22 January 2014

Handbouquet Idaman

Pernah terfikir untuk bunga tangan daripada luar negara tak? Tapi bunga apa? Bunga Amazon? Atau bunga Rafflesia? Just kidding... For me, mana-mana bunga pun cantik. Bunga kertas pun cantik kan? Especially warna pink and purple. Tak ramai bride tak berani untuk jadikan bunga matahari sebagai bunga tangan dan bunga tema utama untuk majlis perkahwinan. At first, memang plan aku nak buat bunga matahari untuk bunga tangan dan centerpiece.


Cantik? Personally, memang cantik. Sunflower ni kalau digabungkan dengan warna putih sebagai warna asas dan accompanied by warna coklat, sangat cantik. Memang plan aku nak buat warna cantik ni, bunga matahari ni bagi aku seolah-olah membawa satu maksud sinaran atau cahaya. Tapi tu hanya dari pandangan aku la. Sekiranya wedding dress warna putih atau hijau emerald, sangat sesuai membawa bunga matahari sebagai bunga utama/bunga tangan. 

Warna kuning ni menyerlah, dan certain bunga matahari ada yang berwarna oren gelap. Tapi warna cantik dan sesuai adalah warna kuning seperti gambar disebelah ni. Setuju? Balutan pada tangkai bunga boleh dibalut dengan warna peach/beige. I wish I have enough courage to choose this flower as my theme flower. Kalau ada B2B yang berminat nak buat sunflower as your theme flower, let me know please. Nak share kegembiraan itu bersama-sama. InsyaAllah.... Other than that, sunflower as the centerpiece bersama alas meja berwarna putih pun sangat cantik. Ingat, warna tema jangan terlalu banyak. Rasa orang yang suka warna ni adalah those yang suka natural/garden concept. Kita dah terlalu biasa dengan bunga ros, carnation, lily atau daisi untuk bunga tangan. Dare to take this challenge? Aku awal-awal dah kena condemn sebab nak buat bunga matahari. Sedih... tak ada orang nak sokong pendapat aku. Haha, aku memang suka benda yang rare tapi tak berani. Heee..maafkan saya. =)
Masa aku duk buat tengok review orang bertunang/nikah/resepsi, ada macam-macam idea. Sampai satu tahap stress sebab tak tahu nak pilih mana satu. Sebab rasa nak buat semua, semua pun cantik kan? So, please a wise decision before you start to buy any single item for your wedding. Jangan nanti, dah beli barang-barang... lepas tu rasa berkenan dengan yang lain then you change your previous theme. Membazir yaa.. Ingat, membazir tu amalan syaitan... Kita nak kahwin ni macam-macam dugaan, termasuklah dugaan membuat pilihan. Bila dah overspend beli benda yang bukan keperluan, mungkin budget kamu akan lack sikit --> bila budget dah lari --> tak cukup duit --> tension sebab duit tak cukup --> bergaduh dengan pasangan/parent --> nak tangguh la apa la.. Careful ok? Pandai-pandai merancang hari bahagia anda especially duit. 


Betul duit tu boleh cari, tapi jangan nanti, sebab duit, semua benda akan jadi kelam kabut. Kita perlukan duit untuk membuat persiapan, tapi jangan lupa persiapan mental anda selepas menjadi seorang isteri nanti. InsyaAllah. 

Gabungan bunga kena betul, ikut warna tema... Buat research warna apa yang sesuai, bukan bilik je yang kena ada tone color yang sesuai. Bunga tangan pun kena ada  tone color. Personally, aku suka sejenis bunga saja attach dengan mana-mana jenis daun yang sesuai. Aku tak suka sangat kalau nak gabung-gabung banyak warna or even banyak bunga dalam satu bunga tangan. Terpulang kepada preferences masing-masing. Biar cantik dipandang... 

Sorry, aku memang suka benda yang simple and nampak soft. Less is more remember? Calla lily ni nampak sangat romantik dan soft. Tapi aku tak suka kalau bunga ni jadi bunga tangan, sebab shape dia kurang memberi kepuasan kepada diri aku. Tapi kalau ada orang buat, suka tengok. Bukankah bunga ni sangat cantik kalau buat decoration atas meja makan pengantin atau centerpiece atas meja makan tetamu? Gabungan warna putih dan hijau mengikut tone warna (White -> Off White -> Cream -> Soft Green) yang sangat indah dipandang.
Seterusnya...


Tell me who doesn't like this flower? Rugi.. sebab bunga Hydrangea adalah sangat cantik. Setuju? Gabungan warna yang sangat soft dan menambat hati adinda. Bunga ni kalau buat bunga tangan pun cantik, dan rare. Tak rare pun zaman 2014 ni buat macam-macam bunga pada bunga tangan atau bungan hantaran. Nothing is impossible. Tapi bunga ni mahal kalau nak beli yang artificial (berkualiti and looks real), satu jambak paling murah aku jumpa dekat Semua House RM18, kalau nak puas hati beli lah kat Sogo (RM28 sejambak) atau dikedai decoration macam SSF, IKEA atau kedai bunga. Ada yang tahu harga Hydrangea di kedai Balakong, Nilai? Mind to share?

Bunga pilihan hati saya? Yang pastinya bukan bunga mutiara atau bunga artificial yang ada kelip-kelip tu. Mungkin anda tahu kalau anda pengikut setia blog saya. =) 

3 comments:

  1. cantiknya bunga matahari buat hand bouquet!nak try tapi a bit pricey compare to roses.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slightly higher agaknyaa...sebab tak ramai orang jual sunflower fresh.. tanam sendiri, dia berbunga sekali je kan..

      Delete
  2. banyak idea wedding i dpat dari blog u. thanks alotsss!

    ReplyDelete

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195