24 April 2014

Review: Pelamin Nikah

Aku takkan spend duit untuk benda-benda yang membazir. Benar, kata orang nikah, kahwin, sanding ni seumur hidup. Tapi aku lebih gemar dengan apa yang aku suka dan aku share dengan orang yang melihatnya. Nak menghakimi aku? Terpulang... It's me.

Ini ilham pelamin yang aku suka. Cantik, simple and nice. Warna pink ni sebenarnya senang nak cari match color. Pink ada banyak tone color yang lebih kurang sama yet menyerlah. Bagi aku, aku memang suka benda yang simple tapi cantik. Putih, pink lembut dan pink gelap sket untuk naikkan elemen warna pink yang pelbagai tu. Asalnya nak buat warna hijau putih atau beige putih which is warna yang nice dan tak heavy. Tapi sebab aku suka warna tone pink yang pelbagai ni, aku decide warna pink putih with lighting warna oren.


Those yang interested dengan design pelamin ni, Koleksi Imah antara butik pengantin yang terkenal di area Temerloh, Jengka dan Mentakab. Aku tengok design ni dalam sebulan sebelum majlis aku, then kagum tengok color yang sangat nice ni. Actually pelamin ni main dengan warna pink + putih sahaja. Then lighting tu of course kena ada untuk naikkan seri pelamin dan dalam rumah. Bercadang nak beli juga bunga warna macam ni, tapi as you all know, bunga artificial bukannya murah kan. Lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan fresh flower. Tapi sebab aku malas nak ambil supply bunga yang banyak dari KL, dengan cost pengangkutan dan other few reason yang membuat aku rasa "jangan nak susahkan diri sendiri." I decided untuk buat sendiri bunga warna warni tu guna kertas crepe.

Ni la asalnya background dalam rumah aku. Then, bila aku cakap nak buat majlis nikah kat rumah, Umi aku excited nak buat preparation sama-sama. So, Umi bantu siapkan langsir, jahitkan langsir dan Umi settlekan semua bab langsir. Dan masa balik cuti untuk persiapan kahwin, aku impress gila dengan langsir yang Umi buat. Memang cantik! Ya, simple. Maaflah ya. Aku memang suka benda yang simple tapi indah.

Sebulan lebih juga selepas aku tengok gambar pelamin dari Koleksi Imah tu, aku beransur-ansur buat bunga guna kertas crepe tu. Dari kat office, kat rumah, jenuh la mengentel-gentel kertas tu. Bab gunting yang paling leceh. Aku beli dalam 50-60 helai kertas crepe juga. Ada 4-5 warna yang aku beli, tapi semua warna yang lebih kurang sama. Ada certain kedai yang jual very limited choice of color. Tapi bila aku pergi kedai Maria yang supply barang student Art & Design kat Seksyen 2, Shah Alam tuada banyak pilihan warna dan of course lebih murah daripada sheets yang aku beli di Masjid India. Semua House? Tak cantik warna pilihannya...

Sehelai kertas crepe tu aku boleh buat 8 kuntum bunga. Dengan syarat setiap kuntum ada 4 lapis, kalau buat 5 atau 6 lapis boleh dapat 5-6 kuntum saja untuk setiap helai kertas crepe. Tapi sebab bunga tu nanti aku buat dalam bentuk jambak, so, aku buat 4 lapis je. Asal warna naik dan menyerlah.

Tapi bila tiba hari kejadian, ada kawan baik aku sorang tolong aku sejak hari Rabu ke hulu hilir teman aku buat macam-macam untuk persiapan wedding, macam-macam idea la dia dapat. Disebabkan bunga yang sedia ada tak cukup... masa buat pelamin pun aku still lagi gunting kertas, ikat dengan dawai dan bentukkan bunga tu. Mujur ada juga sepupu yang sudi tolong buat bunga dan memberi sokongan padu untuk buat lagi banyak bunga. Buat bunga crepe ni tak susah, tapi banyak steps. Hari Jumaat pukul 3 petang, barulah siap semua kertas crepe dan Seha tolong jambakkan dan susun keliling pelamin. Cantik dia buat. Credit to her ~ Nasieha Harun


Oh yaa... bantal warna pink tu pun buat sendiri. Aku beli 1 meter kain langsir dengan 3 warna. Pink cerah, pink dan pink gelap. Ada 3 tone color pink, minta tolong makcik jahitkan dan settle 6 biji bantal susun belakang pelamin. Lampu IKEA jangan lupa, berbaloi beli lampu IKEA ni, boleh pakai letak dalam bilik... Cantik.

Barang yang aku sewa - alas nikah, carpet putih, 3 flower stand dan payung sahaja which cost me RM200 for this stuffs.  Palette a.k.a pelantar pelamin aku minta adik lelaki aku tolong settlekan..mujur sudi bantu. Buntu juga aku masa hari Khamis tu tak ada orang willing to help me with this pelantar. Finally, ada yang kecik sket.. Alhamdulillah...

Then, Seha buat jambak bunga crepe tadi dalam 4-6 kuntum for each bunch. Then susun je keliling pelantar, mula-mula rajin la nak selit dengan jarum takut bunga bersepah... tapi bila dah banyak dan penat... kami susun je keliling pelantar tu. Atas flower stand tu plan asal nak letak pasu bunga dan cucuk-cucuk dengan bunga crepe tu, tapi tak jadi... sebab dah terlalu penat dan lapar. Then, Seha gabungkan saja jambak-jambak kecil tadi, buat jambak besar dan letak atas flower stand tu. Thanks to her, she helps me a lot.


