27 October 2012

Leader Fellowship (Fasa I, Bab III)

Day 7
Awal pagi, macam biasa pukul 7 pagi kami mula meninggalkan camping site. Fasi cabar kami untuk berkayak sampai ke base camp less than one hour. Tak sure berapa kilometer dari Pangkor ke base camp tapi rekod terbaik dalam 43minit macam tu. So, dengan bangganya kami buat rekod sampai ke base camp dan mengambil masa selama 53 minit sahaja.


Cuci khemah. Darsh, Eqa and Bush
Mess tin, spoon, fork














Bila dah berakhir ekspedisi kayak ni, maka berakhirlah ekspedisi-ekspedisi kami di Outward Bound School.  Bila dah sampai ke base camp, kali ini kena cuci semua khemah, tent sheet, spoon and fork, periuk, kuali, dry pack, beg pack and semua barang macam biasa dikira semula untuk inventory record.

Watch Brinchang
Bila dah cuci semua inventory, terasa program dah hampir sampai ke penghujungnya. Selesai cleaning all the materials, kami naik ke dorm. Ambil peluang untuk basuh baju dan terus sidai sementara panas. Waktu lunch pukul 12.00pm, semua sekali turun untuk lunch bersama-sama dan mendengar taklimat dari En. Yazid untuk BBQ Night malam nanti. Macam biasalah kalau pergi program macam ni, mesti kena ada persembahan bla bla bla kan? Layankan aje laa..

Watch Bintang dinner table
Watch Brinchang dinner table
Di sebelah malam, BBQ night tak la seperti yang kami expect. Ingat boleh bakar ayam BBQ sendiri. Baru syok kan? Tapi it's just a simple night, like a reward for us yang berjaya menamatkan program outdoor ni selama 7 hari. Pengalaman yang menarik. 

Day 8
Tiba di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara lebih kurang jam 4petang. Muka berbelang-belang, tangan pun sama. Akhirnya dapat beristirehat di katil empuk! Esok akan bermula satu lagi fasa bersama modul-modul domestik. Akan dibongkarkan dalam next entry...


No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195