27 April 2013

Kami Generasi Prihatin

Nama Perdana Leader Fellowship dengan Anugerah Blogger Prihatin amat sinonim. Tanpa Perdana Leader Fellowship (PLF), tiadalah Anugerah Blogger Prihatin (ABP). ABP banyak mengangkat nama PLF sejak majlis perasmian ABP ni lewat Mac lalu. Kesedaran dan keprihatinan mengenai hal ini amat penting untuk dibangkitkan dan ditimbulkan untuk memastikan generasi kini menjadi generasi prihatin. Berapa ramai blogger yang asyik bercerita mengenai kebajikan-kebajikan atau kerja-kerja kemasyarakatan yang mereka lakukan. Tanpa Anugerah Blogger Prihatin, hal ini mungkin tidak akan timbul dan menjadi bualan dalam kalangan blogger-blogger di negara tercinta ini.

Namun, sebagai salah seorang peserta PLF yang amat suka memberi semangat kepada rakan seperjuangan saudara Redzuan Saib, terdetik untuk bersama-sama menjayakan anugerah ini dan memberikan sedikit bantuan kepada rumah kebajikan masyarakat yang selayaknya menerima bantuan daripada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka. Memetik nama Redzuan Saib, beliau amat komited dengan apa yang dilakukan olehnya dan bangun setiap awal pagi untuk menemui pengarah-pengarah atau pengurus-pengurus company untuk mendapatkan tajaan untuk program ini. Siapa kata, melalui "alam maya" ini, kita tidak mampu menabur bakti dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kami generasi kreatif tiada yang mustahil bagi kami.

Signboard rumah Persatuan Warga Emas, Klang
Seawal 10.00 pagi kami sampai di rumah kediaman warga emas ini. Kali pertama melihat keadaan rumah ini dari luar, aku dah mula risau, sebab takut dapat nak "adapt" dengan environment dalam rumah ini. Agak sukar untuk mencari dimanakah letaknya rumah ini sebab ianya memang terlindung dek semak samun pada signboard tu. Ingatkan aku sorang je yang ada feeling macam tu, rupanya kawan-kawan lain pun risau untuk menjejakkan kaki ke rumah itu.

He's excited when my friend snap his picture. 
Melihat keadaaan rumah ini, memang pilu. Kebanyakan penghuni rumah ini India dan Cina, Melayu ada sorang if I'm not mistaken. Look at the dinner table of this pakcik. Pakcik ni kehilangan kaki beliau selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Then, dia dihantar ke mari selepas tiada saudara mara yang sudi menjaga beliau. Waktu siang dia duduk di situ, makan di situ, buang air disitu. Sebelah malam pula, kalau dia rasa nak tidur di katil luar ini, dia akan tidur di situ. Mungkin tidur kat luar lebih sejuk agaknya kan?

Was involved in an accident. 
Of course, jelas.... kaki uncle ni patah sebab dia terlibat dengan kemalangan jalan raya juga. Ada orang langgar dia katanya. Secara logiknya, kaki yang dah patah sebegini memerlukan terapi dan penjagaan yang baik terutama bakteria yang mungkin terjangkit pada kaki yang luka dan besi yang baru dimasukkan ke dalam kaki beliau. Suasana di rumah orang tua ni teramatlah sunyi dan pilu. Kami pun macam tak berani nak buat aktiviti yang melibatkan mereka sangat, sebab ya, kami faham kami sudah tua dan mereka mungkin kurang sihat. Walaubagaimanapun, saya harap kedatangan kami sekurang-kurangnya dapat membuat rumah itu sedikit heboh dan ceria dengan cerita-cerita yang dikongsikan oleh mereka bersama kami.
Melihat keadaan persekitaran kawasan rumah orang tua ini, kami sedikit pilu dan risau dengan hygiene penghuni rumah ini. Baju digantung pada ampaian yang dibawahnya ada tempat makan ayam yang dibiarkan berkeliaran. Sorry, ayam dan ayam belanda. Hama berterbangan dan hinggap pada baju tu boleh menyebabkan mereka gatal-gatal badan dan penyakit-penyakit lain pada pendapat aku. Bukan persekitaran yang bagus untuk menyidai kain. Kita memerlukan cahaya matahari dan hama-hama berterbangan boleh menyebabkan penyakit lain pada pemilik pakaian tersebut. 

