12 November 2013

Rezeki Dari Langit

Ada 3 perkara yang Tuhan dah tentukan sejak kita di Luh Mahfuz.

  1. Rezeki
  2. Jodoh
  3. Maut
Tapi aku pernah terbaca tentang usaha dan doa kita yang boleh menjadikan Allah reconsider about it. Aku tak nak cakap pasal jodoh, sebab jodoh itu aku benar-benar serahkan pada Dia. Jika dia adalah jodoh Allah untuk aku, aku terima seadanya. Allah tahu lebih baik untuk kita bukan? 

Rezeki... Rezeki ni bukanlah duit semata-mata, it can be health, time, happiness and benda-benda lain yang kadang-kadang tak terungkap dengan kata-kata, kerana segalanya hanya kita yang rasa. Rasa apa? Rasa syukur dengan segala kurniaNya dan rasa bahagia atas ciptaanNya. 
"Tidak luput dari pengetahuan Allah SWT ilmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Kitab Mubin)" - Yunus 10: 61
Aku rasa bersyukur dengan segala kebesaran Dia yang menjadikan aku semakin dekat dengan Dia. Rasa syukur dengan segala apa yang aku ada. Jangan sesekali compare hidup kita dengan orang lain, kerana Dia dah takdirkan certain thing hanya untuk diri kita. Mungkin bagi kita, sesuatu perkara tu adalah baik untuk kita, padahal ianya tidak baik disisiNya. Ini adalah takdir. Takdir yang kita perlu terima, tak kira suka atau duka. Kalau duka, mungkin ada hikmahnya, errr..tak.. memang ada hikmahnya. Hanya perlu percaya akan ketentuan dan susunan yang dibuat oleh Pencipta kita.

Aku pernah mendengar ceramah Dr. Fadhilah Kamsah yang bercerita tentang pengalaman beliau dengan kawan dia yang tak pernah meninggalkan dhuha beberapa tahun lepas. Bagaimana teman beliau yang masa tu hanya pakai kereta buruk asap kepul-kepul. Then dia tulis atas bumper depan kereta tu besar-besar (I can't imagine) dengan "Aku nak jadi kaya"... Dan dia juga tak pernah meninggalkan solat dhuha everyday. Few years later, he comes and met Dr. and he's already buy a new car for himself. Dah kaya, mungkin berniaga. Siapa tahu, rezeki Tuhan, petunjuk Tuhan.. Dia berikan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki.

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
Teringat juga masa aku ada seminar hujung minggu pada semester 4 di UiTM Puncak Alam. Aku tak ingat apa nama kaunselor tu, tapi kalau tengok, aku akan ingat apa dia cakapm apa dia ajar semasa seminar tersebut. Tapi sebelum seminar bermula, dia membentang satu shawl kecil di hujung dewan dan solat dhuha 2 rakaat. Seawal seminar bermula, dia bercakap mengenai fadhilat solat dhuha. Dan aku masih ingat, dia kata sebaik-baik pakaian adalah pakaian yang boleh dibawa solat. Which is menutup aurat, labuh dan bole dibawa solat. You know what I mean kan?
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Solat Dhuha mempunyai 1001 fadhilat dan aku sendiri kagum dengan doa solat dhuha, apatah lagi surah Ad-Dhuha yang memberi aku keyakinan atas rezekiNya dan ketentuanNya. Tunang aku pula sangat sabar, banyak mengajar dan mengingatkan aku akan rezeki dan ketentuanNya yang Maha Kuasa. Dia juga selalu mengingatkan aku supaya bersyukur dan sabar. Benar, sabar itu ada ganjarannya.

Ini bahagia yang aku dambakan. Apa jua yang aku rasa, setinggi-tinggi syukur aku tadahkan pada Dia. Rasa bahagia yang hanya aku yang rasa. Benar kata teman, "Kau akan menemui insan yang akan kau sayangi, mungkin menyayangi kau lebih dari kau menyayanginya." Terima kasih atas doa itu. Bahagia bukan pada gaji besar, serba ada segalanya. Afiq mengajar aku bersederhana, takut diri terasa riak buat hati kotor. Rasa kehambaan itu yang perlu, bukan semua orang punya rasa kehambaan kerana kita adalah hambaNya.  Afiq mengajar aku supaya tidak menunjuk-nunjuk, jangan kedekut...  Katanya tak payah pakai benda-benda yang buat orang pandang kita (pakaian cantik-cantik, kereta mahal, motor besar (bunyi kuat) yang catch attention orang lain). Terima kasih Allah. Sesungguhnya aku dan Afiq masih membetulkan diri sendiri dan memberi kekuatan dan peringatan antara satu sama lain.

Islam itu indah, aku bersyukur dengan nikmat terbesar dariNya - aku dilahirkan sebagai seorang Muslim, beragama Islam.

07 November 2013

Warna Idaman Hati

Allah ciptakan beribu-ribu warna untuk kita terokai dan warna-warna yang akan menceriakan hidup kita. Pelangi pun ada tujuh warna bukan? Tujuh warna utama yang cantik dan semestinya memikat hati kita setiap kali mendongak ke langit dan menghayati keindahan ciptaanNya. Bersyukurkah kita kerana dikurniakan kurnia mata untuk melihat keindahan dunia. Walaupun rabun, kena pakai spek/contact lens kita masih boleh melihat dan mengagumi kebesaran ciptaanNya.

When it comes to choose the right color for our wedding theme, dress... memang dilema. Seingat aku, dah lama sangat aku memilih color yang paling sesuai dengan aku dan Afiq. Warna kuning jadi pilihan majlis pertunangan sebab aku rasa that's the most suitable color masa tu. Those yang kenal aku, mesti tahu aku memang sangat suka warna hijau. Kalau sebut Wawa, mesti hijau punya. That's why, aku pilih kuning untuk majlis pertunangan sebab mengikut pelan asal, hijau reserved untuk majlis kahwin. Hijau yang mana? I don't know yet.

Masa berbincang dengan tailor last Saturday, aku naik malu sebab tak tahu color apa yang sesuai. Tapi mujur dia memahami, diberikan sedikit masa lagi untuk aku berfikir tentang design dan color yang aku akan pilih nanti. Disebabkan Afiq pun suka warna hijau, tak ada masalah sangat, tapi argument hijau mana satu tu tetap ada. Tapi, kelakar sebenarnya bab pilih warna ni. Banyak kali juga aku berbincang dengan dia, dan biasalah, dia serahkan pada aku untuk memilih yang terbaik untuk kami berdua. Sebab, sebarang keputusan yang dibuat mestilah kena consider about him and his skin tone as well. Mujur Afiq saya handsome! =)

Warna epal memang selalu menjadi perhatian aku. Dua warna yang memikat hati sendiri. Tapi basically, idea warna utama dah ada. Cuma in details, not yet. Sebab dah lama sangat berfikir pasal color sahaja sampai penat sangat berfikir hanya untuk pilih color ok.

Tema yang akan aku pilih adalah ringkas tapi menarik. Aku takkan bawa color yang heavy dan garang. Tapi biasalah, siapa tahu perubahan last minute nanti kan? Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang dan DIA lah Pencipta rasa cinta ini yang menentukan segalanya.

Saya pilih untuk menjadikan majlis saya nanti INDAH.

06 November 2013

Tarikh Perkahwinan

Alhamdulillah, 366 hari selepas aku menerima lamaran dia pada 1 Muharam 1434H lepas.
Alhamdulillah, sudahpun bergelar tunangan orang.
Alhamdulillah, persiapan demi persiapan dah diatur untuk walimatul urus akan datang.

Ramai orang prefer untuk pilih date yang cantik untuk majlis pernikahan mereka. Aku pula jenis yang agak fanatik dengan figure ni, tapi zaman tu dah berlalu agaknya. So, tarikh perkahwinan aku tiada yang istimewa, aku yang akan menjadikannya istimewa nanti. InsyaAllah. Tapi aku lebih gemar bermain dengan tarikh-tarikh berkat/tarikh cuti umum yang memberi kelebihan pada diri aku. Contohnya nikah pada 1 Muharam, nikah pada tarikh tersebut dan jadikan ia tarikh perkahwinan. Lain tahun, anniversary akan jatuh pada hari cuti which is boleh sambut anniversary yang confirm public holiday.

Semasa aku blogwalking mencari design-design baju, hantaran, warna pilihan dan tips perkahwinan yang lain, aku terjumpa satu info yang agak berguna untuk aku dan bakal-bakal pengantin sekalian.

