24 January 2014

Carta Hantaran Pilihan

Bila tengok traffic audience, ramai betul orang buat carian bertunang atau berkahwin. Since, my wedding dah terasa bahangnya, aku pun buat banyak blogwalking. Jumpa banyak majlis perkahwinan yang cantik-cantik, pakej sekali dengan hantaran yang indah-indah dan pelamin yang serba sederhana. 

Impian perkahwinan aku tak banyak, aku hanya inginkan majlis nikah aku dihadiri oleh semua orang yang aku sayang, terutama mak, abah, umi, pakcik dan adik beradik tersayang. Even adik ada 2 orang je (aku sulung) nak tengok semua keluarga aku berada di majlis istimewa itu. 

Majlis Nikah La Dolce Izatie menarik perhatian aku. Impian aku memang beginilah... Majlis yang sederhana tapi semua orang ada with their beautiful attires and dresses. Aku yakin pelamin aku nanti tenggelam juga kalau dah ramai-ramai tu. Yang penting majlis akad nikah, hantaran pada masa ni mesti kena buat lighting yang cantik. Bukan nak perhatian bila ada hantaran dan pelamin semua tu, tapi aku buat semua tu untuk kenang-kenangan diri sendiri.  

HANTARAN
Hantaran dari La Dolce Izatie pun sangat nice, aku suka bunga (sejak bila aku tak tahu). So, himpunan bunga-bunga yang cantik mesti kena ada on my dulang, insyaAllah. Kalau buat hantaran guna bunga tisu pun cantik sekarang. 

Selain itu, hantaran dari Arma Couture sangat nice, termasuk Zaifie Zainal is very talented to do hiasan hantaran dan pelamin. Ni semua cost dia jangan tanya aku, I won't afford to have all these. Tapi Arma Couture boleh tengok kat website dia, ada list harga dalam tu. 

Bunga sekeliling memang favorite aku. 
Another beautiful creation from Arma Couture
Gubah by Siti Zainal
Hantaran sekarang banyak yang guna fresh flower, so far yang aku survey, harga bunga artificial lebih mahal daripada fresh flower. Tapi gigih sikit fresh flower ni ramai orang yang decorate bunga sekeliling hantaran memakan bilangan bunga yang lebih banyak. Kalau nak guna bunga aritificial mahal dan boleh recycle nanti semula kan?  

Hantaran Qaseh kalau tak silap
BUNGA ARTIFICIAL
  • Boleh guna semula untuk buat decoration rumah atau bilik.
  • Kalau nak bunga yang cantik, harganya lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan fresh flowers. 
  • Boleh beli awal dan boleh decorate awal, nanti tak lah kelam kabut nak buat decoration. 
  • Effect gambar yang biasa (depend pada photographer)
  • Sila jaga budget anda. =)
BUNGA FRESH
  • Guna sekali je, tak boleh nak guna banyak kali.
  • Harga yang lebih rendah. 
  • Mungkin rushing sikit nak pergi beli bunga dan buat decoration. Nak memastikan bunga tak layu semasa hari majlis. 
  • Effect pada gambar yang memang cantik. Puas hati. 
  • Sila jaga budget anda. =)
Aku pernah survey harga bunga di Floristika, Bangsar. Ada bunga kesukaan aku, confirm bunga itu jadi pilihan hati untuk handbouquet. Untuk hantaran, bunga tu terlalu mahal untuk dibeli dalam kuantiti yang banyak. Walau bagaimanapun, bunga ni elemen penting untuk menjadikan majlis kita itu indah. 

Bila lagi aku akan dikelilingi oleh bunga kalau bukan sekarang? 

23 January 2014

Sekeping Hati

Macam biasa, ada je incident baru berlaku masa nak pergi kerja. Naik STAR LRT memang berbeza kalau naik PUTRA LRT kan... Tapi aku naik PUTRA LRT dari stesen Universiti ke stesen Dang Wangi every morning. Kalau naik tambang LRT, agak menjengkelkanlah sebab aku memang menggunakan public transport ni. Bahagia kan kalau tak payah drive pergi kerja, just naik public transport? Drive kat KL ni always a bad idea to me unless nak keluar with purpose. Rindu nak naik motor pusing KL malam-malam, never get a chance to do it anymore.

