08 January 2014

Tips Memilih Photographer & Videographer

Percaya tak photography and videography/cinematography adalah antara elemen yang paling penting untuk majlis bersejarah kita. To be honest, aku memang sangat suka photography, aku suka shot-shot yang cantik dan antara gambar yang paling meruntun jiwa adalah gambar-gambar ciptaan Tuhan yakni binatang atau tumbuh-tumbuhan yang hijau, gunung ganang, itu adalah bukti kebesaranNya. Allahuakbar.

Aku pernah bercita-cita nak jadi professional photographer ala ala Saiful Nang yang sudah menempah nama di merata tempat. Pendapat dia yang dia selalu share kat Facebook pun not bad, dah pun mengeluarkan pameran baru-baru ni di Muzium di Kelantan semasa beliau mengerjakan umrah. Gambar hasil tangan beliau memang perghhhh! Wedding yang Saiful Nang cover adalah gambar Pre Wedding Scha & Awal. Hasilnya memang lumayan. I really love the picture and editting skills.

Gambar yang dikecilkan resolusinya dan of course bukan gambar original dari Candid Syndrome
1. Harga
Of course lah harga, kita ada budget kita and please jangan terlebih budget. Photography and videography ni kita akan dapat soft copy dari vendor which is kita boleh print gambar tu next time kalau kita nak. Aku dulu at first plan nak amek photography sahaja, pre wedding memang out of my plan, post wedding ada dalam plan. Kata Afiq, hari kenduri tu kalau boleh dia tak nak ada outdoor shoot sebab dia nak layan tetamu kalau-kalau ada tetamu yang sampai lewat, nanti orang datang kenduri tak ada orang nak entertain guest yang sampai lewat kalau dia pergi outdoor shoot.

So, I come out with a plan post wedding. Sewa baju, pergi photoshoot kat mana-mana macam Golden Palm Resort ke Cameron Highlands ke sekali dengan honeymoon. So, ada banyak masa untuk photoshoot. For those yang nak jimat duit or even ada extra money, boleh allocate masa lain untuk post wedding kat mana-mana. I mean kalau nak jimat, post wedding boleh buat once you have the budget for it but sekarang pun most of the vendor offer free outdoor kan? At last, aku proceed je dengan plan outdoor shoot selepas event resepsi since majlis habis awal biasanya. InsyaAllah

2. Kualiti
Kualiti ni very subjective to talk about. Depend pada keinginan dan selera anda. Tepuk dada tanya selera. Ada certain photographer yang pandai ambil angle yang cantik, gunakan zoom dan lighting yang sesuai. Aku takkan elaborate in detail la sebab I'm not a pro. Tengoklah gambar yang macamana korang suka, angel yang macamana korang suka. Plus, sebenarnya korang boleh bincang dengan photographer korang nak gambar/angle yang macamana korang inginkan. Biasanya photographer ni sempoi and sporting orangnya, yang penting jagalah kebajikan mereka, make sure dorang makan before pergi shooting outdoor OK?

Antara videographer yang hebat aku duk usha is Peveyhack. Tapi rate dia agak mahal and I can't afford the cost, plus... kalau dah ada kawan yang boleh tolong dan kita berpuas hati dengan kualiti dia, why not? Rezeki sayalah tu agaknya. Alhamdulillah, but still, Afiq kurang bersetuju bila aku nak cakap hire videographer, tapi lepas dipujuk, diexplain, dia OK je as long as I'm happy. Kejam? Taklah, saya boleh dibawa berbincang. Tak ada masalah.


3. Complimentary & Additional Charges
Tengok apa complimentary yang mereka offer. Ada certain vendor yang offer complimentary custom album additional 20-30 pages. Highlight video 7-10 minit pun dah cukup lama sebenarnya, lama-lama nanti takut jenuh nak tengok. Pendrive untuk softcopy gambar/video. Macam aku, footage video memang aku akan request dari videopgrapher sebab aku dalam kategori rajin juga buat editting video ni. Kalau rajin, nak mengimbau semua kenangan, memang aku tengok je keseluruhan footage yang ada. Ada certain photographer/videographer yang request sediakan tempat tinggal dan of course kita kena bayar travelling expenses dorang kan? Tapi make sure semua tu reasonable la. Jangan pula travel dari KL ke Temerloh sampai RM300, tu dah dikira mahal aku rasa.

4. Senior vs. Junior
I'm not sure macamana dorang differentiate senior dan junior ni. Maybe berdasarkan berapa lama pengalaman mereka dalam bidang mereka ni. Whatever it is, aku yang fussy bab-bab gambar dan video ni memang kalau boleh nak lebih dari seorang untuk kedua-duanya. Sebab seorang videographer akan cover satu angle sahaja. Tapi kalau ada dua atau lebih videographer, dia akan ambil video/photo dari beberapa angle, semasa editting...lagi senang dan lagi cantik menggabungkan semuanya. Kalau boleh negotiate la untuk dapatkan lebih dari seorang, sekiranya vendor boleh explain dan convince korang untuk "apa yang mereka mampu offer" dengan kualiti yang not bad. Pertimbangkanlah, jangan jadi fussy sangat, tak baik buat orang menyampah kat kita. Kita mudahkan urusan orang, insyaAllah Dia akan mudahkan urusan kita juga.


Reminder
Make sure korang ada sign agreement dengan vendor ni in case dorang hilang, tak datang semasa event atau perkara-perkara yang tidak dijangka. Banyak jugak perkara ni berlaku, make sure you have your precaution steps ok. Reminder for myself jugak!

Mine
Murah kalau nak dibandingkan dengan vendor yang ada kat Klang Valley ni. Of course photographer dari Temerloh and cuba stalk hasil kerja dia eh. Yusuf Yamin Photography mungkin berbaloi untuk anda.
Manakala aku punya videographer is the one yang aku kenal masa program Travel Blogger to Travel Vlogger #TB2TV (boleh try search kat YouTube) anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia. So, this videographer antara yang paling rapat dengan aku semasa 4 hari program. Dan alhamdulillah, dia jugaklah yang terpilih antara 40orang peserta pada hari tersebut untuk program 10 hari di London dan kontrak 3 bulan bersama Snap Production.

1 comment:

  1. dalam pemilihan photographer yg profesional paling utama lihat kpa portfolio mereka...harga juga pnting kerana bajet untuk sebuah perkahwinan adalah sngat besar,,dan betul ckp admin ..heee tq

    ReplyDelete

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195