Panduan oleh Imam Jaafar As-Sodiq

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir. 
02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.
03hb: Hari yang tidak bagus.
04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.
05hb: Hari yang tidak bagus.
06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.
07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.
08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.
09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.
10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.
11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).
12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.
13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.
14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.
15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.
16hb: Hari yang tidak bagus.
17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).
18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.
19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.
20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.
21hb: Hari yang tidak bagus.
22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.
23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah. 24hb: Hari yang tidak bagus.25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.
26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.
27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.
28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).
29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.
30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.




Semasa aku memilih tarikh perkahwinan dulu, reference utama aku adalah ini ---> Takwim 2014 / Miladiah 1435 Hijriah. Tapi masa aku decide dulu, aku tak tahu tentang kewujudan Panduan Imam Jaafar As-Sodiq, tapi it's never too late. Ingat, berkumandangnya azan Maghrib bererti masuklah hari yang baru. Alhamdulillah, tarikh yang aku pilih menunjukkan ianya adalah hari yang baik. InsyaAllah... 

Doakan saya... 

07 October 2013

Warna Warni Perkahwinan

Benar, persiapan nak kahwin memang sangat banyak. Sebenarnya kita yang membanyakkan list kahwin tu. Tapi bila melibatkan family, saudara mara, memang banyak yang kita kena prepare. Aku cakap kat mak, kan best kalau kahwin kat masjid lepas tu buat makan-makan je. Tak payah nak bersanding bla bla bla, menyusahkan hidup aja. Tapi mak kata, alah..kita buat pun sebab nak tutup mulut orang. Nanti kang kalau tak buat orang cakap macam-macam. Lagipun biasalah, hidup di kampung... ayam bertelur pun sekampung boleh tahu. So, for those yang bakal berkahwin, buatlah persiapan.

Aku rasa ayam comel + cantik
Dugaan demi dugaan dah pun datang semasa bertunang ni. Aku harap aku cukup kuat untuk bersama-sama dia melalui semua dugaan Tuhan ini. InsyaAllah...aku hanya merancang, aku serahkan kepada Pencipta Cinta tu untuk menentukan semuanya. Bila fikir tentang duit, memang lambat lagi la aku kahwin, tapi duit boleh cari...majlis pernikahan akan dilangsungkan bila semuanya sudah sedia. Dari segi persiapan, aku tak nak cerita lagi macamana dengan persiapan aku, sebab semuanya agak clumsy dan agak samar-samar. Walau bagaimanapun, deposit demi deposit dah pun ansur-ansur, perlahan-lahan mengatur majlis.

Boleh dikatakan ini perkahwinan campur, banyak benda aku kena consider. Tapi slow-slow la, yang penting mak ayah aku steady and support apa juga keputusan aku. Alhamdulillah. Lagipun, aku tahu mak abah risau aku duduk kat KL ni, biarlah ada orang jaga, tengok-tengokkan. Walaupun sebenarnya dah biasa sangat aku tinggalkan rumah. I mean, tinggalkan rumah untuk pergi belajar sejak dari Tingkatan 1 sampailah sekarang.

Apple Orchard
Pilihan color ni buat aku pusing sikit, kalau aku tanya kawan-kawan aku mesti doang jawab..."Wawa kot, mestilah hijau.." So, maybe pilihan aku tetap hijau. Hijau apa, hijau emerald, hijau mint, hijau apple, hijau army...semua ada.


28 August 2013

Perjalanan Masih Jauh

Tak dinafikan memang ramai yang kita jumpa setiap hari, unless kita kerja jaga bilik mayat, mungkinlah kita akan jumpa mayat je hari-hari, bukannya manusia yang boleh bercakap dengan kita. But still, orang kerja rumah mayat pun akan jumpa ramai orang dalam pelbagai kerenah menuntut mayat dan sebagainya. Itu bukan bidang aku, tapi aku boleh berfikir terhadap logiknya pekerjaan seseorang itu. Apa yang dia perlu buat, ambil iktibar daripada apa jua yang kita saksikan.

Pergilah kesedihan, moga bahagia mengiringi nanti. 
Aku jumpa ramai orang, mungkin tak cukup ramai seramai orang yang pernah kamu jumpa. Tapi, bezanya mungkin aku lebih gemar memandang sesuatu itu diiringi logik terhadap sesuatu. Aku bukan jenis seorang yang mudah menghakimi seseorang itu, tapi when I looked at someone, I try to put myself into their shoes. No matter what is the circumstances. Even he's a homeless person, don't judge people senang-senang. Cuba letakkan diri kamu dalam keadaan yang dia alami. It's not that simple. Mungkin dia dulu seorang yang banyak harta, berpelajaran... dek kerana leka dengan nikmat dunia, dia lupa hidup ini adalah roda. Semasa aku bersama Perdana Leader Fellowship dalam satu program masyarakat (homeless) di pinggir bandar Kuala Lumpur, juga pernah bersama Kechara Soup Kitchen & Pertiwi Kitchen Soup agihkan makanan pada homeless. Agak terkejut bila ada married couple (foreigner) yang pakaian agak kusut masai turut ambil makanan tu. Dia ada bawa 2 beg sandang dan satu luggage. So, aku ingat couple ni tak lepas nak balik negara agaknya. Mungkin kena rompak ke, kena tipu ke, duit langsung dah tak ada for unknown reason. Ada juga satu keluarga yang ambil makanan tu, anak lebih kurang 3-5 tahun. Juga ada anak-anak terbiar merata di jalanan. Macam-macam perkara yang terlintas dalam fikiran aku bila tengok anak-anak tu, kesian mungkin tak cukup pelajaran, makan, pakai dan sebagainya.

For those yang pernah tengok drama "Ummi" lakonan Umie Aida kat TV3 tu, aku sempat tengok beberapa episod yang mengambarkan itulah situasi sebenar anak-anak terbiar kat luar sana. Drama-drama sebegitu sebenarnya untuk mengajar kita, jangan tengok sesuatu tu tanpa kita belajar apa-apa. Rugi. Allah hantar seseorang (tak semestinya crush) dalam hidup kita semua ada sebab. Sebab untuk kita belajar tentang hidup. Kak Ikin (housemate) pernah cakap, every and each person yang kita jumpa semuanya akan mengajar kita sesuatu. Betul? Walaupun aku belajar erti hidup dalam cara yang mengecewakan dan menyedihkan, tapi itu cara untuk kita jadi lebih matang.
"Life is not an easy matter. You cannot live through it without falling into frustration and cynicism unless you have before you a great idea which raises you above personal misery, above weakness, above all kind of perfidy and baseness." - Leon Trotsky
Kalau nak jadi orang yang positif dan bahagia, kelebihan dan kekurangan seseorang itu janganlah dipandang sebagai satu ancaman. Terpulang sekiranya seseorang individu itu sombong, bangga diri atau sebagainya...belajarlah untuk menjadi seorang yang rendah diri. Jangan jadi seperti orang yang kita tak suka tu. Sifatnya yang kadangkala membuat kita rasa marah, sedih, kecewa atau sebagainya, sebaliknya. Belajarlah, untuk menjadi seorang yang lebih baik, bukan untuk sesiapa... tapi untuk diri kita, untuk hati kita. Siapa lagi nak jaga hati sendiri kalau bukan diri sendiri bukan?

Memetik ayat al-quran yang aku kagumi dari surah Al-Takathur.


Maksudnya: "Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang takin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat.)" - 102 : 5

23 August 2013

Tunang Saya - I'm Engaged Part III

sambungan...

Lupa nak letak gambar bunga tangan yang aku suka ni. Bunga tangan ni mulanya tak ada dalam list pun, tapi masa on the way balik Pahang dengan Mak Teh, dia ajak singgah kat kedai cenderahati sebab nak beli few things lagi untuk decorate hantaran ni. Aku memang rambang mata bila tengok bunga, semua bunga aku nak. Then, aku nampak bunga yang aku suka then aku tanya Mak Teh kalau bunga tu sesuai nak buat bunga tangan. Then Mak Teh cakap nak bunga tangan juga ke? Then aku angguk, hehe... then Mak Teh sepadankan warna bunga dan dia tolong pilih bunga dan hiasan pada bunga tangan tu.

Bunga ni dah lama aku usha. Finally, jadi bunga tangan decorated by Mak Teh.
Sampai di kampung, tup tup abah nak sewa meja dan kerusi untuk orang makan sebab yelah, rumah saya kecik, so, kena makan kat luar. Abah pun tempah kerusi + meja yang tak masuk dalam list juga sebenarnya. Thank you Abah. Mujurlah parking kereta rumah aku ni boleh pakai. Jimat tak payah sewa khemah.

