30 January 2013

Darjat dan Harta

Lama benar dah tak menulis. Banyak benda yang aku nak kongsikan, tapi tak berpeluang. Bukan tak ada masa, semua orang pun ada 24jam kan? Tapi kononnya aku ni ada banyak sangat komitmen lain. Banyak sangat aktiviti program yang menarik aku nak kongsi dengan readers out there. Especially rasanya hati aku ni dah terpaut kepada pembangunan belia, hubungan sosial, hal-hal sumber manusia dan ekonomi. Banyak benda yang aku tak tahu, sekarang dah jadi tahu. Baru rasa macam berilmu sikit diri aku ni. Bukan nak kata sekarang dah hebat, maksudnya kalau nak compare dulu dengan sekarang, baru terbuka luas sikit kepala otak aku ni dengan isu-isu yang aku kurang ambil tahu dulu kan? Kalau dulu, tak tahu macamana effort government kepada rakyatnya, sekarang boleh lah sikit-sikit. Kira kalau orang sembang-sembang tu, boleh lah aku mencelah sikit kan.

Terlalu banyak curiousity aku terhadap flow ekonomi negara ni, tapi sejak posting kat Kementerian Sumber Manusia ni, aku dapat tengok beberapa isu yang melibatkan effort kementerian ini untuk membangunkan sumber manusia sekaligus membangunkan ekonomi negara. Dimana terletaknya kaitan itu? Mana nak cari tenaga mahir kalau kita tak train dia kan? KSM la antara pihak yang bertanggungjawab untuk membangunkan tenaga-tenaga mahir ni. Jangan nak bising sangat bila ramai foreign workers kat Malaysia ni, ni semua sebab Malaysian taknak buat kerja yang foreign workers tu buat. Setuju? Angkat tangan berapa ramai yang sudi kerja kat pam minyak? Sudi kerja kat tempat basuh kereta? Kira stok dalam stor? Berapa ramai pulak yang sudi kerja jadi tukang masak? Tukang masak restoren biasa tau? Jadi penyambut tetamu hotel? Jadi orang kemas bilik kat hotel? Tak ramai kan? Sejujurnya, aku pun tak rasa macam nak kerja macam tu, ye aku faham, darah orang muda mungkin malu nak buat kerja macam tu. Lagi-lagi kalau dah ada ijazah kan? Haa.. tepuk dada sendiri ok?


Sebab tak ada orang tempatan nak buat kerja tu la yang banyak company hire ramai pekerja dari luar negara. Bukan pekerja-pekerja yang buat kerja lower level ni je yang banyak. Pekerja profesional pun berlambak-lambak dari luar negara. Setuju? Berapa ramai lecturer kat U korang tu yang dari luar negara? Berapa ramai owner company pun dari luar negara? Ya, kita perlukan ramai owner company dari luar negara, yang bermaksud mereka ada buat investment kat negara kita. Which helps our economy growth as well. Agreed? Sebab tu kita memerlukan mereka. Recently, I read about Qatar nak invest buat 7-star hotel kat Kuala Lumpur. Jalan Conlay dekat Jalan Raja Chulan. I noticed the construction had began if I'm not mistaken. Dijangka siap 2018 nanti. Siapa yang nak kerja kat hotel tu nanti kalau bukan dia akan offer the position to those yang pernah bekerja dalam industri hotel kan? Industri hotel adalah industri yang adventure, I never been in that industry sebab aku kurang keyakinan diri. Wek wekk.. Wawa sembang lebat. Itulah masalahnya, tapi kalau aku dapat offer position executive, insyaAllah, aku will try my best. Ramai yang tak tahu kerja hotel ni boleh loaded. Walaupun kau jadi seorang bellboy. Tanya kawan korang yang kerja bellboy, berapa dia dapat tips dari tourists bila dia tolong angkat beg bawak masuk lobi or bilik?

Aku nak mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan kat luar sana. Tak baik pandang rendah kat orang. Kalau nak cerita pasal darjat ni, makin panjang lebar nanti. Tak pe, yang tu, nanti aku cerita. Jangan beza-bezakan taraf kerja ni, apalah sangat kita yang hidup menumpang kat bumi Tuhan ni kan? Nauzubillah.
"Sesiapa yang keluar mencari ilmu dan ia berniat akan mengamalkan dengan ilmunya nescaya ilmunya memberi manfaat akan dia, walaupun hanya sedikit ilmu yang dicapainya." - Kata-kata Abul Hasan al Waa'izh yang dicatatkan dalam Imam An-Nabawi dalam kitab Bustanul Ariffin.
Betullah tu, attitude kita sendiri yang kita kena betulkan. Pada pendapat aku, government payah nak offer job kat lepasan ijazah ni sebab ramai yang agak-agak meninggi diri sikit la. Korang rasa macam mana? Sebab aku tengok, ada certain kawan aku yang agak-agak graduate critical course or marketable course ni angin dia dengan orang graduate macam aku ni lain macam sikit. Macam ada standard lain pula. Kita ada kelebihan masing-masing, tak lupa kekurangan juga. Jangan cepat sangat pandang rendah kat seseorang. Bak kata incik AS, "Terimalah kelebihan orang lain, dan bukannya kekurangan dia.".

Note: Selamat Hari Lahir buat sahabat dunia akhirat Siti Nurfatin Adila Abd Ghani. Kuatkan semangat. Kita ada Dia, yang mana Dia lebih tahu mana yang terbaik untuk hambaNya. InsyaAllah. Sayang kau ketat-ketat Ateng.

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195