03 April 2013

Fasa Hidup

Benar... dalam hidup kita memang ada banyak fasa. Dan aku aku sedang melalui fasa yang aku rasakan mencabar iaitu fasa bekerja. Masa berlalu sekejap gila, hari ini dah masuk bulan April yang menunjukkan yang aku dah lepas 6 bulan training dalam program Perdana Leader Fellowship di bawah Kementerian Belia Sukan. Rasa macam baru semalam aku duk menangis kat beranda sebab cuak nak gi Outward Bound School. Keh keh keh... Cuak sebab aku unprepared je la..

Well, aku dah start bekerja. Dimana? Di sebuah travel agency di KL. Nanti-nanti adalah aku publish apa nama travel agency tu insyaAllah. Tapi aku memilih untuk kerja di sini berdasarkan beberapa sebab. Aku tak berhajat nak kerja sampai 4-5tahun kat sini. Sementara menunggu a better opportunity dalam tourism industry ni, better aku belajar lebih banyak kat sini. InsyaAllah. Perancangan nak sambung Master tu ada, cuma belum kena dengan masa lagi. Aku nak buat research, sambil aku duk tengok macam-macam manusia melalui perspektif travel agency ni, boleh la aku tengok pattern tourist/ travel trend. Memang itu plan aku, semoga rezeki aku pada hari esok lebih baik. Amin


Apa-apa pun, bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada hari ini, dengan harapan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. 

Allahuakbar. 

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195