07 January 2014

Pameran Pengantin 2014 & Brown Paper Bag

Alhamdulillah, Pameran Pengantin 2014 dah pun berlalu. Diadakan di PWTC ruang legar, at the same time ada Home Fair jugak di tingkat atas. Aku pergi dengan Kak Nad, housemate yang baik dan comel. Disebabkan dia pun bakal berkahwin pada bulan Ogos nanti (InsyaAllah), dia pun nak pergi survey barang-barang kahwin.

Not bad promotion yang ada kat Pameran Pengantin ni, tapi I'm not really interested for my personal reason. Pesan aku, kenalah bijak merancang. Benar, memang macam-macam dalam kepala otak bila nak kahwin ni. So, pada hari Sabtu tu, sebelum ke Pameran Pengantin, aku singgah kedai Wakim di Jalan Raja Bot, Kampung Baru. So, pada kawan-kawan yang cuba nak jimat kos dengan pelbagai idea baru dan kreatif, boleh try pergi Kedai Wakim ni, highly recommended to all B2B ok. Try tengok blog Wakim. Ada banyak benda kreatif boleh buat kalau kita rajin dan niat nak berjimat cermat.


















Ni antara idea yang ada, kalau nak tengok banyak lagi, google ok? Mesti korang akan dapat idea untuk something yang kreatif dan inovatif, yet menjimatkan. Kata Afiq, dia lebih prefer benda-benda yang dibuat sendiri, sebab nilai estetikanya ada dan kita mesti akan lebih menghargai benda tu. Dia memang tradisional sket orangnya. Yang penting korang happy dan puas hati dengan design korang. OK? Anyway, haritu masa aku pergi Pameran Pengantin, ada jugak vendor yang offer print special design atas design paper ni. Ixxora Bazar offer few design with reasonable price.


Kalau design black ink ni pun ada Ixorra bazar buat. Nice gak, Ixorra ada banyak option and ada bagi pakej sekali dengan marshmallow. 

At last, pilihlah mana yang anda suka yang lebih menjimatkan kos, masa dan space. Design macam ni cantik memang cantik, tapi personally, bagi aku tak berbaloi unless you want to feel "self esteem" or something like that. Afiq ajar aku untuk rasa self esteem itu dengan cara lain, nak tahu? 

Jawapannya...adalah dengan bersyukur. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195