31 January 2013

Just A Kiss

"I've never opened up to anyone. So hard to hold back when I'm holding you in my arms. We don't need to rush this. Let's just take it slow. "

Familiar tak dengan lagu ni? Aku kalau bab lagu ni, kemain laju lagi. Ok, petikan lagu kat atas ni adalah lagu "Just A Kiss" yang dinyanyikan oleh Lady Antebellum. Bagi aku lagu ni sangat sweet yang mana bila dia ada suka someone ni tapi dia nak ada batas atau jurang sedikit untuk lelaki yang dia suka tu. At the same time, lagu ni aku rasa macam kena kat batang hidung aku masa aku single bulan Feb 2012 dulu, lagu ni famous masa tu dan memang kena dengan batang hidung sendiri. 

"I know that if we give this a little time. It'll only bring us closer to the love we wanna find."

Aku taknak banyak complain dengan apa yang dah jadi dulu. Tapi lagu ni memang banyak mengingatkan aku tentang dia. Siapa dia? If you read this, you will know what I felt at that moment. Yes, you. Benar, tak ada benda yang mudah atas dunia ni. Dan apa yang aku pernah lalui dengan kau insan yang banyak mengajar aku agar bersabar, terima kasih. Terima kasih atas segala rasa yang pernah kita share dulu. I really appreciate that. Dan aku anggap sepi kau tu, adalah sepi yang punya alasan sendiri. Dan of course, alasan itu aku mampu fikirkan sendiri, dan let it be. I know you're a good son. Rasanya I will talk a lot about you in my journey of life sebab kau memang banyak mengajar aku. Dalam naik aku dan juga dalam tersungkur aku. Setiap kali aku teringat pasal this guy, benda yang timbul dalam fikiran aku adalah... WHY? 


Satu benda aku tak faham pada diri aku kadang-kadang. Aku ada hidup yang sangat baik for now. Kenapa aku nak kena ingat all this thing? It's my memories. I have to live in this memories kan? Kepada bakal suami, aku harap kau mampu tampal dan tutup luka yang ada, sebab luka tu takkan pernah sembuh, parut tu takkan hilang. Aku seboleh-bolehnya taknak cerita pasal perasaan aku pada insan lain terutamanya di blog. Kata seorang senior, jangan tunjukkan yang kita ni lemah, jangan tunjuk kita sakit, sebab takkan pernah ada orang yang concern pasal diri kita melainkan diri kita sendiri. Jangan harapkan orang lain untuk kasihan pada kita, kasihanlah kepada diri sendiri kerana kita perlukan kasih itu. Orang lain takkan pernah kasih apatah lagi kasihan kepada diri kita. 

Aku suka pada jalan cerita hidup aku, kisah-kisah hidup aku, liku-liku aku, kerana jatuh bangun itu yang menjadikan siapa aku sekarang. Kalaulah aku dapat novelkan cerita-cerita aku ni, confirm HOT SALE. Siapa nak beli? Entah, mestilah orang-orang yang pernah hadir dalam hidup aku kan? Memang itu tujuan novel aku diterbitkan nati. Wah! Kalau bab berangan, bagi kat aku OK? 

Maka benarlah, lagu mampu membawa kita ke sesuatu zaman yang pernah kita lalui dulu. Setuju? Ada memori pada sesebuah lagu itu. Lirik lagu ni simple, steady and slow. 

"Be the one that I've been waiting for my whole life."

30 January 2013

Berat Badak vs. Berat Badan

Agak-agak berapa berat badan korang hari ini? Berat korang 3bulan lepas berapa? 6bulan lepas? Soalan itu amatlah sensitif buat aku sekarang. 6bulan lepas kalau tak silap berat aku 49kg, itu pun aku dah kecih bagai nak runtuh bangunan Kompleks Rakan Muda tu, tahun lepas berat aku 46kg. Perghh.. time raya makcik-makcik aku tegur kenapa aku makin kurus masa tu. Aku taknak jawab, sebab jawapannya adalah jawapan sensitif. Sejak aku join program Perdana Leader Fellowship ni, berat aku naik lagi. Stress! Kena turunkan berat badan la. Tak boleh macam ni, kalau biarkan boleh jadi berat aku macam berat anak badak la aku ingat. Tapi badak comel apa? Maaflah, aku memang suka binatang. Reptilia je aku tak suka. Geli.