Meja buffet & 80 kerusi tetamu
Tak dinafikan memang ramai kawan yang terkejut aku bertunang. Kawan rapat aku pun semua terkejut bila aku inform yang aku dah nak bertunang. Mohon maaf ye kawan-kawan, bukan niat nak merahsiakan segala-galanya, tapi takut nak menghebahkan apa yang aku ada, apa yang aku sayang. Aku hebahkan kali ni juga bukan niat untuk berbangga tapi sebab untuk berkongsi kegembiraan yang aku rasa sekarang ni. Soal jodoh, aku serahkan pada Dia. Aku hanya mendoakan yang terbaik untuk diri aku, diri dia dan keluarga kami. InsyaAllah.

Dia Muhd Afiq Syazwan Ahmdon graduan Universiti Malaya. Matang, lembut, bijak, bertanggungjawab, penyayang, rendah diri, baik hati dan paling penting, dia ni jenis yang family guy. Dulu masa single attended akad nikah Puan Cousin, aku berdoa pada Dia... "Berikan aku jodoh yang terbaik untuk aku. Aku tak meminta yang kaya-raya, kacak, bekerjaya, punya kereta dan segalanya. Aku hanya memerlukan seorang suami yang boleh membimbing aku, menyayangi aku hingga ke syurga." Benar, aku tak memerlukan seorang lelaki yang ada segalanya, aku lebih suka kalau dia berjaya bersama-sama aku dalam perjalanan tu. Alhamdullillah, I got nothing to brag, I'm just glad

 I don't want to tell a lot about him. But yes, the real feeling came only after the engagement day. Alhamdulillah it happens. Bercerita macamana aku rasa nak bertunang. Aku termenung 2 minggu juga untuk buat decision bagitahu parent dia nak datang merisik. Beberapa kali aku beristikharah untuk mencari jawapan adakah dia jodoh yang Allah telah aturkan dari Luh Mahfuz untuk aku? Dalam sujud, aku menangis bertanyakan Dia kalau benar ini lelaki yang aku akan hidup bersama sampai hujung nyawa nanti.

Bukan apa, walaupun aku baru bertunang, tapi bukankah bertunang itu adalah satu transit untuk menjadikan kita lebih bersedia menempuh alam perkahwinan nanti? Benar bukan? So, that's why istikharah sebelum bertunang ini penting bagi aku. At the same time, aku memanjatkan sepenuh kesyukuran sekiranya dia adalah lelaki yang Dia tentukan untuk menjadi imam aku nanti. Bukan apa, penat benar dengan apa yang sudah aku lalui. Bukankah Dia Maha Adil? Selepas segala yang aku alami, sesungguhnya Dia lebih tahu apa terbaik untuk aku.

Selepas beberapa minggu berfikir, urusan pertunangan/merisik ni dipermudahkan dengan dijalankan sekaligus. Plan untuk merisik,bertunang dan kahwin memang dah lama ada sejak seminggu aku terima lamaran dia lagi. Memang niat untuk kahwin ASAP dan tak nak tunggu lama. Plan untuk kahwin pada asalnya pada hujung tahun ni, disebabkan masing-masing baru mula bekerja awal tahun ini, hajat tu tak dapat dipenuhi disebabkan perkara-perkara yang tak dapat dielakkan.

Sebenarnya barang hantaran untuk berkahwin kami dah mula beli pada Mega Sale December 2012 lagi. Kasut, Quran, wallet, belt semua dah dibeli. Disebabkan last minute punya majlis tunang ni, adalah beberapa barang yang kami terpaksa keluarkan dan jadikan hantaran pada majlis pertunangan.

Airmata tetap menitis apabila wakil dari pihak aku mengumumkan pertunangan antara Muhd Afiq Syazwan Ahmdon & Siti Salwa Hanim Atan. Doakan ini jodoh kami sampai ke syurga. InsyaALLAH.... Semoga kami kuat menempuh dugaan sebelum diakadkan... Menjawab soalan berapa lama ikat... InsyaAllah, kalau murah rezeki cepatlah akad kami, atau Tuhan ada sesuatu yang lebih baik untuk kami berdua.


Note: Usia hubungan ini baru menjengah 10 bulan. Doakan kekal hingga ke syurga. Amin

Persiapan Bertunang - I'm Engaged Part II

sambungan...

Kata Kak Ikin (housemate), orang yang suka warna hijau ni seorang yang konservatif. Mungkin ya. Apa kaitannya dengan topik aku ni? Kaitannya, hijau adalah warna favorite aku tapi ia tak menjadi warna pilihan aku untuk majlis pertunangan ni. Kenapa? Sebab... hijau simpan masa kahwin nanti. InsyaAllah.

Aku decide nak buat color apa once aku dah jumpa warna baju yang aku suka. Kuning + coklat. Aku jumpa baju ni kat Shah Alam. Dah puas pusing Masjid India, PKNS, satu pun baju yang aku suka tak ada. Sampailah aku pergi jalan-jalan kat Seksyen 7 dan jumpa baju ni kat kedai tu. That's the only baju yang aku suka selama aku survey baju tunang ni. Aku bukan nak baju yang heavy+beriya pun. Aku nak simple dan nice saja. Kebetulan masa tu nak cari baju raya kan, tapi sejujurnya, aku tak ada baju raya tahun ni sebab semua duit aku spend untuk bertunang dan duit raya nak bagi kat sepupu+anak buah. Orang sibuk nak shopping baju raya, aku sibuk shopping baju tunang. T_T

Dah jumpa baju yang aku suka, tak ada size pulak. Size 36, 40 je ada. 38 tak ada. Hampa. Then, sales person tu cakap takpe, dia boleh alter ikut size 38. Lepas bayar, dia pun alter la baju tu seperti yang dijanjikan.
Alhamdulillah, aku tak menyesal pilih baju ni sebab warna dan material baju ni memang sangat nice. For the same reason, nak cari baju raya untuk dia. Kenalah cari baju melayu, then alang-alang beli baju melayu yang warna lebih kurang sama dengan baju aku. Aku kuning cair, dia kuning nak ke oren (boleh macamtu). Tapi it's still a nice color. Aku suka tengok dia pakai warna macam tu, rasa dia sesuai kalau pakai warna grey, kuning, oren. So, mungkin warna ni perfect la agaknya untuk kali ini.

Doorgift, bingung juga nak bagi doorgift apa masa majlis nanti. Untuk pihak lelaki yang datang dari jauh je. Survey punya survey kat internet, aku jumpa agar-agar kering yang cute ni. So, aku order la 50pcs agar-agar kering ni. Korang bolehlah tengok kat tinajuhantaran punya blog. Kalau-kalau ada yang korang berkenan untuk majlis akan datang korang nanti. Aku emel je kakak ni, dia reply then ok. Lagipun aku tak order banyak, just nak bagi kawan-kawan rapat yang datang dan rombongan pihak lelaki dari Perak, Kelantan, Selangor. Kata beraya + mood cuti sekolah, so, ramai jugaklah saudara-mara dia yang ikut sama.

Typing error pada sticker. It should be 10 Syawal 1434H. 
Pasal hantaran, kami buat sendiri. Allocate dalam RM300 juga untuk hiasan dan barang-barang manisan untuk hantaran. Untuk orang last minute macam aku ni, memang tak sempat nak tempah, beli, survey alas hantaran dan dulang. So, aku decide untuk pinjam cousin aku punya je. Serius aku tak sempat nak pilih dan beli semua benda ni. Weekdays kena kerja. Weekend aku hanya ada hari Sabtu sebab hari Ahad adalah hari berehat. So, contact cousin kat kampung cakap nak pinjam je apa dia ada. Aku pun taknak beriya-iya, bermegah-megah untuk majlis ringkas macam ni. Balik raya tu la, aku baru pergi tengok alas dulang dan dulang yang aku nak pinjam. Tradisional, sebat je la. Janji ada. Kalau ikutkan kehendak aku, memang aku prefer yang ala ala moden sikit, tapi tak apalah... aku inginkan ikatan pertunangan itu diikat pada 10 Syawal nanti. Hantaran, dulang.. semua tu hanyalah adat dan tradisi. Aku ikutkan saja kata orang tua.

Hantaran aku decorate oleh makcik aku sendiri yang suka menggubah bunga ni. Aku serahkan pada yang pakar. Tapi kahwin nanti, aku nak pilih sendiri bunga, then serahkan pada pengubah yang bertauliah macam makcik aku. Same goes to sebelah lelaki, dia teman mama dia beli bunga dan of course, he has to bear the cost la kan, tukang mengubah adalah mama, kakak dan makcik dia. Tak kisahlah, janji tunang. Ringkas tapi bermakna.

Aku pilih warna kuning, hijau cair untuk dekorasi hantaran yang bunga tersebut dibeli oleh makcik aku sendiri. Warna hantaran sebelah dia hijau, gold. Warna pun dah kelam kabut dah aku tengok. Sebat je, 2 minggu bai. Tak lena aku nak tidur malam fikir pasal benda-benda yang tak settle.

