30 January 2013

Berat Badak vs. Berat Badan

Agak-agak berapa berat badan korang hari ini? Berat korang 3bulan lepas berapa? 6bulan lepas? Soalan itu amatlah sensitif buat aku sekarang. 6bulan lepas kalau tak silap berat aku 49kg, itu pun aku dah kecih bagai nak runtuh bangunan Kompleks Rakan Muda tu, tahun lepas berat aku 46kg. Perghh.. time raya makcik-makcik aku tegur kenapa aku makin kurus masa tu. Aku taknak jawab, sebab jawapannya adalah jawapan sensitif. Sejak aku join program Perdana Leader Fellowship ni, berat aku naik lagi. Stress! Kena turunkan berat badan la. Tak boleh macam ni, kalau biarkan boleh jadi berat aku macam berat anak badak la aku ingat. Tapi badak comel apa? Maaflah, aku memang suka binatang. Reptilia je aku tak suka. Geli.


Berat ni soalan sensitif yang diajukan kepada kaum wanita terutamanya selain daripada soalan yang melibatkan umur. Erk! Cakap pasal umur, aku rasa macam tak percaya aku dah berumur 24 tahun ni. Adeiyai... Dapat rasa tak apa aku rasa? Dah tua lah.

Nak naikkan berat badan senang, makan, makan dan makan. Tak payah nak exercise. Aku yang kurang minum manis ni pun kemain senang badan naik. Apahal entah. Sekarang diet punya pasal plus malas nak turun lunch, aku tapau beli betik je for lunch. Nak turunkan berat badan. Itu adalah penting. Nanti kalau dah sampai 55-60kg berat aku, sumpah payah gila nak turunkan berat lepas tu. Menderita la nak jogging, exercise, jumping rope pun dah boleh bergegar hostel KRM tu aku ingat. Aku selalu buat jumping rope dulu, bila dah asyik busy ni, makin malas aku nak buat jumping rope. Plus, aku jenis yang tak suka orang tengok apa aku buat. Jumping rope ni kat bilik pun boleh buat dan biasanya aku jumping rope kat bilik je, tapi bila ada roomate, cam segan pula aku nak melompat-lompat depan dia. Biasanya cik roomate aku yang jelita ni pergi jogging petang-petang, tapi sebab aku prefer jumping rope, aku malas nak follow dia jogging. Berapa banyak aku boleh buat jumping rope? 400 kali aku mampu, buat sit up 20x pun dah pancit, crunching aku dah makin tebal isi perut. Adoi... payah~

Aku nak share la rutin exercise aku sikit. (Padahal lama gila dah tak jadi rutin). Cruching ni senang, kata kawan aku, crunching senang nak kempiskan perut. Flat stomach idaman wanita kan? Crunching pun ada banyak jenis, boleh try mana-mana. Tapi kali ni, aku nak share pasal jumping rope la dulu. Boleh? Menurut sumber kat Fitness Magazine ni, 135 calories will be burnt with 10 minutes rope jumping. Kuatkan tulang at the same time. Seorang kawan yang kerja kat fitness centre ni bagitahu aku kalau nak exercise rope jumping ni eloklah kalau buat pagi-pagi, otot baru nak berkembang whatsoever yang aku tak ingat apa dia cakap aritu. Plus, rope jumping ni akan kuatkan tulang. Eloklah aku ni peminum Anlene yang setia. Tapi sejak aku asyik makan malam ni, banyak kali pulak aku skip minum Anlene. Ok, lepas ni aku minum Anlene sebelum tidur ok?

Ok, siapa pernah try krim bakar lemak tu? Err, apa namanya ya. Haa.. Mustajab, lagi apa jenama apa entah yang ada jual kat pasara yang macam-macam tu. I did. Elok memang elok, tapi dengan syarat korang kena follow up dengan exercise. Jangan nak harap dengan krim tu je. Macamana krim tu nak bakar lemak kalau korang asyik makan macam orang tak makan 3hari, then tak buat apa-apa exercise. Think logic ok? Kalau nak pakai krim tu, susulkan dengan exercise ringan macam star jump ke, sit up ke, ok lah tu.


Antara cara rope jumping yang korang boleh tengok adalah... CLICK here. Ada a few cara rope jumping dan apa kelebihan yang korang akan dapat dengan rope jumping tersebut. Aku malas nak plagiarism kan. So, aku link je ke website tu. Selamat!

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195