Pagi ni, satu lagi conversation yang aku terdengar ketika this good looking guy naik train from KL Sentral. He started the conversation with his friend pasal psikologi. Bila sebut pasal psikologi, aku memang berminat. So, I keep listening to him. Well, he's a Malay guy and his friend is Chinese. He talks about how our brain doing decision under pressure. Some of his words is about a research done apabila seorang yang diberi pilihan samada memilih buah epal atau coklat. Of course dia akan memilih buah sebab minda dia ketika itu yang sedang santai, no pressure, no decision is made. Dan ketika dia under pressure, diberi pilihan buah atau coklat, coklat yang menjadi pilihan. I don't know how to explain this, but do you get me bila minda kita santai dan stress, keputusan yang dibuat akan berbeza.

He also mentioned about self control, how we control ourselves yang membentuk attitude dan tingkah laku kita. It's all about our brain, kita memang kena control apa yang kita fikir dan seterusnya memberi impak kepada sebarang keputusan atau keadaan kita pada sesuatu masa tersebut.


Sorry sebab aku terdengar perbualan ni di tengah-tengah dan aku meninggalkan conversation tu di tengah-tengah juga. I don't know what exactly he is talking about. Tapi minda aku yang buat berfikir a lot more about his theory. Itu teori apa? Tapi ingat teori Islam yang mengajar kita tentang sekeping hati yang memberi kesan kepada seluruh adab dan perbuatan kita.
Rasulullah S.A.W bersabda "Ingatlah, dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi, bila rosak, nescaya akan rosak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama qolbu." - HR Bukhari dan Muslim
Kalau tak salah, setiap dosa yang kita buat, akan ada satu bintik hitam pada hati kita. Kalau banyak dosa, banyaklah bintik hitam tu dalam hati kita. Kita yang kena jaga hati kita like I always said. Takut kalau banyak sangat bintik hitam pada hati kita, nanti hati tu mati. Wallahualam...

While driving to the LRT station, I listened to the news. Bercakap tentang Wisma Putra terpaksa mengambil satu keputusan sukar dan meletakkan kes ni sebagai kes khas. Maaf, aku tak dengar berita secara detail, cari dalam internet pun masih lagi belum update tentang berita baru ni. This news mengingatkan aku semasa rancak bersama Perdana Leader Fellowship tahun lepas dan ada banyak sesi dengan duta-duta negara termasuk Datuk Rajmah dan wakil wakil negara aku aku temui semasa di IDFR (Institute of Diplomacy and Foreign Relation). Bagaimana ketika mereka terpaksa membuat keputusan sukar walaupun mereka dalam keadaan tertekan, kurang tidur dan sebagainya.

22 January 2014

Handbouquet Idaman

Pernah terfikir untuk bunga tangan daripada luar negara tak? Tapi bunga apa? Bunga Amazon? Atau bunga Rafflesia? Just kidding... For me, mana-mana bunga pun cantik. Bunga kertas pun cantik kan? Especially warna pink and purple. Tak ramai bride tak berani untuk jadikan bunga matahari sebagai bunga tangan dan bunga tema utama untuk majlis perkahwinan. At first, memang plan aku nak buat bunga matahari untuk bunga tangan dan centerpiece.


Cantik? Personally, memang cantik. Sunflower ni kalau digabungkan dengan warna putih sebagai warna asas dan accompanied by warna coklat, sangat cantik. Memang plan aku nak buat warna cantik ni, bunga matahari ni bagi aku seolah-olah membawa satu maksud sinaran atau cahaya. Tapi tu hanya dari pandangan aku la. Sekiranya wedding dress warna putih atau hijau emerald, sangat sesuai membawa bunga matahari sebagai bunga utama/bunga tangan. 

