18 April 2013

PTD Fasa I SMK St. John

Siapa tak tahu pasal exam PTD ye tak? Pegawai Tadbir Diplomatik. Satu kumpulan pegawai elit yang dilatih untuk bekerja dengan kerajaan untuk certain-certain task bergantung kepada performance and achievement for the particular person. Actually, PTD ni dah jadi cita-cita aku sejak aku darjah 6. Masa tu, aku baca pasal PTD ni kat salam majalah. Aku baca mengenai pengalaman seorang kadet wanita PTD yang membuatkan aku berminat untuk tahu and cuba jawatan tu. Alhamdulillah, dream comes true. Aku dapat panggilan exam PTD on 13 Mac 2013 lepas bersama lebih kurang 65,000 orang yang menduduki exam yang sama. Menurut sumber, 300 lebih sahaja yang akan direkrut ke kadet PTD. Harap untuk dapat? Of course... Tepuk dada tanya iman :P

Dari pengalaman yang aku ingin kongsikan, soalan dia aku aku suka. Contoh soalan di Seksyen A:-

Apakah tema duit syiling baru yang dikeluarkan pada tahun 2012?

Nobel apa yang diterima oleh Anwar Sadat, Henry A. Kissinger and Desmond Mpilu Tutu?

Soalan dari Seksyen B plak yang aku tersenyum nak jawab bila dia tanya soalan pasal point game dalam bola sepak. Aku rasa kalau orang yang tak tahu pasal point league ni, payah gak nak jawab tu. Soalan-soalan ni kebanyakannnya macam standard PTS darjah 3 dulu. Soalan yang menguji IQ. Ada 40 soalan, kena jawab dalam 45minit. Kira-kira 1.125 minit untuk jawab satu soalan tu. Yang penting, jangan banyak fikir, kira dan jawab je. Soalan ni a bit tricky la. So, you have to be very careful with the tricks.

Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pun sama. Jawab je, at least penuhkan 2 muka surat ke. Pemarkahan untuk esei adalah banyak (apa yang pengawas exam aku cakap). Tunjukkan yang korang ada idea dan korang boleh menyampaikan apa yang korang faham melalui penulisan. InsyaAllah.

Yakin, jangan jawab sebab suka-suka je soalan PTD ni. Bagi aku, soalan PTD ni soalan yang menguji kau berada di tahap mana. Kita ada beribu graduates ijazah sarjana muda, sarjana... we have to compete for a very limited position. May the best win. Nothing impossible and keep believe in yourself. Not for other people, but for you..yourself.

Sampel picture #sumber: internet

Menunggu result 17 Mei nanti. Kita doakan yang terbaik. Kalau ada rezeki, insyaAllah. Tapi aku ada dengar rumors, ada certain dewan exam PTD yang tak dikawal oleh pengawas. Yang mereka boleh access internet cari jawapan, bincang dengan orang sebelah. Aku? Tak payah berangan, jawab sendiri je. 

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195