21 February 2013

Ular Kalahkan Naga

Gong Xi Fa Cai!! Eh, selamat tahun baru 2013 (padahal dah hujung bulan February). Entah apa yang aku duk busykan hari-hari, nak menceriakan blog sendiri pun malas. Apakah ertinya? Ertinya aku men-laghakan diri setiap hari dengan benda-benda yang tak berfaedah. Sejak akhir-akhir ni, (mentorship dah nak habis) menggelabah la aku buat kerja yang banyak tak siap. Projek yang terhenti kat tengah jalan sebab ada major limitation. So, aku decide untuk tukar projek baru. Aku rasa projek baru ni lagi relevan untuk belia-belia masa kini yang duk seronok melayan teknologi hari ini kan.

Well, pasal projek tu, aku tak nak hebohkan lagi pasal masih dalam merangka apa benda yang perlu, apa yang tak betul, apa yang tak betul. So, tunggu la aku siapkan semua sekali, dan sudah pasti aku akan share with my all readers out there. It getting serious once kau mula fikir pasal our generation. Pada pendapat korang, apa isu yang hot sekarang dalam kalangan belia. Ingat, definisi belia adalah orang yang berusia 15-40 tahun. Tapi kalau tak silap aku, United Nation (UN) defined youth ni umur 15-35. Aku ingat Malaysia kena betulkan Act 668 tu semula.

Ok. Berbalik kepada topik aku ular kalahkan naga tadi. Aku sebenarnya tertarik dengan iklan di AXN yang ular fight dengan naga then naga kalah. Plus, aku yang lahir pada tahun 1989 adalah antara belia yang lahir pada tahun ular. Aku ingat lagi, masa sekolah menengah dulu ada cikgu cakap budak batch aku memang kena hambat dulu, baru jadi kerja tu. Macam ular la, kena palu dulu baru nak lari. Sounds like that la. I don't remember what the exact word that she used masa tu. Tapi ada betulnya juga tu, belia sekarang semua nak kena suruh, baru buat. Ha, tu pangai orang yang lahir tahun ular la. Pasal Feng Shui ni aku tak sempat nak mendalami, Berminat juga nak find out, tapi nantilah. Ada kerja yang masih pending tunggu launching few days lagi.



So, masih belum terlewat untuk aku ucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua yang meraikannya. Teringat zaman aku internship dulu, dapat buah limau banyak. Aku suka makan limau. Ok, mengarut. Have a nice day folks. Moga ada azam baru dan dimurahkan rezeki. Gong Xi, Gong Xi!

Masa aku balik Tahun Baru aritu, aku sempat tengok movie DragonHeart. Cam style je kan kalo bela naga? Haa... again... mengarut! Tapi ada moral dalam cerita tu, which is... jangan sesekali mempersiakan apa yang orang lain korbankan untuk kita. Sekian.

1 comment:

  1. "....masa sekolah menengah dulu ada cikgu cakap budak batch aku memang kena hambat dulu, baru jadi kerja tu...."

    Tergelak baca ayat ni. Frankly speaking, i missed those good old times there. :)

    ReplyDelete

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195