03 June 2013

Doa Kalahkan Ego

Kenduri teman seperjuangan di bumi SEMSAS selama 5tahun membawa aku jejak ke bumi Terengganu. Sanggup meluangkan masa dan jarak perjalanan yang agak jauh, yang niatku adalah untuk meraikan bersama hari bahagia teman ini. Ada juga kala aku sedang bersedih, sedang berduka dulu... dia menyapa bertanya khabar, berkongsi hadis dan doa untuk terus mendapat kekuatan. Alhamdulillah, dia kini sudah bergelar isteri yang sah. Semoga hari bahagia aku menyusul nanti. Satu majlis yang sederhana membuat aku banyak benar berfikir sepanjang majlis dia. Beberapa kali aku duduk termenung dan terlalu banyak fikirkan tentang kehidupan. 

Ya, kehidupan. Kehidupan ibarat roda ini memang takkan pernah berhenti. Bagaimana seseorang itu dilahirkan dalam latar belakang keluarga yang berbeza. Namun, itu yang harus kita fahami, bagaimana cara mereka dibesarkan. Bukan untuk menuding jari dengan cara mereka dibesarkan, tapi dengan cara kita memahaminya... pasti... kita akan membantunya mahupun mengenalnya, membimbingnya malah bukan mengutuknya, mempertikaikannya. Itu sahabat, itu kawan, itu adalah teman. 

Kadangkala, puitis dikatakan jiwang. Bukankah itu anugerah? Bukan semua yang memiliki kelebihan itu. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah memahaminya, mengenalnya. Sesetengah orang hanya boleh meluahkan rasa melalui cara-cara, bait-bait yang tidak keterlaluan malah cara itu kadangkala lebih tenang, lebih mudah. 

Bicara aku kerana sudah muak dengan ego dan lagak mereka yang tidak akan pernah memahaminya. Pernah kau fikir sejenak mengapa dia jadi begitu? Aku sering begitu, dengan cara begitu, ianya lebih mudah memahami dan menerima baik buruknya. Baiknya... doakan. Buruknya... doakan. Bezanya... baiknya doalah dikekalkan dan buruknya doalah dihadiahkan hidayah olehNya. Doakanlah dia diberikan hidayah jika benar kamu tiada helah. Kerana... kita hambaNya ini perlu sentiasa berdoa, andai kita tahu dia tidak banyak berdoa...berdoalah kepadaNya supaya hidayahNya dikirimkan untuk mereka supaya banyak berdoa.

Dulu, ada sifu bercerita. Katanya... "Jangan salahkan seseorang itu kalau perangai dia tidak disenangi, kurang solat atau kurang sopan, kita kawan-kawan dia, orang-orang yang berada disekeliling dia yang kena doakan untuk dia." 
Before blaming someone, do we asked ourselves whether we are not to be blamed for anything in life?
Sejak dari saat itu, aku tak berhenti mendoakan kawan-kawan. Pengalaman lalu menjadikan aku amat memahami, sentiasa cuba memahami dan menerima. Percayalah, dengan cara memahami, kita pasti menerima. Sudah-sudahlah menuding jari terhadap kelemahan dan kesilapan, kenaifan orang lain. Jangan berhenti berdoa kerana pintu langit akan terbuka pada bila-bila masa. Kalaupun doa itu tidak dipenuhi... sabarlah... Dia sedang menguji kita, merancang yang lebih baik untuk kita. Itulah Dia... Allah Yang Maha Kuasa, Maha Adil, Maha Besar. Yakinlah... Tetaplah beriman dengan Qada' dan Qadar. 



No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195