26 October 2012

Leader Fellowship (Fasa I, Bab I)

Program Perdana Leader Fellowship aturkan kursus selama 7hari di Outward Bound School di Lumut, Perak. Pada awalnya, aku gelabah juga sebab banyak barang yang aku tak sempat beli since lepas daftar je, terus orentasi bermula bersama aktiviti-aktiviti yang agak leisure tapi time management kena tiptop.

Bertolak lebih kurang pukul 2 petang ke Outward Bound Lumut yang memakan masa lebih kurang 5jam nak sampai ke sana dari Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Sampai kat sana dalam pukul 6pm. Taklimat diberi, dan aku ditempatkan bersama Watch Bintang di bawah jagaan Encik Khairul Azrani. Satu kumpulan lagi bersama Watch Brinchang. Segala gadget perlu diserahkan kepada pihak OBML. So, seminggu la aku tak pegang handphone, ipod, laptop, mp3 dan yang seangkatan dengannya. Duit, wallet, IC pun kena serahkan pada pihak OBML. Bagi aku, aku tak ada masalah kalau tak ada handphone, sebab tak ada orang nak contact sangat pun kan. Just my parent la.

Start from blue shirt: Bushan, Ilham, Afiq, Nazmi, Amir, Miza, Eqa, me, Sumathy, Wani, Intan, Syida, Darshini. (Zairin not  included in the picture.)
Malam pertama tidur di dorm Tahan. Not bad. Tapi mengah jugak la nak memanjat dorm Tahan tu pasal tinggi macam panjat Gunung Tahan. Penat memang penat tapi seronok sebab dapat geng-geng baru.

Day 2
Seawal jam 6.30 pagi. Kami kena berkumpul di Gym Hall untuk taklimat program hari tersebut. Ada quick game with all members and briefing tentang Whaler sepanjang tengahari dan briefing ekspedisi bermula pada pukul12 kalau tak silap aku. Sebab pukul2 ekspedisi mendayung ke Pulau Shawal akan bermula. Macam tak percaya aku akan pergi mendayung. Hebat kot. Ekspedisi mendayung ke Pulau Shawal sejauh 9km yang kami mengambil masa lebih kurang 2jam untuk sampai. Banyak kapal yang melintas, termasuk kami melepasi port TLDM. Such a great experience tau... ;) Sebab pengalaman dan semuanya masih belajar untuk berdayung, so, mengambil masa yang agak lama la untuk sampai.

Sampai je kat Pulau Shawal terus turunkan ration (bekalan makanan mentah dan dry food) dari mother boat ke pantai. Then setup khemah, ready masak nasi, lauk, buat air panas. Serius, lama gile tak feel macam ni. Seronok kot, kutip kayu api dan masak dalam periuk metal yang kena share dengan ahli watch Bintang yang lain. Bekalan ration tu ada beras, biskut, sardin, kari ayam (tin), roti, milo, gula dan benda-benda kecil yang lain. Bahagi-bahagikan segala makanan tu sebab seluruh bekalan tu akan digunakan sepanjang ekspedisi berdayung selama 3hari 2malam. The best part bila kami terpaksa mandi air perigi dan makan dalam mess tin and guna spoon and fork. Such a great experience laaa... =D

Day 3
Seawal jam 4.30am aku bangun sebab aku pegang tanggunjawab untuk sediakan makanan, minuman untuk perjalanan hari ini. Bekalan lunch (atas whaler) untuk perjalanan menuju ke Pulau Rumbia (29km) yang mungkin boleh mengambil masa more than 12hours.

Sebelum ekspedisi ke Rumbia bermula. People chains.
Enjoy Allah's creature all the way.
Sempat melihat sunrise seawal jam 6.50am sebelum memulakan ekspedisi ke Pulau Rumbia. Dipendekkan cerita, kami tiba di Pulau Rumbia pada pukul 1.30pm yang bermaksud kami mengambil masa hanya 6jam since bertolak dari Pulau Shawal pada pukul 7.30am. 6 jam bai berdayung sejauh 29km. Jauh gile kot, berjemur tengah panas. Bila terpaksa berdayung dengan air laut yang ombak dia toksah cakap tu, aku pun hampir-hampir mabuk laut juga la. 2-3orang ahli group yang collapsed dengan air laut. Mujur whaler aku ada entertainer yang agak membantu melawan fokus dilambung ombak tu.

Berdayung di lautan luas tak semudah yang disangka. Lebih kurang 1km lagi nak sampai Pulau Rumbia, KA minta kami buka sail which means kami tak payah berdayung, just sailing. Bolehlah berehat sekejap. Tangan aku dah sunburn and bengkak. Pedih kemain, nak genggam tangan pun dah tak mampu sebab bila genggam, kulit tangan tu tegang kan? So, sangat pedih. Malam sewaktu sesi post mortem, KA supply aloe vera, feel better sket la.

Disebabkan kami sampai awal di Pulau Rumbia, lepas solat kami dapatlah main-main air. Aku sempat tidur lagi lepas setup khemah. Kepenatan kot. Bangun tidur, since yang lain dah masak air panas, aku pun menyemaklah buat air milo untuk kawan-kawan yang rasa nak minum air panas. Style kot, minum air milo panas, borak-borak kat tepi pantai. Plus cuaca hari tu memang terbaik. Memang santai la. Still...kami mandi air perigi. Mana nak dapat air perigi zaman sekarang kan?

Camping site kat sini best kalau nak compare kat Pulau Shawal semalam. Tempat sidai baju sangat best! Kapal maritim pun ada bermalam di kawasan kami berkhemah in case lanun buat pasal. Maklumlah, jauh kot dari darat kalau jadi apa-apa.

Enjoy teasing and picnic-ing at Pulau Rumbia

1 comment:

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195