Warna kuning ni menyerlah, dan certain bunga matahari ada yang berwarna oren gelap. Tapi warna cantik dan sesuai adalah warna kuning seperti gambar disebelah ni. Setuju? Balutan pada tangkai bunga boleh dibalut dengan warna peach/beige. I wish I have enough courage to choose this flower as my theme flower. Kalau ada B2B yang berminat nak buat sunflower as your theme flower, let me know please. Nak share kegembiraan itu bersama-sama. InsyaAllah.... Other than that, sunflower as the centerpiece bersama alas meja berwarna putih pun sangat cantik. Ingat, warna tema jangan terlalu banyak. Rasa orang yang suka warna ni adalah those yang suka natural/garden concept. Kita dah terlalu biasa dengan bunga ros, carnation, lily atau daisi untuk bunga tangan. Dare to take this challenge? Aku awal-awal dah kena condemn sebab nak buat bunga matahari. Sedih... tak ada orang nak sokong pendapat aku. Haha, aku memang suka benda yang rare tapi tak berani. Heee..maafkan saya. =)
Masa aku duk buat tengok review orang bertunang/nikah/resepsi, ada macam-macam idea. Sampai satu tahap stress sebab tak tahu nak pilih mana satu. Sebab rasa nak buat semua, semua pun cantik kan? So, please a wise decision before you start to buy any single item for your wedding. Jangan nanti, dah beli barang-barang... lepas tu rasa berkenan dengan yang lain then you change your previous theme. Membazir yaa.. Ingat, membazir tu amalan syaitan... Kita nak kahwin ni macam-macam dugaan, termasuklah dugaan membuat pilihan. Bila dah overspend beli benda yang bukan keperluan, mungkin budget kamu akan lack sikit --> bila budget dah lari --> tak cukup duit --> tension sebab duit tak cukup --> bergaduh dengan pasangan/parent --> nak tangguh la apa la.. Careful ok? Pandai-pandai merancang hari bahagia anda especially duit. 


Betul duit tu boleh cari, tapi jangan nanti, sebab duit, semua benda akan jadi kelam kabut. Kita perlukan duit untuk membuat persiapan, tapi jangan lupa persiapan mental anda selepas menjadi seorang isteri nanti. InsyaAllah. 

Gabungan bunga kena betul, ikut warna tema... Buat research warna apa yang sesuai, bukan bilik je yang kena ada tone color yang sesuai. Bunga tangan pun kena ada  tone color. Personally, aku suka sejenis bunga saja attach dengan mana-mana jenis daun yang sesuai. Aku tak suka sangat kalau nak gabung-gabung banyak warna or even banyak bunga dalam satu bunga tangan. Terpulang kepada preferences masing-masing. Biar cantik dipandang... 

Sorry, aku memang suka benda yang simple and nampak soft. Less is more remember? Calla lily ni nampak sangat romantik dan soft. Tapi aku tak suka kalau bunga ni jadi bunga tangan, sebab shape dia kurang memberi kepuasan kepada diri aku. Tapi kalau ada orang buat, suka tengok. Bukankah bunga ni sangat cantik kalau buat decoration atas meja makan pengantin atau centerpiece atas meja makan tetamu? Gabungan warna putih dan hijau mengikut tone warna (White -> Off White -> Cream -> Soft Green) yang sangat indah dipandang.
Seterusnya...


Tell me who doesn't like this flower? Rugi.. sebab bunga Hydrangea adalah sangat cantik. Setuju? Gabungan warna yang sangat soft dan menambat hati adinda. Bunga ni kalau buat bunga tangan pun cantik, dan rare. Tak rare pun zaman 2014 ni buat macam-macam bunga pada bunga tangan atau bungan hantaran. Nothing is impossible. Tapi bunga ni mahal kalau nak beli yang artificial (berkualiti and looks real), satu jambak paling murah aku jumpa dekat Semua House RM18, kalau nak puas hati beli lah kat Sogo (RM28 sejambak) atau dikedai decoration macam SSF, IKEA atau kedai bunga. Ada yang tahu harga Hydrangea di kedai Balakong, Nilai? Mind to share?