Bab tudung pula, aku survey through internet aje. Halfmoon. Very nice, tapi aku mana pernah pakai selendang halfmoon ke, fullmoon ke, selendang pashmina ke.. tak ada, aku pakai tudung bawal je. Simple punya manusia aku ni. Malam sebelum balik ke Pahang (Rabu malam Khamis), sebelum balik rumah aku pergi Masjid India bertemankan Kak Nad (housemate cute) cari tudung, give up juga cari tudung pasal aku tak tahu tudung macamana nak beli plus very limited budget. So, aku tarik je mana tudung yang agak-agak sesuai. Cari tudung, tak ada makna kalau tak ada inner. Ya Allah, leceh benor pakai tudung macam ni. Kan senang kalau aku pakai bawal je, settle. Aku balik Pahang pagi Khamis then ada hal kat LHDN, Maybank Temerloh so, agak rushing balik Pahang Khamis tu. Sampai Temerloh, nak cari tudung dah tak larat (tak sempat nak makan langsung), end up balik dengan tangan kosong je.

Hari Jumaat aku mesej-mesejan (ada perkataan gini?) dengan puan cousin, dia cakap nanti dia nak tanya adik angkat dia yang tunang buat warna tema kuning juga. Most probably kena dengan warna baju aku sekali kan? Petang aku jumpa dia, dia tanya lagi.. nak tak pinjam tudung adik angkat dia? Then, aku cakap. Boleh je try and error. Pagi Sabtu, dia mesej aku cakap kena pergi ambil tudung tu kat Jenderak Utara ok? Pukul 9.00 pagi aku drive ambil cousin kat rumah dia then pergi Jenderak Utara pergi pinjam tudung. Sental ajee...

Nasib baik tak ada kasut untuk bertunang. Kalau tak? One word = SERABAI..ekeke

22 August 2013

Unexpected - I'm Engaged Part I

Assalammualaikum semua...

Alhamdulillah. Dah masuk 15 Syawal kan? Sekejap je, pejam celik pejam celik, dah cantik bulan malam tadi. Purnama. Indah, ingat... tu ciptaan Dia. 

Sejak bekerja di company baru di KL ni, aku tak sempat sangat nak bersosial samada di dalam laman sosial ataupun keluar time weekend. Most of my weekend, memang melepak duduk rumah tengok hindustan je. Dapat pula housemate yang best, so, duduk kat rumah sentiasa menjadi pilihan aku every weekend kalau aku tak rajin nak balik kampung. 

Ramai yang tak tahu aku kerja apa sekarang, mana aku tinggal, dengan siapa aku berkawan. Dan aku sebenarnya entahlah... no point rasanya aku nak hebahkan mana aku pergi, dengan siapa aku berkawan, aku buat apa... no ones care. So, aku senyapkan diri dan buat hal sendiri. Itu semua hadir dari pengalaman masa lalu. Trust me, jangan sesekali meminta simpati daripada orang lain, orang takkan sesekali simpati pada kita. So, kesiankan diri sendiri tu dulu. 

Tujuan aku update blog kali untuk menceritakan pengalaman majlis bertunang aku yang berlangsung pada 10 Syawal lepas. Ya, aku tak pernah reveal siapa tunang aku, sepanjang 10 bulan aku berkawan dengan dia pun tak ramai yang kenal dan tahu aku ada someone melainkan teman-teman rapat. Bukan tak nak bercerita, tapi sebab... segan, malu dan takut benar jadi macam dulu. Kalau heboh-heboh melata pun takut tak jadi nanti. Walau bagaimanapun, dah bertunang pun belum tentu akan berakhir sebagai suami isteri, ya, itu benar... tapi itu soal jodoh. Aku serahkan kepada Dia. Selagi aku mampu berusaha menjaga hubungan ini, insyaAllah. Aku akan jaga selagi aku berdaya. 

Beberapa kali juga aku tanya tunang aku, nak reveal tak siapa tunang aku. Then dia kata, terpulang... Katanya, dia hanya tak nak aku rasa gelisah. Dia tak kisah. Tapi aku masih berbelah bagi sehingga aku menulis blog ini. Aku bertunang bermakna aku dah berjanji dengan dia. Sebelum bertunang, seikhlasnya aku hanya go with the flow. Dia propose aku pada 1 Muharram 1434H, itupun selepas dia kenalkan aku pada keluarga dia semasa majlis pertunangan kakak dia. Masa kakak bertunang, dia ajak aku pergi majlis tu. Dia bagitau mama dia nak bawa kawan datang tolong, tak ada mention kat mama siapa aku, tapi sebab dia tak pernah kenalkan mana-mana perempuan pada mama sebelum ni, mungkin mama ingat aku girlfriend dia. Kali pertama di rumah keluarga dia, yelah.. orang nak bertunang...banyaklah kerja nak dibuat. Aku membantu mama di dapur untuk masak makan tengahari nanti. Haa... part kupas buah nanas tu yang syok. Then, semua kerja-kerja memasak aku tolong sampai majlis selesai dalam pukul 5 petang. 

Selepas majlis bertunang kakak, aku bersiap meninggalkan majlis lebih kurang selepas Maghrib. Sebab masa tu, makcik dan pakcik dia dari Banting baru sampai. Ya, dia membesar bersama keluarga pakcik dan makcik dia, so, kena tunggu sekejaplah before berangkat. Sebelum berangkat, aku bersalam dengan mama. Mama bisik pada aku, "Jangan serik datang sini lagi. InsyaAllah ada jodoh, jadi menantu mama ye?" Aku pun macam senyum je la then I replied.. "InsyaAllah.." Pasal aku tak tahu nak jawab apa, aku bukan ada declare apa-apa dengan dia by that time. Hingga saat ini, itu kali pertama dan terakhir aku datang ke rumah dia. Dah bertunang ni, kena pergi kerap sikitlah melawat bakal mertua nanti insyaAllah.

Seminggu selepas majlis kakak bertunang, baru dia ada melamar aku. Kat kedai makan je, cuti Muharam kan, so, aku baru sampai dari Pahang...terus pergi makan di Kampung Baru untuk makan malam. Sebelum makanan sampai, dia mengalih perhatian aku... katanya "Sudi tak jadi teman hidup ****, isteri **** dan ibu kepada anak-anak **** nanti?" 

Respon aku? Haha.. biarlah rahsia...

Aku memang peminat setia bunga dan binatang
 Selama 9 bulan berkawan/berkenalan, aku senang dengan dia. Cinta tak pernah hadir. Sebab tu aku tak pernah introduce dia kepada mana-mana kenalan yang mengenali aku. Sebab mungkin dia hanya seorang "CRUSH". Sehingga soalan bertunang diajukan oleh mak dan aku tanya soalan tu semula pada dia. Katanya, nak datang merisik raya ketiga. Pertengahan bulan puasa aku bagitahu mak, dia nak datang merisik pada hari raya ketiga. Kata mak, kenapa nak risik-risik, korang dah tanya sesama korang kan? Bertunang je terus, bawa cincin + sireh junjung. Jadilah tunang.

Well, bila melibatkan keluarga ni, memang banyak prosedur dan kehendak keluarga masing-masing. Akhirnya majlis ditangguhkan kepada 10 Syawal 1434H dan hantaran akan dihantar 5 berbalas 7. Makan-makan memang mak abah yang sponsor. Kecil-kecil, banyak juga aku spend untuk majlis ni. 

Aku tak pernah kenalkan mana-mana lelaki dengan abah. Sebab dari dulu, aku pegang... lelaki yang akan jadi confirm jadi suami aku je yang aku akan kenalkan pada abah. Sebab, bagi aku, bila dah bawa jumpa abah, itu adalah serius. Walaupun abah tak pernah jumpa dia, bila aku cakap ada orang nak merisik raya ketiga (plan A), abah terus OK. Tapi aku kurang tenteram, takkanlah masa hari bertunang je abah akan kenal bakal menantu dia. Then, aku decide untuk bawa dia jumpa abah pada 4 Syawal lepas. Konon dia datang beraya... 

Demi Allah, rasa sayang tu hanya datang selepas dia jumpa abah, umi dan mak secara rasminya pada 4 Syawal baru-baru ni. Baru aku rasa lebih tenang dan lega. Aku betul-betul go with the flow in this relationship. No need to rush. It happens naturally. When the time is right, it will happened. Keputusan untuk bertunang ni pada 15 Julai haritu. Persiapan 2 minggu nak bertunang memang sangat clumsy. Pagi bertunang, baru aku sibuk nak cari tudung. Gila. Punya unwell-prepared majlis ni. 

bersambung....