Berat ni soalan sensitif yang diajukan kepada kaum wanita terutamanya selain daripada soalan yang melibatkan umur. Erk! Cakap pasal umur, aku rasa macam tak percaya aku dah berumur 24 tahun ni. Adeiyai... Dapat rasa tak apa aku rasa? Dah tua lah.

Nak naikkan berat badan senang, makan, makan dan makan. Tak payah nak exercise. Aku yang kurang minum manis ni pun kemain senang badan naik. Apahal entah. Sekarang diet punya pasal plus malas nak turun lunch, aku tapau beli betik je for lunch. Nak turunkan berat badan. Itu adalah penting. Nanti kalau dah sampai 55-60kg berat aku, sumpah payah gila nak turunkan berat lepas tu. Menderita la nak jogging, exercise, jumping rope pun dah boleh bergegar hostel KRM tu aku ingat. Aku selalu buat jumping rope dulu, bila dah asyik busy ni, makin malas aku nak buat jumping rope. Plus, aku jenis yang tak suka orang tengok apa aku buat. Jumping rope ni kat bilik pun boleh buat dan biasanya aku jumping rope kat bilik je, tapi bila ada roomate, cam segan pula aku nak melompat-lompat depan dia. Biasanya cik roomate aku yang jelita ni pergi jogging petang-petang, tapi sebab aku prefer jumping rope, aku malas nak follow dia jogging. Berapa banyak aku boleh buat jumping rope? 400 kali aku mampu, buat sit up 20x pun dah pancit, crunching aku dah makin tebal isi perut. Adoi... payah~

Aku nak share la rutin exercise aku sikit. (Padahal lama gila dah tak jadi rutin). Cruching ni senang, kata kawan aku, crunching senang nak kempiskan perut. Flat stomach idaman wanita kan? Crunching pun ada banyak jenis, boleh try mana-mana. Tapi kali ni, aku nak share pasal jumping rope la dulu. Boleh? Menurut sumber kat Fitness Magazine ni, 135 calories will be burnt with 10 minutes rope jumping. Kuatkan tulang at the same time. Seorang kawan yang kerja kat fitness centre ni bagitahu aku kalau nak exercise rope jumping ni eloklah kalau buat pagi-pagi, otot baru nak berkembang whatsoever yang aku tak ingat apa dia cakap aritu. Plus, rope jumping ni akan kuatkan tulang. Eloklah aku ni peminum Anlene yang setia. Tapi sejak aku asyik makan malam ni, banyak kali pulak aku skip minum Anlene. Ok, lepas ni aku minum Anlene sebelum tidur ok?

Ok, siapa pernah try krim bakar lemak tu? Err, apa namanya ya. Haa.. Mustajab, lagi apa jenama apa entah yang ada jual kat pasara yang macam-macam tu. I did. Elok memang elok, tapi dengan syarat korang kena follow up dengan exercise. Jangan nak harap dengan krim tu je. Macamana krim tu nak bakar lemak kalau korang asyik makan macam orang tak makan 3hari, then tak buat apa-apa exercise. Think logic ok? Kalau nak pakai krim tu, susulkan dengan exercise ringan macam star jump ke, sit up ke, ok lah tu.


Antara cara rope jumping yang korang boleh tengok adalah... CLICK here. Ada a few cara rope jumping dan apa kelebihan yang korang akan dapat dengan rope jumping tersebut. Aku malas nak plagiarism kan. So, aku link je ke website tu. Selamat!

