07 April 2014

Aku Terima Nikahnya...

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri dia, Muhd Afiq Syazwan pada 27 Jamadilawal 1435H selepas waktu isyak di rumah abah dan umi.

Tenang, air mata aku biarkan bergenang tanpa tumpah. Ini yang aku tunggu selama 24tahun, menjadi suri hati seseorang bergelar suami. Ikatan pertunangan selama lebih kurang 7 bulan, diduga dengan pelbagai cubaan dan dugaan, aku bersyukur... Dia pinjamkan aku ciptaanNya untuk menemani aku, membesarkan anak-anak aku dan hidup suka atau dukanya bersama.

Bila ditanya apa perasaan dia bila duduk depan tok kadi, dia kata dia rasa tenang, akhirnya penantian dia berakhir after all that happened. Alhamdulillah, I'm glad it happens. Bila ditanya aku soalan yang sama, aku terharu melihat dia yang
 akad untuk nama aku. Rupanya dia jodoh aku, syukur. Semoga jodoh ini berpanjangan, bahagia hingga ke syurga.

Sebelum akad nikah, aku duduk di belakang sisi kiri dia. Dia tak pernah menoleh aku kat sebelah sehinggalah tok kadi umumkan akad nikah itu sah, dan dia tersenyum. Masih terngiang-ngiang bagaimana dia menyebut lafaz akad nikah. Dan aku takkan lupa...

Alhamdulillah...
"Aku terima nikah Siti Salwa Hanim Binti Atan dengan mas kahwinnya RMXXX tunai."

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195