangat happy bila dapat spend time dengan kawan-kawan. Benar, itu yang aku inginkan sebenarnya. Buat network baru, network tu kan penting? Bukankah itu hikmah perpisahan itu? Aku sebenarnya beruntung sebab ada kawan-kawan yang sangat supportive yang aku mungkin aku tak sedar selama ini. Eamy, Lynda, Khai, Wanis, Zira, Nana, Emilia, Ecah, Elin, Finaz, Ateng, Elyana, Nasieha, Atykah, Liyana adalah antara kawan-kawan rapat yang terlalu banyak menyokong aku. Thank you girls. Aku just harap kenangan yang ada sepanjang aku dengan korang dulu takkan hilang. Sebab aku sangat-sangat menghargai apa yang korang buat, pujuk, beri semangat pada aku. Semua tu aku mampu balas dengan doa je. Semoga Dia akan membalas segala kebaikan korang pada aku selama ni.

4. Monetary. Aku ni habitnya payah nak berkira. Duit dia, duit aku. Duit aku, duit dia. Susah senang memang tanggung sama-sama. Lepas clash, aku memang spend duit suka hati. I went shopping alone, keluar makan sorang dan kadang-kadang sanggup keluar makan jauh-jauh. Lepas clash, aku start pakai kereta, kat situ la aku banyak spend duit. Petrol! Selain dari itu, makan, shopping... Aku puaskan hati sendiri dengan pergi shopping. Biasanya kalau nak shopping, aku akan tanya dia nak itu ini boleh tak, when he said OK, then aku akan beli. Bila dah terbiasa macam tu, kekok sikit bila nak shopping sorang. But then, nak buat aku biasa dengan keadaan tu, bila aku rasa berkenan, aku just grab. Malas nak fikir. Aku sepatutnya lebih jimat bila single. Yup, memang banyak jimat bila single tapi korang tahu tak, bila kita bujang, kita lagi spend banyak duit untuk diri kita sebab kita tak payah nak fikir pasal "sharing" thing yang nak kena bayar bersama. Ada BF, tak ada BF, sama je sebenarnya bagi aku untuk kategori "monetary" ni. Tapi aku seorang yang berbakat dalam bab "planning" and aku suka jadi mastermind (out of topic).

Aku tak maksudkan segala yang aku yang aku lalui dengan ex dulu is a mistake. No, it's not. I learnt a lot from him and he learnt a lot from me as well. Aku tak menyesal untuk apa yang aku dah tempuh. He's a good guy and maybe aku yang tak cukup baik untuk dia. Selepas apa yang aku banyak belajar dengan dia dulu, mungkin ada kesilapan dalam hubungan kami yang aku pandang remeh and sebenarnya lama-kelamaan ia jadi racun. I know you read this Mr. Ex, you're not being honest to me and I was over-honest to you. You are hiding many things that I'm supposed to know about the "girl" and I'm just being too honest about the "guy" that I  know. Fair enough? No, it's not. It's not your fault, not mine either. It's fate. Life must go on.


Aku pernah berborak dengan dia dulu. I said "B, kenapa apa Wa nak tak pernah dapat?" Then he said... "Kalau Wa asyik dapat apa yang Wa nak, nanti Wa tak bersyukur dengan apa yang Wa dapat." I still remember that. Aku yakin dia tak ingat dia pernah cakap macam tu kat aku. Kan? =) Aku jarang lupa apa orang cakap pada aku, terutama perkara-perkara yang menyentuh hati aku... samada perkara yang mengembirakan atau perkara yang menyedihkan. I never forget that. People changed but memories don't.

Setahun single, aku bahagia dengan life aku sekarang. Sekarang ni, sejujurnya aku tak ada fikir pasal relationship lagi dah. Aku lebih banyak berfikir tentang tanggungjawab sebagai anak, kakak dan insyaAllah akan memulakan kerjaya awal April nanti. Selepas apa yang terjadi sepanjang October 2011 - August 2012, dan sejujurnya juga, aku dah berkali-kali memohon agar Tuhan tutup hati aku untuk lelaki. For now, aku rasa nothing important dalam relationship ni atau it's just NOT YET atau I just haven't met "him" yet. Berulang-ulang kali juga, aku memohon dari Dia untuk berikan aku hati yang baru. Alhamdulillah, Ramadhan lepas memberikan kesan pada diri aku. Dan mungkin Dia dah bagi aku hati yang baru. Sebab tu aku rasa setenang ini sekarang.
"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut  padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hatiMu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat  di sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah, jika Kau menghalalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu." AMIN
Dear Ex, apa yang kita dah tempuhi selama 4 tahun 9 bulan bersama-sama, dan aku dah mengenali kau selama lebih kurang 6 tahun. I really know who you are. How you speak, when you're sad, when you're mad, when you're down... I was there for you. And I'm always do... for now... as a friend. =)
Apa yang dah aku lalui, aku bersyukur sebab dipertemukan dengan kau. Apa yang bakal aku lalui, aku bersedia. Siapa pun yang Dia ciptakan untukku. Izinkan aku mempersiapkan diri ini dulu untuk menjadi yang terbaik untuknya. InsyaAllah... Satu ucapan yang aku ingin panjatkan padaNya - Alhamdulillah atas segala yang Kau takdirkan untuk aku. 

2 comments:

  1. Sedih baca,,tapi penuh dengan SPIRIT dan KEKUATAN.. Keep it up wa... :) I know u can find yang lebih baik daripada sebelum ini..AMIN

    ReplyDelete

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195