Note: Tujuan aku menceritakan kisah ini bukan untuk berbangga-bangga... tapi untuk berkongsi dengan adik-adik/kakak-kakak yang mungkin belum menemui cinta. Untuk tujuan berkongsi dengan perjalanan menjadi isteri, ibu dan bidadari pasangan kita hingga ke syurga. InsyaAllah. 

13 June 2013

Konvensyen Bidadari 2013

Aku terlepas Konvensyen Bidadari last year. Harap dapat pergi Konvensyen Bidadari bulan Ogos ni bertempat ni Putrajaya International Convention Center (PICC) pada 31 Ogos hingga 1 September 2013. Kali ni ada 2 slot untuk isteri/ bakal isteri dan suami/bakal suami. Bengkel Bapa Mithali akan diadakan pada hari yang sama, tapi jadual yang sebenar belum keluar lagi.


So, siapa yang macam nak pergi tu, bawa husband atau boyfriend sekali ye. Mempersiapkan diri untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik. InsyaAllah. *Bila entah nak kawen. =.="

Yuran bagi aku berpatutan. Jangan berkira sangat kalau nak menuntut ilmu ni. Lagipun speaker semua best-best. Ada Wardina, Ustazah Muhaya, Fatimah Syarha, Ustazah Bahyah, Dr Harlina Saraj dan beberapa lagi speaker lain yang aku kurang familiar.

Untuk student, yuran masuk murah compare dengan individu yang sudah bekerja. Itu harga untuk early bird, kalau lewat... mahal lagi lah nanti. So, kalau nak pergi..silalah book awal-awal, rancang cuti. Program-program sebegini sebenarnya penguat hati. :)

Monyet Salji

Monyet salji...? Pelik bunyinya... Snow Monkey atau Jigoku-Dani Onsen dalam bahasa Jepun macam menarik bila aku baca satu booklet Japan National Tourism Organization. Onsen bermaksud "hotspring" then Jigoku-Dani bermaksud "Hell's Valley" sebab tempat ni maintain hotspring even pada musim winter. So, bila musim snow, monyet-monyet ni akan pergi berendam. Tapi kalau musim panas, monyet ni akan pergi tempat lain yang lebih panas.


Aku ada try search pasal Snow Monkey ni kat National Geographic, tapi macam kurang mendapat liputan. Bagi aku, this is a rare attraction la. Musim sejuk, tapi air dalam takungan tu adalah air panas yang membolehkan monyet-monyet ni berendam. Tengok aje muka monyet-monyet ni, merah... 

Satu je aku nak cakap.. Allahuakbar... Inilah kuasa Tuhan. Aku dah e-mail National Geographic minta doang buat liputan lebih banyak mengenai kelebihan tempat dan monyet-monyet yang comel ni. Sorry, aku memang suka binatang. Semua binatang pun comel bagi aku.



11 June 2013

Kerana Dia

Baru selesai solat Isyak lepas masak sama-sama dengan housemate then makan sama-sama dan bertukar cerita. Selepas 2bulan lebih aku berpindah ke rumah ni, Alhamdulillah... Hubungan aku dan housemate semakin rapat dan perbualan semakin personal dan bagi aku itu adalah proses mengenali dan menerima. Ya, aku antara yang paling muda di dalam rumah ni. Lebih mudah bagi aku, sebab aku memang jenis lebih mudah bergaul dengan orang lebih tua atau lebih muda. Which means, aku akan lebih menghormati mereka. Bagi aku, sebagai seorang yang lebih muda, lebih elok aku yang menjaga hati mereka, kalau mereka yang bercakap apa sekalipun, aku terima atas alasan nasihat dari seorang yang lebih tua. Kalau dengan yang lebih muda pula, jangan lupa... mereka lebih muda. Berhemah sket bercakap tu.  






Ok, ketika membaca doa selesai solat isya' tadi, aku teringat akan satu kata-kata dari Presiden Majlis Belia Malaysia (En. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee) yang pernah aku hubungi. Katanya, dulu ada seorang makcik di kolej dia yang selalu bagi dia kuih. Dia cakap kat makcik tu dia lapar, dan makcik tu bagi dia kuih. Dan makcik tu selalu bagi dia kuih. Sampai satu hari En. Maliki tanya makcik tu, makcik tak makan ke? Then makcik tu jawab, "Tu yg awak makan tu makanan makcik la." Then, baru dia sedar yang dia sebenarnya dah ambil makanan makcik tu yang sepatutnya makcik tu makanan untuk lunch dia. 

Kadang-kadang... Kita adalah bukan siapa diri kita sekarang kalau tidak kerana menemui seseorang itu dalam perjalanan hidup kita. Makna lain, kau mungkin tidak akan berjaya seperti sekarang kalau kau tak bertemu dengan kawan yang kau ada masa kau study dulu. Teringat juga akan kata-kata seorang yang juga pernah berkata demikian... It's a gift. Aku seorang yang berhati besar... Benar... Semoga Allah permudahkan jalan aku setelah apa yang telah terjadi. Hanya Allah yang tahu....  Aku juga mungkin takkan grad on time kalau aku tak ada kawan-kawan yang very supportive. Very precious friends.. Kata ceramah yang aku dengar pergi kerja semalam.. ustaz ada berkata... "Hargai, cari, dan jadilah sahabat yang kita ada, dan jadilah sahabat kepada kawan-kawan yang lain." 

 
Note:  Ingat, dia bertemu dengan ramai orang sebelum dia belum bertemu kau. Bersyukurlah... 
 



Note to En Maliki: Mohon betulkan kalau cerita saya not exactly like you have told me. :)

03 June 2013

Jangan Sombong

Aku kini berusia 23 tahun 5 bulan. Mencapai tinggi 152cm dan berat yang dirahsiakan :P

Balik meraikan majlis teman seperjuangan di Terengganu. Puteri sulung abah & mak rasa nak balik je jejakkan kaki di kampung halaman. Rindu benar dengan kucing, rumput di halaman rumah. Home sweet home bukan? 

Hari Ahad balik dari kenduri jiran di kampung. Lalu kat depan rumah jiran lama sebelum berpindah ke rumah sekarang. Dulu rumah aku di tepi sungai, abah yang bermula dengan bengkel motor seawal aku dilahirkan membina rumah usang itu di tepi sungai. Mak kata aku lena je tidur waktu siang walaupun bunyi enjin motor yang menganggu. Umur setahun dua, nak sedar apa tidur. Sekitar usia 4tahun, adalah aku ingat sikit2 tentang apa yang berlaku pada waktu itu. 

Ok, balik kepada topik. Cu Nah, tu jiran aku di tebing yang kini sudah terlantar di katil rumahnya. Diserang stroke beberapa bulan lalu yang buat dia dah tak mampu nak bangun dan buat kerja-kerja rutin di rumah. Kata mak, dulu...masa di tebing... Dialah yang duk mengendong aku ke hulu hilir kalau mak nak pergi mandi di sungai, basuh baju atau mak berkursus. Dia jugalah yang mungkin pernah menyumbat botol susu dan puting susu bila aku duk menangis. Ya, aku anak sulung. Jadi anak tunggal selama 5tahun sebelum kelahiran adik no.2. Manja aku, Tuhan je la yang tahu. 

Aku juga ingat ketika aku dikejar anjing bila aku pergi kerumah dia. Cu Nah ada bela lembu masa tu kalau tak silap aku, dan anjing tu jaga lembu tu. Pernah ada satu malam aku ingat... Dalam pukul 3 pagi aku bangun sebab terdengar rumah Cu Nah bising2 sebab lembu dia kena curi. Masa tu aku umur 4 atau 5 tahun agaknya. Duduk memanjat pokok jambu and pokok ceri depan rumah dia. 

Mak cakap, pergilah melawat Cu Nah tu dah lama kan dia tak bangun. Mak pun recap semua benda yang aku cerita kat atas tu. Ada jiran aku yang ada sekali masa tu menambah... "A ah, dia yang duk selalu jaga awak masa awak kecik dulu... Baik sangat Cu Nah tu orangnya... Tak pernah mengata orang, buat buruk kat orang..." Dan ketika itulah hati aku tersentuh. Ya, mungkin sebab aku jarang benar balik ke rumah yang buat aku memang tak update hal-hal kat kampung dan saudara-mara. 

Sebelum balik, aku dan mak pun pergi rumah Cu Nah melawat dia. Cu Nah still kenal orang lagi, dia nampak je mak aku, dia terus nangis peluk mak dengan tangan kiri dia. Aku pulak, terus berlinang air mata. Cu Nah nampak aku terus dia menangis dan meraung (maybe sebab dia sebak sangat tengok aku dan aku dah besar). Aku cium tangan dia dan aku urut-urut sikit tangan dia. Tu je yang aku mampu buat. Aku bukan jenis yang pandai berborak. Aku hanya diam dan bila aku diam, banyak benar benda dalam fikiran aku. Aku melawat 5minit, tapi kesannya... sumpah seumur hidup aku ingat moment tu. 

