03 June 2013

Jangan Sombong

Aku kini berusia 23 tahun 5 bulan. Mencapai tinggi 152cm dan berat yang dirahsiakan :P

Balik meraikan majlis teman seperjuangan di Terengganu. Puteri sulung abah & mak rasa nak balik je jejakkan kaki di kampung halaman. Rindu benar dengan kucing, rumput di halaman rumah. Home sweet home bukan? 

Hari Ahad balik dari kenduri jiran di kampung. Lalu kat depan rumah jiran lama sebelum berpindah ke rumah sekarang. Dulu rumah aku di tepi sungai, abah yang bermula dengan bengkel motor seawal aku dilahirkan membina rumah usang itu di tepi sungai. Mak kata aku lena je tidur waktu siang walaupun bunyi enjin motor yang menganggu. Umur setahun dua, nak sedar apa tidur. Sekitar usia 4tahun, adalah aku ingat sikit2 tentang apa yang berlaku pada waktu itu. 

Ok, balik kepada topik. Cu Nah, tu jiran aku di tebing yang kini sudah terlantar di katil rumahnya. Diserang stroke beberapa bulan lalu yang buat dia dah tak mampu nak bangun dan buat kerja-kerja rutin di rumah. Kata mak, dulu...masa di tebing... Dialah yang duk mengendong aku ke hulu hilir kalau mak nak pergi mandi di sungai, basuh baju atau mak berkursus. Dia jugalah yang mungkin pernah menyumbat botol susu dan puting susu bila aku duk menangis. Ya, aku anak sulung. Jadi anak tunggal selama 5tahun sebelum kelahiran adik no.2. Manja aku, Tuhan je la yang tahu. 

Aku juga ingat ketika aku dikejar anjing bila aku pergi kerumah dia. Cu Nah ada bela lembu masa tu kalau tak silap aku, dan anjing tu jaga lembu tu. Pernah ada satu malam aku ingat... Dalam pukul 3 pagi aku bangun sebab terdengar rumah Cu Nah bising2 sebab lembu dia kena curi. Masa tu aku umur 4 atau 5 tahun agaknya. Duduk memanjat pokok jambu and pokok ceri depan rumah dia. 

Mak cakap, pergilah melawat Cu Nah tu dah lama kan dia tak bangun. Mak pun recap semua benda yang aku cerita kat atas tu. Ada jiran aku yang ada sekali masa tu menambah... "A ah, dia yang duk selalu jaga awak masa awak kecik dulu... Baik sangat Cu Nah tu orangnya... Tak pernah mengata orang, buat buruk kat orang..." Dan ketika itulah hati aku tersentuh. Ya, mungkin sebab aku jarang benar balik ke rumah yang buat aku memang tak update hal-hal kat kampung dan saudara-mara. 

Sebelum balik, aku dan mak pun pergi rumah Cu Nah melawat dia. Cu Nah still kenal orang lagi, dia nampak je mak aku, dia terus nangis peluk mak dengan tangan kiri dia. Aku pulak, terus berlinang air mata. Cu Nah nampak aku terus dia menangis dan meraung (maybe sebab dia sebak sangat tengok aku dan aku dah besar). Aku cium tangan dia dan aku urut-urut sikit tangan dia. Tu je yang aku mampu buat. Aku bukan jenis yang pandai berborak. Aku hanya diam dan bila aku diam, banyak benar benda dalam fikiran aku. Aku melawat 5minit, tapi kesannya... sumpah seumur hidup aku ingat moment tu. 

18tahun lalu yang aku cukup mentah mengenal dunia. Segala kesukaran, kesilapan masa-masa lalu itulah yang menjadikan siapa aku kini. Doa aku, semoga Cu Nah tabah berdepan dengan ujian Tuhan ini. Allah menguji hambaNya dengan pelbagai cara, ingat... Allah menguji Nabinya dengan penyakit kulit, anak-anak yang meninggal dunia. 
Aku membesar dengan asuhan ramai orang yang baik-baik. Aku juga pernah diasuh oleh satu keluarga. Mungkin sebab aku comel sangat kot masa kecik, sebab tu orang sudi mengasuh aku. Weekkkk.. :p
Aku pernah diasuh oleh satu keluarga yang bela banyak sangat kucing. Mungkin sebab tu sampai sekarang aku sayang gila dengan kucing. One of the family members kerja dengan abah masa tu, so... aku selalu nak ikut dia balik lepas dia kerja sebab nak main kucing. Masa akak tu nak kawen few years ago... Mak recap benda yang sama suruh aku datang wedding dia...sebab dulu memang dia yang jaga aku. Ya, mak mengajar aku supaya mengenang jasa...dan aku sentiasa mengenang jasa mereka yang membesarkan aku...apatah lagi mak yang melahirkan aku dan abah yang bekerja keras untuk membesarkan aku. Selamat Hari Bapa, Abah...

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195