Darjat dan Harta

Lama benar dah tak menulis. Banyak benda yang aku nak kongsikan, tapi tak berpeluang. Bukan tak ada masa, semua orang pun ada 24jam kan? Tapi kononnya aku ni ada banyak sangat komitmen lain. Banyak sangat aktiviti program yang menarik aku nak kongsi dengan readers out there. Especially rasanya hati aku ni dah terpaut kepada pembangunan belia, hubungan sosial, hal-hal sumber manusia dan ekonomi. Banyak benda yang aku tak tahu, sekarang dah jadi tahu. Baru rasa macam berilmu sikit diri aku ni. Bukan nak kata sekarang dah hebat, maksudnya kalau nak compare dulu dengan sekarang, baru terbuka luas sikit kepala otak aku ni dengan isu-isu yang aku kurang ambil tahu dulu kan? Kalau dulu, tak tahu macamana effort government kepada rakyatnya, sekarang boleh lah sikit-sikit. Kira kalau orang sembang-sembang tu, boleh lah aku mencelah sikit kan.

Terlalu banyak curiousity aku terhadap flow ekonomi negara ni, tapi sejak posting kat Kementerian Sumber Manusia ni, aku dapat tengok beberapa isu yang melibatkan effort kementerian ini untuk membangunkan sumber manusia sekaligus membangunkan ekonomi negara. Dimana terletaknya kaitan itu? Mana nak cari tenaga mahir kalau kita tak train dia kan? KSM la antara pihak yang bertanggungjawab untuk membangunkan tenaga-tenaga mahir ni. Jangan nak bising sangat bila ramai foreign workers kat Malaysia ni, ni semua sebab Malaysian taknak buat kerja yang foreign workers tu buat. Setuju? Angkat tangan berapa ramai yang sudi kerja kat pam minyak? Sudi kerja kat tempat basuh kereta? Kira stok dalam stor? Berapa ramai pulak yang sudi kerja jadi tukang masak? Tukang masak restoren biasa tau? Jadi penyambut tetamu hotel? Jadi orang kemas bilik kat hotel? Tak ramai kan? Sejujurnya, aku pun tak rasa macam nak kerja macam tu, ye aku faham, darah orang muda mungkin malu nak buat kerja macam tu. Lagi-lagi kalau dah ada ijazah kan? Haa.. tepuk dada sendiri ok?


Sebab tak ada orang tempatan nak buat kerja tu la yang banyak company hire ramai pekerja dari luar negara. Bukan pekerja-pekerja yang buat kerja lower level ni je yang banyak. Pekerja profesional pun berlambak-lambak dari luar negara. Setuju? Berapa ramai lecturer kat U korang tu yang dari luar negara? Berapa ramai owner company pun dari luar negara? Ya, kita perlukan ramai owner company dari luar negara, yang bermaksud mereka ada buat investment kat negara kita. Which helps our economy growth as well. Agreed? Sebab tu kita memerlukan mereka. Recently, I read about Qatar nak invest buat 7-star hotel kat Kuala Lumpur. Jalan Conlay dekat Jalan Raja Chulan. I noticed the construction had began if I'm not mistaken. Dijangka siap 2018 nanti. Siapa yang nak kerja kat hotel tu nanti kalau bukan dia akan offer the position to those yang pernah bekerja dalam industri hotel kan? Industri hotel adalah industri yang adventure, I never been in that industry sebab aku kurang keyakinan diri. Wek wekk.. Wawa sembang lebat. Itulah masalahnya, tapi kalau aku dapat offer position executive, insyaAllah, aku will try my best. Ramai yang tak tahu kerja hotel ni boleh loaded. Walaupun kau jadi seorang bellboy. Tanya kawan korang yang kerja bellboy, berapa dia dapat tips dari tourists bila dia tolong angkat beg bawak masuk lobi or bilik?