18tahun lalu yang aku cukup mentah mengenal dunia. Segala kesukaran, kesilapan masa-masa lalu itulah yang menjadikan siapa aku kini. Doa aku, semoga Cu Nah tabah berdepan dengan ujian Tuhan ini. Allah menguji hambaNya dengan pelbagai cara, ingat... Allah menguji Nabinya dengan penyakit kulit, anak-anak yang meninggal dunia. 
Aku membesar dengan asuhan ramai orang yang baik-baik. Aku juga pernah diasuh oleh satu keluarga. Mungkin sebab aku comel sangat kot masa kecik, sebab tu orang sudi mengasuh aku. Weekkkk.. :p
Aku pernah diasuh oleh satu keluarga yang bela banyak sangat kucing. Mungkin sebab tu sampai sekarang aku sayang gila dengan kucing. One of the family members kerja dengan abah masa tu, so... aku selalu nak ikut dia balik lepas dia kerja sebab nak main kucing. Masa akak tu nak kawen few years ago... Mak recap benda yang sama suruh aku datang wedding dia...sebab dulu memang dia yang jaga aku. Ya, mak mengajar aku supaya mengenang jasa...dan aku sentiasa mengenang jasa mereka yang membesarkan aku...apatah lagi mak yang melahirkan aku dan abah yang bekerja keras untuk membesarkan aku. Selamat Hari Bapa, Abah...

Doa Kalahkan Ego

Kenduri teman seperjuangan di bumi SEMSAS selama 5tahun membawa aku jejak ke bumi Terengganu. Sanggup meluangkan masa dan jarak perjalanan yang agak jauh, yang niatku adalah untuk meraikan bersama hari bahagia teman ini. Ada juga kala aku sedang bersedih, sedang berduka dulu... dia menyapa bertanya khabar, berkongsi hadis dan doa untuk terus mendapat kekuatan. Alhamdulillah, dia kini sudah bergelar isteri yang sah. Semoga hari bahagia aku menyusul nanti. Satu majlis yang sederhana membuat aku banyak benar berfikir sepanjang majlis dia. Beberapa kali aku duduk termenung dan terlalu banyak fikirkan tentang kehidupan. 

Ya, kehidupan. Kehidupan ibarat roda ini memang takkan pernah berhenti. Bagaimana seseorang itu dilahirkan dalam latar belakang keluarga yang berbeza. Namun, itu yang harus kita fahami, bagaimana cara mereka dibesarkan. Bukan untuk menuding jari dengan cara mereka dibesarkan, tapi dengan cara kita memahaminya... pasti... kita akan membantunya mahupun mengenalnya, membimbingnya malah bukan mengutuknya, mempertikaikannya. Itu sahabat, itu kawan, itu adalah teman. 

Kadangkala, puitis dikatakan jiwang. Bukankah itu anugerah? Bukan semua yang memiliki kelebihan itu. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah memahaminya, mengenalnya. Sesetengah orang hanya boleh meluahkan rasa melalui cara-cara, bait-bait yang tidak keterlaluan malah cara itu kadangkala lebih tenang, lebih mudah. 

Bicara aku kerana sudah muak dengan ego dan lagak mereka yang tidak akan pernah memahaminya. Pernah kau fikir sejenak mengapa dia jadi begitu? Aku sering begitu, dengan cara begitu, ianya lebih mudah memahami dan menerima baik buruknya. Baiknya... doakan. Buruknya... doakan. Bezanya... baiknya doalah dikekalkan dan buruknya doalah dihadiahkan hidayah olehNya. Doakanlah dia diberikan hidayah jika benar kamu tiada helah. Kerana... kita hambaNya ini perlu sentiasa berdoa, andai kita tahu dia tidak banyak berdoa...berdoalah kepadaNya supaya hidayahNya dikirimkan untuk mereka supaya banyak berdoa.

Dulu, ada sifu bercerita. Katanya... "Jangan salahkan seseorang itu kalau perangai dia tidak disenangi, kurang solat atau kurang sopan, kita kawan-kawan dia, orang-orang yang berada disekeliling dia yang kena doakan untuk dia." 
Before blaming someone, do we asked ourselves whether we are not to be blamed for anything in life?
Sejak dari saat itu, aku tak berhenti mendoakan kawan-kawan. Pengalaman lalu menjadikan aku amat memahami, sentiasa cuba memahami dan menerima. Percayalah, dengan cara memahami, kita pasti menerima. Sudah-sudahlah menuding jari terhadap kelemahan dan kesilapan, kenaifan orang lain. Jangan berhenti berdoa kerana pintu langit akan terbuka pada bila-bila masa. Kalaupun doa itu tidak dipenuhi... sabarlah... Dia sedang menguji kita, merancang yang lebih baik untuk kita. Itulah Dia... Allah Yang Maha Kuasa, Maha Adil, Maha Besar. Yakinlah... Tetaplah beriman dengan Qada' dan Qadar. 



29 May 2013

Camera Cool

Aku memang teringin nak jadi diver sejati. Tapi belajar berenang dari dulu sampai sekarang failed. Sebab apa? Sebab aku dapat rasakan betapa tenang bila tengok kecantikan ciptaanNya di dasar laut. I can't imagine. Setakat tengok HD Discovery Channel je la kat Astro tu aku dah kagum habis.

Astro Kasih ada buat satu program bersihkan laut bla bla bla. I wish I could dive and clean underwater. At the same time, they are giving away Camera Go Pro yang abang Haniff aku poyo cakap macam best sangat. So, check it out. http://bit.ly/12CNea6

According to GoPro Camera (official website), camera ni orang yang selalu travel, panjat gunung, panjat bukit...mungkin reliable la untuk ada camera ini.

Letak Jawatan


Well, hari ni aku dah hantar surat resign. Berat hati juga, tapi I have to make choice kan? Semoga ada pilihan dan hidup yang lebih baik. 

Time to re-create myself. No more broken promises for better positions...

11 May 2013

Mental @ Hati Yang Terluka?

Banyak kali juga aku fikirkan apa yang aku nak share with this topic. Aku sedar aku mengalami masalah ini 2 tahun lepas. I don't know why and I believe it's getting worst now.


Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah berkali-kali benda ni jadi kat aku. Bila aku buat something, focus aku lost. I can't remember things, I forget things, otak aku nak buat lain, tapi tangan aku buat lain. Aku pandang benda lain, tapi aku tulis benda lain (aku sebenarnya nak tulis pasal apa yang aku tengah pandang). 

When I was with my ex few years ago, benda ni dah jadi banyak kali. Contohnya aku fikirkan kopi, tapi aku sebut teh. And masa tu dia aware dengan masalah focus aku ni, then he asked aku OK tak. Then, I just smiled sebab aku rasa benda tu kelakar and macam bengong pun ada gak. Kalau aku sekali dua jadi macam tu, aku tak hairan sangat. It happens very frequently... dan sekarang aku risau dengan diri aku sendiri. 

Bila aku buat few research kat Google, banyak juga information yang aku dapat. Mungkin sebab aku depress, mungkin juga sebab aku banyak fikir. These are the symptoms of mental health problem:-
  • Be easily distracted, miss details, forget things, and frequently switch from one activity to another
  • Have difficulty maintaining focus on one task
  • Become bored with a task after only a few minutes, unless doing something enjoyable
  • Have difficulty focusing attention on organizing and completing a task or learning something new or trouble completing or turning in homework assignments, often losing things (e.g., pencils, toys, assignments) needed to complete tasks or activities
  • Not seem to listen when spoken to
  • Daydream, become easily confused, and move slowly
  • Have difficulty processing information as quickly and accurately as others
  • Struggle to follow instructions

Dan sebenarnya aku mengalami semua simptom-simptom ni. Aku tak ingin menagih simpati sesiapa, hanya ingin berkongsi. This is my space, it's up to me to share what I would like to share. When it really happens to me someday, then you know... I know about it earlier. 


My facebook status today is "broken heart always hurt". Kadang-kadang, aku dah kebal with these feelings. Crying is the only way to lead it out sebab I don't have anyone to speak with. Benar, ianya menjadikan aku kuat dengan apa yang dah berlaku, I don't want brag. What's next? I will face it... 


Hidup ini jangan harapkan orang untuk kasihankan kita. Kita kasihankan diri kita dulu, sebab belum tentu orang akan fikirkan tentang kita. 

Jangan nak sibuk jaga hati orang, jaga hati kita dulu. Sebab hati ini, kita nak pakai lama. Jaga hati sendiri. 