Bunga pilihan hati saya? Yang pastinya bukan bunga mutiara atau bunga artificial yang ada kelip-kelip tu. Mungkin anda tahu kalau anda pengikut setia blog saya. =) 

21 January 2014

Stay Positive

I woke up this morning with a very mixed feeling. Dreaming about someone that I used to love him is not a good start for today. I am so quiet lately, thinking about a lot of thing especially my wedding.
Orang takkan berhenti bercakap. Setiap insan disekeliling kita membawa watak masing-masing samada menguntungkan kita, merugikan kita, membuat kita menangis ataupun tersenyum. Tapi semua terpulang kepada kita, nak menerimanya sebagai satu cabaran ataupun hukuman kepada diri sendiri. Watak-watak orang disekeliling aku inilah yang membuat aku terjatuh tapi aku masih boleh mendongak ke langit dan memohon kekuatan dariNya.
"I had to develop the mentality and stay positive about making my comeback."
Pagi ini, melangkah ke dalam STAR LRT stesen Universiti, I can't stop thinking about a word from a friend. The single word came out from her mouth make me unable to sleep well last night. Ketika aku mula membuka Al Mathurat membaca Doa Pagi 1, terdengar satu suara lelaki lewat 30-an berborak dengan seorang lelaki awal 20-an.
The conversation were started with PTPTN issue. I don't remember exactly his words, but it does sound like... - Belajar buat pinjaman, tapi kena bayar balik with interest, kerja 10tahun pun still kena bayar pinjaman belajar tu. Pakcik yang concern tu bertanya pada syabab tu, berapa kena bayar PTPTN bla bla bla. Dia juga ada bercakap tentang realiti kehidupan anak muda zaman sekarang yang memang hanya ditentukan oleh aliran yang membebankan. Bila nak maju kalau hidup kita asyik dibelenggu hutang belajar yang tak habis-habis dan sebagainya. Minggu lepas juga aku menerima panggilan pakcik a.k.a penjamin untuk pinjaman belajar Yayasan Pahang. Aku tak menerima surat minta bayaran balik dari Yayasan Pahang. Tiba-tiba disergah oleh pakcik disuruh bayar pinjaman tu sebab dia dah dapat surat merah. Tapi aku sampai hari ni tak dapat surat merah ke biru ke hijau ke. Kusut... memang kusut.

Sambung kepada perbualan pakcik dalam tren tadi, payah nak jumpa orang ada akal yang faham realiti hidup macam ni. Few months ago owner rumah ada datang rumah sebab nak explain why he decided to increase the rental start from January. Luckily dia ni jenis yang very understanding and he shared a lot of thing with us that night. Walaupun sewa rumah tetap naik, tapi bagi aku rate tu still murah compared to other condominium (yet flat lagi mahal daripada sewa rumah aku sekarang) kat area Pantai Hillpark ni. Now I started to think about house, new cars and of course kids' future.
Stay optimistic and positive bukan senang in this "kangkung" world. Dan aku tak nafikan aku sebenarnya takut untuk menanggung risiko dan keluar dari zon selesa aku even aku tau kalau aku keluar from this comfort zone, I can have a better life. But I have my own reason which I have to stay in this zone to avoid unwanted things to happen. I am done with negative thinking even it hurts me so much. That's why aku lebih suka tunduk dan mendengar...
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhad disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri , dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar. - Taubah (9:129)
I would like to share about the most important principle in my daily life - positive, jangan jadi batu api, listen and observe. Pandai-pandai tapis apa yang aku dengar atau tengok, digest dan cari mana elemen yang aku boleh ambil untuk dijadikan iktibar. Sounds like aku makan hati? Yes, I did, because I have listen a lot and I observe a lot and yang paling penting... I don't care. Ingat... TAKKAN ada orang yang akan ambil tahu atau ambil berat pasal diri aku selain daripada diri sendiri. Pesanan aku sama - JAGA HATI. 
Dugaan tetap dugaan, dugaan untuk mendirikan masjid ni memang hebat. Benda baik, mestilah syaitan nak berusaha keras menyampaikan "nasihat hebat" kepada orang disekeliling kita supaya buat kita tak kuat. So, stay strong folks. 

08 January 2014

Tips Memilih Photographer & Videographer

Percaya tak photography and videography/cinematography adalah antara elemen yang paling penting untuk majlis bersejarah kita. To be honest, aku memang sangat suka photography, aku suka shot-shot yang cantik dan antara gambar yang paling meruntun jiwa adalah gambar-gambar ciptaan Tuhan yakni binatang atau tumbuh-tumbuhan yang hijau, gunung ganang, itu adalah bukti kebesaranNya. Allahuakbar.

