24 January 2014

Carta Hantaran Pilihan

Bila tengok traffic audience, ramai betul orang buat carian bertunang atau berkahwin. Since, my wedding dah terasa bahangnya, aku pun buat banyak blogwalking. Jumpa banyak majlis perkahwinan yang cantik-cantik, pakej sekali dengan hantaran yang indah-indah dan pelamin yang serba sederhana. 

Impian perkahwinan aku tak banyak, aku hanya inginkan majlis nikah aku dihadiri oleh semua orang yang aku sayang, terutama mak, abah, umi, pakcik dan adik beradik tersayang. Even adik ada 2 orang je (aku sulung) nak tengok semua keluarga aku berada di majlis istimewa itu. 

Majlis Nikah La Dolce Izatie menarik perhatian aku. Impian aku memang beginilah... Majlis yang sederhana tapi semua orang ada with their beautiful attires and dresses. Aku yakin pelamin aku nanti tenggelam juga kalau dah ramai-ramai tu. Yang penting majlis akad nikah, hantaran pada masa ni mesti kena buat lighting yang cantik. Bukan nak perhatian bila ada hantaran dan pelamin semua tu, tapi aku buat semua tu untuk kenang-kenangan diri sendiri.  

HANTARAN
Hantaran dari La Dolce Izatie pun sangat nice, aku suka bunga (sejak bila aku tak tahu). So, himpunan bunga-bunga yang cantik mesti kena ada on my dulang, insyaAllah. Kalau buat hantaran guna bunga tisu pun cantik sekarang. 

Selain itu, hantaran dari Arma Couture sangat nice, termasuk Zaifie Zainal is very talented to do hiasan hantaran dan pelamin. Ni semua cost dia jangan tanya aku, I won't afford to have all these. Tapi Arma Couture boleh tengok kat website dia, ada list harga dalam tu. 

Bunga sekeliling memang favorite aku. 
Another beautiful creation from Arma Couture
Gubah by Siti Zainal
Hantaran sekarang banyak yang guna fresh flower, so far yang aku survey, harga bunga artificial lebih mahal daripada fresh flower. Tapi gigih sikit fresh flower ni ramai orang yang decorate bunga sekeliling hantaran memakan bilangan bunga yang lebih banyak. Kalau nak guna bunga aritificial mahal dan boleh recycle nanti semula kan?  

Hantaran Qaseh kalau tak silap
BUNGA ARTIFICIAL
  • Boleh guna semula untuk buat decoration rumah atau bilik.
  • Kalau nak bunga yang cantik, harganya lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan fresh flowers. 
  • Boleh beli awal dan boleh decorate awal, nanti tak lah kelam kabut nak buat decoration. 
  • Effect gambar yang biasa (depend pada photographer)
  • Sila jaga budget anda. =)
BUNGA FRESH
  • Guna sekali je, tak boleh nak guna banyak kali.
  • Harga yang lebih rendah. 
  • Mungkin rushing sikit nak pergi beli bunga dan buat decoration. Nak memastikan bunga tak layu semasa hari majlis. 
  • Effect pada gambar yang memang cantik. Puas hati. 
  • Sila jaga budget anda. =)
Aku pernah survey harga bunga di Floristika, Bangsar. Ada bunga kesukaan aku, confirm bunga itu jadi pilihan hati untuk handbouquet. Untuk hantaran, bunga tu terlalu mahal untuk dibeli dalam kuantiti yang banyak. Walau bagaimanapun, bunga ni elemen penting untuk menjadikan majlis kita itu indah. 

Bila lagi aku akan dikelilingi oleh bunga kalau bukan sekarang? 

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195