Attention defisit hyperactivity disorder (ADHD) and attention deficit disorder (ADD) symptoms that may begin in childhood and continue into adulthood. ADHD and ADD sympoms can cause problems at home, school, work, and in relationships. 

Note: No wonder I face many times of failure. =)

27 April 2013

Kami Generasi Prihatin

Nama Perdana Leader Fellowship dengan Anugerah Blogger Prihatin amat sinonim. Tanpa Perdana Leader Fellowship (PLF), tiadalah Anugerah Blogger Prihatin (ABP). ABP banyak mengangkat nama PLF sejak majlis perasmian ABP ni lewat Mac lalu. Kesedaran dan keprihatinan mengenai hal ini amat penting untuk dibangkitkan dan ditimbulkan untuk memastikan generasi kini menjadi generasi prihatin. Berapa ramai blogger yang asyik bercerita mengenai kebajikan-kebajikan atau kerja-kerja kemasyarakatan yang mereka lakukan. Tanpa Anugerah Blogger Prihatin, hal ini mungkin tidak akan timbul dan menjadi bualan dalam kalangan blogger-blogger di negara tercinta ini.

Namun, sebagai salah seorang peserta PLF yang amat suka memberi semangat kepada rakan seperjuangan saudara Redzuan Saib, terdetik untuk bersama-sama menjayakan anugerah ini dan memberikan sedikit bantuan kepada rumah kebajikan masyarakat yang selayaknya menerima bantuan daripada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka. Memetik nama Redzuan Saib, beliau amat komited dengan apa yang dilakukan olehnya dan bangun setiap awal pagi untuk menemui pengarah-pengarah atau pengurus-pengurus company untuk mendapatkan tajaan untuk program ini. Siapa kata, melalui "alam maya" ini, kita tidak mampu menabur bakti dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kami generasi kreatif tiada yang mustahil bagi kami.

Signboard rumah Persatuan Warga Emas, Klang
Seawal 10.00 pagi kami sampai di rumah kediaman warga emas ini. Kali pertama melihat keadaan rumah ini dari luar, aku dah mula risau, sebab takut dapat nak "adapt" dengan environment dalam rumah ini. Agak sukar untuk mencari dimanakah letaknya rumah ini sebab ianya memang terlindung dek semak samun pada signboard tu. Ingatkan aku sorang je yang ada feeling macam tu, rupanya kawan-kawan lain pun risau untuk menjejakkan kaki ke rumah itu.

He's excited when my friend snap his picture. 
Melihat keadaaan rumah ini, memang pilu. Kebanyakan penghuni rumah ini India dan Cina, Melayu ada sorang if I'm not mistaken. Look at the dinner table of this pakcik. Pakcik ni kehilangan kaki beliau selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Then, dia dihantar ke mari selepas tiada saudara mara yang sudi menjaga beliau. Waktu siang dia duduk di situ, makan di situ, buang air disitu. Sebelah malam pula, kalau dia rasa nak tidur di katil luar ini, dia akan tidur di situ. Mungkin tidur kat luar lebih sejuk agaknya kan?

Was involved in an accident. 
Of course, jelas.... kaki uncle ni patah sebab dia terlibat dengan kemalangan jalan raya juga. Ada orang langgar dia katanya. Secara logiknya, kaki yang dah patah sebegini memerlukan terapi dan penjagaan yang baik terutama bakteria yang mungkin terjangkit pada kaki yang luka dan besi yang baru dimasukkan ke dalam kaki beliau. Suasana di rumah orang tua ni teramatlah sunyi dan pilu. Kami pun macam tak berani nak buat aktiviti yang melibatkan mereka sangat, sebab ya, kami faham kami sudah tua dan mereka mungkin kurang sihat. Walaubagaimanapun, saya harap kedatangan kami sekurang-kurangnya dapat membuat rumah itu sedikit heboh dan ceria dengan cerita-cerita yang dikongsikan oleh mereka bersama kami.
Melihat keadaan persekitaran kawasan rumah orang tua ini, kami sedikit pilu dan risau dengan hygiene penghuni rumah ini. Baju digantung pada ampaian yang dibawahnya ada tempat makan ayam yang dibiarkan berkeliaran. Sorry, ayam dan ayam belanda. Hama berterbangan dan hinggap pada baju tu boleh menyebabkan mereka gatal-gatal badan dan penyakit-penyakit lain pada pendapat aku. Bukan persekitaran yang bagus untuk menyidai kain. Kita memerlukan cahaya matahari dan hama-hama berterbangan boleh menyebabkan penyakit lain pada pemilik pakaian tersebut. 

Tilam-tilam pula dijemut berhampiran dengan tempat menyidai kain tadi. Ayam tadi berkeliaran yang lecah air longkang yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi perhatian kami. Ya, tilam dan bantal harus dijemur untuk menghilangkan hama. Tapi bagaimana sekiranya kalau tempat menjemur tilam dan bantal itu sendiri memang menganjurkan hama yang lebih banyak membiak pada tilam tersebut. Do you have any explanation on that?

Selesai makan, mereka yang makan di ruangan beranda rumah tersebut akan membasuh bekas makanan mereka di sink bahagian luar rumah tersebut. Mereka tidak berselipar pergi membasuh bekas makanan mereka. Saya kurang pasti adakah lantai mozac itu ada dicuci setiap minggu bagi tujuan kebersihan dan kesihatan penghuni di sini. I'm really concern about their hygiene. Yes, mereka dah tua dan mereka memerlukan penjagaan yang lebih baik berbanding kita bukan?

Tidak dinafikan ada di antara mereka yang masih mempunyai ahli keluarga yang kerap mengunjung mereka pada hujung minggu dan membawa mereka keluar pada hujung minggu, tapi nisbah ahli keluarga yang berbuat demikian boleh dikatakan 1:5 agaknya. Yang lain? Anda carilah jawapan anda sendiri. Pada cerita salah seorang uncle penghuni di rumah ini, anak dia selalu datang menjenguk dia apabila hujung minggu dan bawa dia menghadiri majlis-majlis ahli keluarga lain sekiranya ada masa lapang. Anak dia tak dapat menjaga beliau sebab bekerja dan cucu pula bersekolah di sebelah siang. Maka, dia sendiri bersetuju untuk menetap di sini dan anaknya akan menziarahi, menghantar makanan pada beliau pada masa lapang. Yelah, orang tua kan... bukannya nak menyusahkan kita. Mereka tak ingin menyusahkan kita pun sebenarnya, tapi kita sebagai anak yang mengenang jasa...fikirkanlah....



Kami gemar berborak dan tanya pendapat mereka. Pada setiap renung mata itu, kami percaya ada seribu satu cerita dan perasaan yang terpendam dan tak dapat diungkapkan. Bagi kami, hanya mampu mendengar...dengan harapan mereka senang dengan komitmen kami mendengar cerita-cerita tersebut.

Tell me what do you see in their eyes, it can't be described in words kan? Ada uncle dan aunt yang dah tak dapat mendengar... dan kami hanya berbicara cuba menceriakan mereka dan sekurang-kurangnya senyuman sedikit terukir di bibir mereka, itu kepuasan kami ketika kunjungan 2jam ini berlangsung.


Kami generasi Y mungkin suka memberontak. Tapi kami juga prihatin. Kami prihatin dengan keperluan insan seperti mereka. Tujuan saya menyertai contest ini bukanlah kerana wang ringgit, cukuplah sekiranya dengan perhatian dan wang yang mungkin boleh disumbangkan kepada rumah warga emas ini untuk tujuan kebersihan dan kesihatan mereka. Pengurusan rumah ini merupakan pengurusan persendirian dan sememangnya kekurangan belanja bagi tujuan menyara makan, minum, pakai penghuni rumah ini. Semoga ada yang prihatin, hantarlah walau sekampit beras untuk membantu pengurus rumah ini yang mungkin boleh memikirkan tentang maintenance and hygiene di kemudiannya. InsyaAllah... Kita 1 Malaysia, tak kira apa bangsa, bantulah mereka yang memerlukan. Dan insyaAllah, Dia akan membantu kita dan mempermudahkan segala urusan kita sebagaimana kita mempermudahkan urusan insan lain.

#inisuarabelia #kamigenerasiprihatin

22 April 2013

Terkenal Kerana Anjing

Tell me. Siapa tak kenal Cesar Millan? Meh aku sekeh sket. Aku impress dengan mamat Mexico ni yang aku pertama kalinya tengok siaran TV dia di National Geograpic tentang kehebatan dia mengendalikan anjing. Tak kiralah apa masalah anjing yang dihadapi, dia boleh kasi settle punya. Anjing liar dia boleh jinakkan. Anjing degil dia boleh ajar anjing tu untuk jadi bijak dan lebih peka dengan sekeliling.

