08 April 2014

Review: Doorgift + Paper Bag

Mesti dalam dilemma nak buat doorgift macamana dan warna apa kan? Aku dulu start je lepas tunang, terus fikir nak bagi doorgift apa masa wedding. Sebab doorgift masa tunang aritu ala kadar je, lagipun tunang kan? So, since saya bukan yang fussy dan banyak duitsaya keluarkan mana yang mampu saja. Dah banyak buat review nak letak apa dalam bag doorgift anda? 

Ni antara apa yang aku buat untuk majlis resepsi aku. Majlis nikah pun ada buat simple doorgift untuk tetamu. Tapi langsung tak sempat capture gambar masa tu. Tapi doorgift masa majlis nikah prepared by Umi, Mak De dan sepupu sepapat di Desa Murni Kerdau. Alhamdulillah... 

Jemput tengok dan pertimbangkan apa yang aku dah buat untuk majlis aku last month. Mungkin membantu memberi idea untuk majlis korang pulak oke? =D


Bukan saja nak jimat kos, tapi aku prefer to do something different. Idea nak buat keje stamping ni masa aku pergi Muji kat Mid Valley, Muji jual stamp dan beg kanvas kosong then korang boleh pilih perkataan apa nak tulis pada bag tu, then I came up with an idea to do the same. Then, masa duk fikir macamana nak buat stamp dengan our own design ni banyak kedai jugak aku pergi, sampai sanggup pergi ChowKit sorang-sorang. Lepas tu parking kereta belakang bangunan RM8, jalan kaki sorang-sorang cari kedai stamp. Serius takut jalan sorang kat ChowKit even siang, aku terbayang je ada orang nak meragut la apa la.. Sumpah tak pergi sana sorang-sorang dah. 

Then, bila belek-belek internet jumpa satu web yang ada buat stamp craving. Korang boleh try tengok hasil karya Euphoria ni. Masa aku duk tengok design dia, rambang mata juga dengan design yang ada dalam koleksi Euphoria. Lepas tanya Cik Liza tu, aku decide untuk buat design sendiri je then dia akan crave untuk aku. Aku suka simple, then aku pilih yang paling simple untuk paper bag aku. Bayaran depend kepada saiz stamp korang dan design itu sendiri. Macam stamp aku tu, buat saiz 7cmx 4.5cm. Price is varied ok...Then, bila duk survey kat internet, ramai orang letak doiley paper pada paper beg ni. Doiley paper pun ada banyak color dah sekarang, kena bijak la pilih warna untuk naikkan seri brown paper bag tu. Paper bag ni pun ada yang tebal, ada yang kurang tebal. Kalau kurang tebal tu, nanti dia senang rosak. So, aku cadangkan to B2B kalau nak guna brown/white paper bag, pilihlah yang tebal sket k. 
Wakim pun ada banyak pilihan beg kertas. Rambang mata gak sebab ada banyak container plastic yang macam sesuai je. Harga sangatlah berpatutan. Haritu cadang aku nak beli 800 je, tapi bila dia offer harga yang lebih murah 1000 = RM180. Tebal dan agak panjang, ada yang lebar, depend pada items yang orang nak letak kat dalam bag tu nanti ok? Paper bag ni ada yang ada base, ada yang tak ada. Kalau beli yang nipis, you might need the base to support the paper bag. Takut bocor... kalau beli yang tebal, jimat kos.. tak perlu tambah base lagi dah. Try tengok paper bag choices kat Wakimpack ni
Seminggu gak nak gunting benda ni
At last, aku design sendiri juga tag pada paper bag ni. A simple one... Satu A4 boleh dapat 5 tag. Inilah hasilnya brown paper bag saya. Just a simple one... Muat untuk letakkan 2 ketul bahulu yang saya tempah dari Kak Syida (Qarina Qistina). Lembut dan sedap, makcik dan kawan-kawan cakap bahulu dia sedap. Aku tempah 750 bahulu asli + 750 bahulu pandan. Tahan seminggu ya bahulu macam ni. So, sila plan bila nak ambil tempahan bahulu tu. Dan juga Air Gau, iaitu Air Gau ni sebenarnya air mata air yang keluar berdekatan dengan masjid. So, Air Gau jadi pilihan Umi untuk dijadikan doorgift untuk majlis ni. Kalau nak tahu pasal Air Gau, mohon search sendiri ok? =D Sorry, barang doorgift aku memang prefer untuk letak makanan/minuman sebab suami suka trend orang zaman dulu bagi berkat (telur atau lauk pauk) kat orang ramai. Alhamdulillah hajat suami nak bagi telur pada tetamu kesampaian.

Sekiranya berminat untuk saya bantu anda design stamp/logo andamohon emailkan kepada email saya salwa.hanim@live.com with minimum charges. Anda boleh jimat banyak lagi kalau anda boleh buat/ikut idea saya. Indeed... 

6 comments:

  1. Sis!!! great idea!! saya pon suke simple mcm ni... So skrg dh taw mcm mana nk buat stamping n order brown paper tu.. maceh!!!! ^^

    ReplyDelete
  2. harga cop untuk design and size macam tu berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hanya design ya, saya tak buat stamp tu.
      Charge saya daripada RM10 ke atas for each design.
      Terms and conditions apply. :D
      Boleh Whatsapp saya 0179201295

      Delete

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195