Aku nak mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan kat luar sana. Tak baik pandang rendah kat orang. Kalau nak cerita pasal darjat ni, makin panjang lebar nanti. Tak pe, yang tu, nanti aku cerita. Jangan beza-bezakan taraf kerja ni, apalah sangat kita yang hidup menumpang kat bumi Tuhan ni kan? Nauzubillah.
"Sesiapa yang keluar mencari ilmu dan ia berniat akan mengamalkan dengan ilmunya nescaya ilmunya memberi manfaat akan dia, walaupun hanya sedikit ilmu yang dicapainya." - Kata-kata Abul Hasan al Waa'izh yang dicatatkan dalam Imam An-Nabawi dalam kitab Bustanul Ariffin.
Betullah tu, attitude kita sendiri yang kita kena betulkan. Pada pendapat aku, government payah nak offer job kat lepasan ijazah ni sebab ramai yang agak-agak meninggi diri sikit la. Korang rasa macam mana? Sebab aku tengok, ada certain kawan aku yang agak-agak graduate critical course or marketable course ni angin dia dengan orang graduate macam aku ni lain macam sikit. Macam ada standard lain pula. Kita ada kelebihan masing-masing, tak lupa kekurangan juga. Jangan cepat sangat pandang rendah kat seseorang. Bak kata incik AS, "Terimalah kelebihan orang lain, dan bukannya kekurangan dia.".

Note: Selamat Hari Lahir buat sahabat dunia akhirat Siti Nurfatin Adila Abd Ghani. Kuatkan semangat. Kita ada Dia, yang mana Dia lebih tahu mana yang terbaik untuk hambaNya. InsyaAllah. Sayang kau ketat-ketat Ateng.

11 January 2013

Events and Activities

Hari ini mood kurang baik yang menarik aku untuk tulis blog. Hurmm... 2013? Bila aku menulis dalam keadaan mood yang macam ni memang aku akan mengarut. Tapi lepas apa yang aku belajar dari masa-masa dulu, control your emotion. Ya, right!

Well, disebabkan aku jarang dapat internet connection, sekarang baru aku dapat banyak peluang untuk berinternet. 3 bulan bersama Perdana Leader Fellowship so far agak bagus dan insyaAllah banyak lagi surprise yang akan datang. So, meh aku update apa aku buat few months ago with PLF.

Lawatan 4 hari ke Johor termasuklah Legoland, Nusajaya, Iskandar Corp. Juga ada dinner bersama SUK Negeri Johor yang sangat awesome meal malam tu. 

Balik dari Johor, ada sesi dialog bersama Datuk Shabery Chik yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin jemputan seperti Tan Sri Arshad Ayub, Datuk Rajmah Hussain, Tan Sri Sulaiman Mahbob dan beberapa yan lain. Bertempat di Sime Darby Convention Center, Mont Kiara. Sebelah hostel aku je pun. 

Lawatan ke IDFR (Institute Diplomacy and Foreign Relation) bersama Datuk Ku Jaafar dan beberapa duta lain. 

Hi-tea bersama 3000 belia di seluruh Malaysia turut dihadiri oleh Datuk Shabery Chik. Pada sebelah malam berpeluang menonton perlawanan pertama Malaysia-Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil. 
Final presentation di UNIRAZAK. 1 month good hospitality from UNIRAZAK. 

Visiting Maritim Malaysia, salah satu agensi yang dilawati selain MIDA dan yang lain aku tak ingat. 
Juga menghadiri Lucheon Datuk Seri Najib Razak untuk program  "International Day of Solidarity with the Palestinian People". Turut dihadiri oleh Datuk Mukhriz Mahathir dan ramai lagi. Orang yang sama aku jumpa di IDFR pun ada. Datuk Ku Jaafar antaranya. 
Basically, aku bercadang untuk update satu-satu program yang aku join. Tapi memang tak sempat nak buat. So, kalau ada masa lepas ni, aku akan bercerita.

Happy weekend folks.