Aku memang seorang yang sukakan anjing. Walaupun anjing tu haram disentuh umat Islam. It means bukanlah tak boleh sentuh langsung, boleh sentuh, tapi kita still kena samak tempat yang terkena air liur anjing tu dengan 7kali air tanah. For those yang tak tahu, anjing bukanlah langsung tak boleh disentuh oleh orang Islam, ianya boleh cuma dengan syarat kena bilas dengan air tanah sebanyak 7kali. Tapi kalau anjing tu kering, dan tubuh kita kering..kalau yakin... tak perlu basuh dengan air tanah.

Ok, back to the topic. First time aku tengok rancangan Cesar Millan ni aku dah cukup impress. Aku lebih berminat untuk share apa yang dia ceritakan dalam rancangan beliau menerusi The Real Story: Cesar Millan.

Cesar Millan ni merupakan kelahiran Mexico yang sejak dari umur belasan tahun dia memang dah kerja jaga anjing. Ketika dia berumur 21 tahun, mulalah kisah dia yang melepasi sempadan Mexico - America yang membuat dia terpaksa tidur dibawah jambatan for 2 weeks untuk dapatkan kerja di US. Itulah American Dreams. Dia dapat kerja dengan satu company bela anjing dan jaga anjing yang banyak. Berdasarkan apa yang aku tengok dalam rancangan tu, dia selalu bawa anjing berjalan. Dalam 8-10 ekor dia bawa berjalan. Sampailah orang berminat untuk tahu mengenai dia.

Dalam satu slot pengambaran, before it ends ada wartawan tanya dia, "What's next Cesar?". Then Cesar answered, I want to have a show. Masa tu ada macam-macam tawaran termasuk National Geographic untuk buat satu show untuk dia named Dog Whisperer with Cesar Millan. Mula dari situ karier dia bermula, dan sekarang dia sangat kaya dan menerbitkan beberapa rancangan termasuklah Dog Whisperer tu dah masuk musim ke-9 dah.


Dalam rancangan The Real Story of Cesar Millan ni dia ada cerita pasal up and down in life. Dia bercerita tentang popularity yang membuat dia meninggalkan kehidupan lama gelandangan dia tidur kat subway, highway bersama kadbod dan macam-macam lagi. Dia ada bercerita tentang bekas isteri dia yang tiba-tiba memfaikan tuntutan penceraian secara mengejut. Katanya, dia langsung tak expect wife dia akan buat tuntutan cerai. Dia mengalami depression and commit to suicide. Dia telan pil dan of course, dikejarkan ke ICU. It's true. Maut tu ditangan Tuhan, kalau Tuhan tak nak kita mati lagi, then selagi itulah we have to live life. He spoke the same. After quite sometimes, dia dah bosan bersedih, bosan menangis... dia bangkit semula untuk menjalani hidup dia. In fact, dia jauh lebih berjaya daripada masa tu. 

Up and down of life, no ones can deny about it. Kita takkan selalu berada di atas, ada masanya kita PERLU berada di bawah untuk buat kita bangkit dan sedar tentang keperluan lain dalam hidup ini. Bagi aku, aku bukan suka Cesar ni sebab his popularity je, tapi sebab personal life yang dia share with his fan yang buatkan aku lebih berminat untuk tahu tentang dia. Selain tu, dia ada buat satu parade untuk mengambil perhatian ahli politik di US untuk buat satu law untuk memanfaatkan anjing dan menjaga nasib anjing-anjing di US. Hebat kan? Yes, anjing adalah sejenis binatang yang aku sangat suka selain kucing. Mujur aku tak boleh bela anjing, kalau tak...confirm dah 3-4 ekor kat rumah. 

Selain Dog Whisperer, dia ada show A Pack Leader juga. Tapi since aku memang sebulan sekali je tengok TV, so, aku tak tahu what is the show all about. But yes, aku sangat admire dia, kecekalan dia dan kasih sayang dia yang aku nampak melalui cara dia mendekati anjing. Applause for CESAR MILLAN!

Kacak apa? #cesarmillan

Terkenangkan Mamutik

Cadangnya nak menulis mengenai entry ni selepas genap setahun meninggalkan UiTM. Tapi jelas, rindu pada classmates memang tak boleh nak tahan. So, I choose to write about them kali ni.

Few weeks ago, semasa mengemas external yang dah hampir penuh tu aku secara tak sengaja tengok gambar-gambar lama sepanjang perjalanan di UiTM pada tahun akhir lebih kurang tahun lepas. Antara gambar-gambar yang aku duk tersenyum sorang-sorang adalah gambar ni.

Sabah trip to Pulau Mamutik, Kota Kinabalu. #din #azfar #didiey #shafiq #alan # feeqa #elin #chong #lynda #eamy #wawa
Trip kali ni memang fun dengan adanya kuota character yang gila-gila dan funny. Sabah is a nice state. Tapi sorry, aku tak ngam dengan Pasar Filipina yang jual macam-macam makanan laut tu. Kurang ngam dengan makanan macam tu. Bukan tak ngam apa, hygiene dia la aku kurang sket. Tapi aku taram gak masa datang tu. Yelaa, first time datang kan, mestilah nak taram je semua makanan ada kat sana. Not bad. Tapi kalau datang lagi sekali, tak makan dah kot. Ehehe.. tapi ikan kat situ memang sangat murah. Ikan apa korang nak santap? Sebut je. Aku cadang nak makan siakap, tapi tak ada plak nak buat masak masam manis. Yang ada buat bakar je. So, aku taram je la. Kuah ikan bakar kalau menjadi memang perghh bai.

 Breakfast di Pulau Mamutik
Sebenarnya malam tu kiteorang overnight kat Pulau Mamutik. Setup khemah, then tidur. Malam tu steady la lepak-lepak kat jeti. The best part, dapat tengok apa benda yang berduri-duri tu. Ikan buntal eh? Eh! Bukan, landak laut la der.. Bangun pagi, ni la meal for breakfast kami pagi tu. Masak air, buat air teh sket, then kasi cecah biskut tiger. Jadilah, biskut Tiger provide banyak energy what?
Tapi ini adalah antara pengalaman aku tidur dalam khemah. Layan je sebab jejaka-jejaka ni sibuk nak tidur dalam khemah, so, it was a great experience what? Kan? Especially orang tak pernah berkhemah macam aku.
Jalan-jalan Kota Kinabalu. #azfar buta
Yang si buta ni nama dia Azfar. Masa ni, kami ronda bandar KK. Cari pasal, boleh pula ada certain yang datang Sabah untuk karaoke. Sorry, I tak karok. So, layan je la doang pusing-pusing dalam mall KK tu. Rasa macam aku dah hafal map bandar KK ni. Tapi kalau datang lagi sekali, time macam ni, berlambak-lambak bendera. Confirm aku confius punya.

Dugong terdampar. #didiey #shafiq #azfar #alan
Actually gambar ni snap masa dugong-dugong ni terdampar sebab mabuk main pusing-pusing kat pantai. Pusing 10x then lari 30meter, lepas tu semua nak muntah, mabuk punya pasal. Dah jenuh main frisbee, tu yang doang duk main benda bukan-bukan tu. As a result, pengsan. Tapi actually, itu adalah kenangan manis. :)

Gimik semata-mata. #didiey
#eamy with rumpai laut on her head #wawa

#shafiq with frisbee @pulaumamutik
Ke Pulau Mamutik ni kalau tak silap pada hari ketiga. Kami ada ke Kundasang dan Hot Spring kat apa ntah nama tempat tu. Tapi trip ke Kundasang memang agak mencabar sebab kabus kat sana memang teramatlah tebal, especially lepas hujan. Yang pasti sejuk dan merbahaya.

Platform di Kota Kinabalu Park. I was on the phone with #fatinadila

Last but not least. Gunung Kinabalu capture from Mamutik Island. 
That's all about my Mamutik trip with friends from HM2216C. Hope to be there again, ke Kundasang agaknya lepas ni, or dapat panjat Gunung Kinabalu pulak kan? But, thanks to Lynda yang sekarang dah jadi wife orang yang jadi tuan rumah masa tu. A very kind hospitality from her parent and thank you so much atas segala bentul bantuan sepanjang trip ke sana. It was a nice journey.

To all my Mamutik trip friends - Chong, Azfar, Din, Didi (sekarang dah jadi pramugara AirAsia), Shafiq (The Revellers member), Alan (kawan yang sangat supportive), Lynda (tuan rumah), Elin, Fiqa, Eamy. Kalau tak kerana aku salah book tiket flight, korang tak merasa tidur kat airport kan? Hihi... :D

#chong homeless @lcct