Gambar waktu malam tak ada dalam simpanan nak dikongsikan dalam blog ni. Tapi yang penting, aku berpuas hati dengan hasil kerja tangan sendiri ni. Alhamdulillah...

08 April 2014

Review: Doorgift + Paper Bag

Mesti dalam dilemma nak buat doorgift macamana dan warna apa kan? Aku dulu start je lepas tunang, terus fikir nak bagi doorgift apa masa wedding. Sebab doorgift masa tunang aritu ala kadar je, lagipun tunang kan? So, since saya bukan yang fussy dan banyak duitsaya keluarkan mana yang mampu saja. Dah banyak buat review nak letak apa dalam bag doorgift anda? 

Ni antara apa yang aku buat untuk majlis resepsi aku. Majlis nikah pun ada buat simple doorgift untuk tetamu. Tapi langsung tak sempat capture gambar masa tu. Tapi doorgift masa majlis nikah prepared by Umi, Mak De dan sepupu sepapat di Desa Murni Kerdau. Alhamdulillah... 

Jemput tengok dan pertimbangkan apa yang aku dah buat untuk majlis aku last month. Mungkin membantu memberi idea untuk majlis korang pulak oke? =D


Bukan saja nak jimat kos, tapi aku prefer to do something different. Idea nak buat keje stamping ni masa aku pergi Muji kat Mid Valley, Muji jual stamp dan beg kanvas kosong then korang boleh pilih perkataan apa nak tulis pada bag tu, then I came up with an idea to do the same. Then, masa duk fikir macamana nak buat stamp dengan our own design ni banyak kedai jugak aku pergi, sampai sanggup pergi ChowKit sorang-sorang. Lepas tu parking kereta belakang bangunan RM8, jalan kaki sorang-sorang cari kedai stamp. Serius takut jalan sorang kat ChowKit even siang, aku terbayang je ada orang nak meragut la apa la.. Sumpah tak pergi sana sorang-sorang dah. 

Then, bila belek-belek internet jumpa satu web yang ada buat stamp craving. Korang boleh try tengok hasil karya Euphoria ni. Masa aku duk tengok design dia, rambang mata juga dengan design yang ada dalam koleksi Euphoria. Lepas tanya Cik Liza tu, aku decide untuk buat design sendiri je then dia akan crave untuk aku. Aku suka simple, then aku pilih yang paling simple untuk paper bag aku. Bayaran depend kepada saiz stamp korang dan design itu sendiri. Macam stamp aku tu, buat saiz 7cmx 4.5cm. Price is varied ok...Then, bila duk survey kat internet, ramai orang letak doiley paper pada paper beg ni. Doiley paper pun ada banyak color dah sekarang, kena bijak la pilih warna untuk naikkan seri brown paper bag tu. Paper bag ni pun ada yang tebal, ada yang kurang tebal. Kalau kurang tebal tu, nanti dia senang rosak. So, aku cadangkan to B2B kalau nak guna brown/white paper bag, pilihlah yang tebal sket k. 
Wakim pun ada banyak pilihan beg kertas. Rambang mata gak sebab ada banyak container plastic yang macam sesuai je. Harga sangatlah berpatutan. Haritu cadang aku nak beli 800 je, tapi bila dia offer harga yang lebih murah 1000 = RM180. Tebal dan agak panjang, ada yang lebar, depend pada items yang orang nak letak kat dalam bag tu nanti ok? Paper bag ni ada yang ada base, ada yang tak ada. Kalau beli yang nipis, you might need the base to support the paper bag. Takut bocor... kalau beli yang tebal, jimat kos.. tak perlu tambah base lagi dah. Try tengok paper bag choices kat Wakimpack ni
Seminggu gak nak gunting benda ni
At last, aku design sendiri juga tag pada paper bag ni. A simple one... Satu A4 boleh dapat 5 tag. Inilah hasilnya brown paper bag saya. Just a simple one... Muat untuk letakkan 2 ketul bahulu yang saya tempah dari Kak Syida (Qarina Qistina). Lembut dan sedap, makcik dan kawan-kawan cakap bahulu dia sedap. Aku tempah 750 bahulu asli + 750 bahulu pandan. Tahan seminggu ya bahulu macam ni. So, sila plan bila nak ambil tempahan bahulu tu. Dan juga Air Gau, iaitu Air Gau ni sebenarnya air mata air yang keluar berdekatan dengan masjid. So, Air Gau jadi pilihan Umi untuk dijadikan doorgift untuk majlis ni. Kalau nak tahu pasal Air Gau, mohon search sendiri ok? =D Sorry, barang doorgift aku memang prefer untuk letak makanan/minuman sebab suami suka trend orang zaman dulu bagi berkat (telur atau lauk pauk) kat orang ramai. Alhamdulillah hajat suami nak bagi telur pada tetamu kesampaian.

Sekiranya berminat untuk saya bantu anda design stamp/logo andamohon emailkan kepada email saya salwa.hanim@live.com with minimum charges. Anda boleh jimat banyak lagi kalau anda boleh buat/ikut idea saya. Indeed...