Aku pernah bercita-cita nak jadi professional photographer ala ala Saiful Nang yang sudah menempah nama di merata tempat. Pendapat dia yang dia selalu share kat Facebook pun not bad, dah pun mengeluarkan pameran baru-baru ni di Muzium di Kelantan semasa beliau mengerjakan umrah. Gambar hasil tangan beliau memang perghhhh! Wedding yang Saiful Nang cover adalah gambar Pre Wedding Scha & Awal. Hasilnya memang lumayan. I really love the picture and editting skills.

Gambar yang dikecilkan resolusinya dan of course bukan gambar original dari Candid Syndrome
1. Harga
Of course lah harga, kita ada budget kita and please jangan terlebih budget. Photography and videography ni kita akan dapat soft copy dari vendor which is kita boleh print gambar tu next time kalau kita nak. Aku dulu at first plan nak amek photography sahaja, pre wedding memang out of my plan, post wedding ada dalam plan. Kata Afiq, hari kenduri tu kalau boleh dia tak nak ada outdoor shoot sebab dia nak layan tetamu kalau-kalau ada tetamu yang sampai lewat, nanti orang datang kenduri tak ada orang nak entertain guest yang sampai lewat kalau dia pergi outdoor shoot.

So, I come out with a plan post wedding. Sewa baju, pergi photoshoot kat mana-mana macam Golden Palm Resort ke Cameron Highlands ke sekali dengan honeymoon. So, ada banyak masa untuk photoshoot. For those yang nak jimat duit or even ada extra money, boleh allocate masa lain untuk post wedding kat mana-mana. I mean kalau nak jimat, post wedding boleh buat once you have the budget for it but sekarang pun most of the vendor offer free outdoor kan? At last, aku proceed je dengan plan outdoor shoot selepas event resepsi since majlis habis awal biasanya. InsyaAllah

2. Kualiti
Kualiti ni very subjective to talk about. Depend pada keinginan dan selera anda. Tepuk dada tanya selera. Ada certain photographer yang pandai ambil angle yang cantik, gunakan zoom dan lighting yang sesuai. Aku takkan elaborate in detail la sebab I'm not a pro. Tengoklah gambar yang macamana korang suka, angel yang macamana korang suka. Plus, sebenarnya korang boleh bincang dengan photographer korang nak gambar/angle yang macamana korang inginkan. Biasanya photographer ni sempoi and sporting orangnya, yang penting jagalah kebajikan mereka, make sure dorang makan before pergi shooting outdoor OK?

Antara videographer yang hebat aku duk usha is Peveyhack. Tapi rate dia agak mahal and I can't afford the cost, plus... kalau dah ada kawan yang boleh tolong dan kita berpuas hati dengan kualiti dia, why not? Rezeki sayalah tu agaknya. Alhamdulillah, but still, Afiq kurang bersetuju bila aku nak cakap hire videographer, tapi lepas dipujuk, diexplain, dia OK je as long as I'm happy. Kejam? Taklah, saya boleh dibawa berbincang. Tak ada masalah.


3. Complimentary & Additional Charges
Tengok apa complimentary yang mereka offer. Ada certain vendor yang offer complimentary custom album additional 20-30 pages. Highlight video 7-10 minit pun dah cukup lama sebenarnya, lama-lama nanti takut jenuh nak tengok. Pendrive untuk softcopy gambar/video. Macam aku, footage video memang aku akan request dari videopgrapher sebab aku dalam kategori rajin juga buat editting video ni. Kalau rajin, nak mengimbau semua kenangan, memang aku tengok je keseluruhan footage yang ada. Ada certain photographer/videographer yang request sediakan tempat tinggal dan of course kita kena bayar travelling expenses dorang kan? Tapi make sure semua tu reasonable la. Jangan pula travel dari KL ke Temerloh sampai RM300, tu dah dikira mahal aku rasa.