Tilam-tilam pula dijemut berhampiran dengan tempat menyidai kain tadi. Ayam tadi berkeliaran yang lecah air longkang yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi perhatian kami. Ya, tilam dan bantal harus dijemur untuk menghilangkan hama. Tapi bagaimana sekiranya kalau tempat menjemur tilam dan bantal itu sendiri memang menganjurkan hama yang lebih banyak membiak pada tilam tersebut. Do you have any explanation on that?

Selesai makan, mereka yang makan di ruangan beranda rumah tersebut akan membasuh bekas makanan mereka di sink bahagian luar rumah tersebut. Mereka tidak berselipar pergi membasuh bekas makanan mereka. Saya kurang pasti adakah lantai mozac itu ada dicuci setiap minggu bagi tujuan kebersihan dan kesihatan penghuni di sini. I'm really concern about their hygiene. Yes, mereka dah tua dan mereka memerlukan penjagaan yang lebih baik berbanding kita bukan?

Tidak dinafikan ada di antara mereka yang masih mempunyai ahli keluarga yang kerap mengunjung mereka pada hujung minggu dan membawa mereka keluar pada hujung minggu, tapi nisbah ahli keluarga yang berbuat demikian boleh dikatakan 1:5 agaknya. Yang lain? Anda carilah jawapan anda sendiri. Pada cerita salah seorang uncle penghuni di rumah ini, anak dia selalu datang menjenguk dia apabila hujung minggu dan bawa dia menghadiri majlis-majlis ahli keluarga lain sekiranya ada masa lapang. Anak dia tak dapat menjaga beliau sebab bekerja dan cucu pula bersekolah di sebelah siang. Maka, dia sendiri bersetuju untuk menetap di sini dan anaknya akan menziarahi, menghantar makanan pada beliau pada masa lapang. Yelah, orang tua kan... bukannya nak menyusahkan kita. Mereka tak ingin menyusahkan kita pun sebenarnya, tapi kita sebagai anak yang mengenang jasa...fikirkanlah....



Kami gemar berborak dan tanya pendapat mereka. Pada setiap renung mata itu, kami percaya ada seribu satu cerita dan perasaan yang terpendam dan tak dapat diungkapkan. Bagi kami, hanya mampu mendengar...dengan harapan mereka senang dengan komitmen kami mendengar cerita-cerita tersebut.

Tell me what do you see in their eyes, it can't be described in words kan? Ada uncle dan aunt yang dah tak dapat mendengar... dan kami hanya berbicara cuba menceriakan mereka dan sekurang-kurangnya senyuman sedikit terukir di bibir mereka, itu kepuasan kami ketika kunjungan 2jam ini berlangsung.


Kami generasi Y mungkin suka memberontak. Tapi kami juga prihatin. Kami prihatin dengan keperluan insan seperti mereka. Tujuan saya menyertai contest ini bukanlah kerana wang ringgit, cukuplah sekiranya dengan perhatian dan wang yang mungkin boleh disumbangkan kepada rumah warga emas ini untuk tujuan kebersihan dan kesihatan mereka. Pengurusan rumah ini merupakan pengurusan persendirian dan sememangnya kekurangan belanja bagi tujuan menyara makan, minum, pakai penghuni rumah ini. Semoga ada yang prihatin, hantarlah walau sekampit beras untuk membantu pengurus rumah ini yang mungkin boleh memikirkan tentang maintenance and hygiene di kemudiannya. InsyaAllah... Kita 1 Malaysia, tak kira apa bangsa, bantulah mereka yang memerlukan. Dan insyaAllah, Dia akan membantu kita dan mempermudahkan segala urusan kita sebagaimana kita mempermudahkan urusan insan lain.

#inisuarabelia #kamigenerasiprihatin

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195