4. Senior vs. Junior
I'm not sure macamana dorang differentiate senior dan junior ni. Maybe berdasarkan berapa lama pengalaman mereka dalam bidang mereka ni. Whatever it is, aku yang fussy bab-bab gambar dan video ni memang kalau boleh nak lebih dari seorang untuk kedua-duanya. Sebab seorang videographer akan cover satu angle sahaja. Tapi kalau ada dua atau lebih videographer, dia akan ambil video/photo dari beberapa angle, semasa editting...lagi senang dan lagi cantik menggabungkan semuanya. Kalau boleh negotiate la untuk dapatkan lebih dari seorang, sekiranya vendor boleh explain dan convince korang untuk "apa yang mereka mampu offer" dengan kualiti yang not bad. Pertimbangkanlah, jangan jadi fussy sangat, tak baik buat orang menyampah kat kita. Kita mudahkan urusan orang, insyaAllah Dia akan mudahkan urusan kita juga.


Reminder
Make sure korang ada sign agreement dengan vendor ni in case dorang hilang, tak datang semasa event atau perkara-perkara yang tidak dijangka. Banyak jugak perkara ni berlaku, make sure you have your precaution steps ok. Reminder for myself jugak!

Mine
Murah kalau nak dibandingkan dengan vendor yang ada kat Klang Valley ni. Of course photographer dari Temerloh and cuba stalk hasil kerja dia eh. Yusuf Yamin Photography mungkin berbaloi untuk anda.
Manakala aku punya videographer is the one yang aku kenal masa program Travel Blogger to Travel Vlogger #TB2TV (boleh try search kat YouTube) anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia. So, this videographer antara yang paling rapat dengan aku semasa 4 hari program. Dan alhamdulillah, dia jugaklah yang terpilih antara 40orang peserta pada hari tersebut untuk program 10 hari di London dan kontrak 3 bulan bersama Snap Production.

07 January 2014

Pameran Pengantin 2014 & Brown Paper Bag

Alhamdulillah, Pameran Pengantin 2014 dah pun berlalu. Diadakan di PWTC ruang legar, at the same time ada Home Fair jugak di tingkat atas. Aku pergi dengan Kak Nad, housemate yang baik dan comel. Disebabkan dia pun bakal berkahwin pada bulan Ogos nanti (InsyaAllah), dia pun nak pergi survey barang-barang kahwin.

Not bad promotion yang ada kat Pameran Pengantin ni, tapi I'm not really interested for my personal reason. Pesan aku, kenalah bijak merancang. Benar, memang macam-macam dalam kepala otak bila nak kahwin ni. So, pada hari Sabtu tu, sebelum ke Pameran Pengantin, aku singgah kedai Wakim di Jalan Raja Bot, Kampung Baru. So, pada kawan-kawan yang cuba nak jimat kos dengan pelbagai idea baru dan kreatif, boleh try pergi Kedai Wakim ni, highly recommended to all B2B ok. Try tengok blog Wakim. Ada banyak benda kreatif boleh buat kalau kita rajin dan niat nak berjimat cermat.


















Ni antara idea yang ada, kalau nak tengok banyak lagi, google ok? Mesti korang akan dapat idea untuk something yang kreatif dan inovatif, yet menjimatkan. Kata Afiq, dia lebih prefer benda-benda yang dibuat sendiri, sebab nilai estetikanya ada dan kita mesti akan lebih menghargai benda tu. Dia memang tradisional sket orangnya. Yang penting korang happy dan puas hati dengan design korang. OK? Anyway, haritu masa aku pergi Pameran Pengantin, ada jugak vendor yang offer print special design atas design paper ni. Ixxora Bazar offer few design with reasonable price.


Kalau design black ink ni pun ada Ixorra bazar buat. Nice gak, Ixorra ada banyak option and ada bagi pakej sekali dengan marshmallow. 

At last, pilihlah mana yang anda suka yang lebih menjimatkan kos, masa dan space. Design macam ni cantik memang cantik, tapi personally, bagi aku tak berbaloi unless you want to feel "self esteem" or something like that. Afiq ajar aku untuk rasa self esteem itu dengan cara lain, nak tahu? 

Jawapannya...adalah dengan bersyukur. Wallahualam.