17 April 2015

Pregnancy Story I

Ramai betul kawan-kawan yang dah mula masuk fasa kahwin dan fasa mengandung. Tahniah! It's just a beginning. Banyak lagi yang akan anda hadapi lepas ni.

Menyambung cerita pengalaman awal pregnancy, bagi aku tak teruk mana morning sickness aku. Tapi bila aku tanya husband, teruk sangat ke morning sickness aku, dia cakap "A ah". Muntah-muntah awal pagi nak pergi kerja tu mesti, tapi not really muntah rasanya. Just rasa mual yang memang kena menghadap sinki bilik air paling sekejap 5 minit. Biasanya aku tak layankan sangat rasa mual, rasa nak muntah tu. Sebab aku kerja KL kan, rumah kat Klang..so, either you like it or not...memang kena gagahkan kaki pergi kerja.

Since aku pergi kerja naik KTM dari stesen Subang Jaya, tak jauh sangatlah aku meredah kehidupan dalam tren tu. But still, 45 minutes to reach KL Sentral to office. Asal nak KTM je dari Subang, memang jarang sekali la nak dapat seat. 4-5x jugak aku rasa nak pitam dalam train, mual. Sampai dah terduduk baru ada orang nak offer seat, and ada masanya bila aku dah nak pitam sangat, aku minta je nak duduk dari strangers yang tengah duduk. Nak bagi aku duduk atau nak hadap muntah aku atau nak usung aku keluar train. Ada juga masanya, aku tak tahan nak muntah...aku turun kat stesen mana yang terdekat. Duduk, tunggu next tren. My pregnancy journey wasn't easy.

Plus, my baby bump 5 bulan still nampak macam orang gemuk je. Hello! I'm pregnant la. Badan kecik macam aku ni bole ada perut gemuk ke? Maybe juga orang tak perasan sebab aku memang selalu pakai baju besar, longgar. Kalau pakai baju kurung, confirm baby bump tak nampak.

1 bulan - Fasa happy sebab baru kahwin
2 bulan - Fasa mual
3 bulan - Fasa fatigue - letih yang amat
4 bulan - Fasa demam. Setiap minggu aku demam.
5 bulan - Fasa kuat makan
6 bulan - Fasa berehat
7 bulan - Fasa sakit belakang. Memang tidur pun tak lena
8 bulan - Fasa mengah dan dah jadi pemalas
9 bulan - Fasa berjaga-jaga

Alhamdulillah. Suami yang baik adalah suami yang baik kepada isterinya. Mine? Bila aku tak lalu makan, dia carikan makanan yang aku boleh makan. Selalunya masa pregnant, aku tak ada selera nk makan nasi sangat. Aku lebih suka makan roti, ayam, daging, bihun. So, husband selalu masakkan macam-macam untuk make sure aku cukup tenaga bawa baby.

Kebetulan masa pregnant, time tengah bulan puasa. Mencabar, 13 hari aku tinggal. Sangat penat bila sampai office, dapat teguk air masak pun jadilah. Lagipun masa tu, aku memang selalu sakit badan, rasa nak pitam, even hb aku tak pernah turun dari 11.6g/dL. Sepanjang pregnant memang aku ada consume vitamin C, Vita Lea kadang-kadang ambil, kadang tak. Iron and Acid Folic dah stop consume sejak masuk 4 bulan. 

Masa pregnant 4 bulan, setiap minggu demam. Rasanya bulan tu berapa hari je aku kerja. Asyik ambil MC je terlepek kat rumah. Tidur. Badan rasa panas, tak larat nak buat kerja. Masak pun, simple je. Itupun kalau larat, kalau tak larat...husband juga yang masak bila dia balik rumah. 

Check up. Scan di Klinik Kesihatan Bandar Botanik, doktor kata baby girl sebab tak nampak "bird" baby, so doktor kata baby girl. Kami pun iyekan aje tanpa buat confirmation dengan buat 3D atau 4D scan baby kat klinik private. Iyelah, kami bukan orang yang berpendapatan tinggi, so, ukur baju di badan sendiri. Kami pilih untuk buat tunggu surprise dari Dia nanti. Lebih manis macam tu rasanya kan?

Baju pula. Aku memang jenis yang pakai baju longgar, so even aku mengandung 9 bulan, aku tak ada pun beli baju mengandung. Again, ukur baju di badan sendiri. Aku minta belikan skirt je, yang aku boleh pakai dengan t-shirt and kemeja yang still fit me in. Simple je hidup aku ni. Tak pernah pun minta bukan-bukan dekat husband. Apa dia mampu bagi, aku terima dengan tangan terbuka. Tak ada, tak pelah. Asalkan baby sihat dalam perut kan

15 April 2015

Perkhidmatan Design Logo

Banyak orang nak kahwin buat survey sebelum decide untuk buat doorgift, pelamin, warna pilihan dan sebagainya. Since banyak trend sekarang yang nak buat cop untuk majlis kahwin, saya ingin menawarkan servis untuk design logo yang mungkin anda ingin gunakan seperti apa yang saya gunakan masa majlis perkahwinan saya dulu.

Design ini saya buat sendiri mengikut kreativiti saya. Sekiranya anda berminat untuk saya design rubber stamp andasila email request anda ke
salwa.hanim@live.com
Saya hanya akan design logo anda sahaja tau. Mungkin anda boleh gunakan logo tersebut macam apa yang saya buat ini untuk jimatkan kos printing sticker (contohnya: doorgift Yasin). Daripada kita keluarkan kos printing sticker untuk ditampal pada lembaran untuk majlis kita, ada moleknya kalau stamp saja pada kad kahwin/doorgift. Saya juga gunakan design ni untuk "thank you" tag saya.

Saya menawarkan servis yang mudah dan murah kepada bakal pengantin. Nak bantu jimatkan kos saja. Sila refer entry review doorgift saya untuk lihat apa yang saya mampu jimat dan permudahkan majlis saya melalui design "thank you" tag dan sebagainya.

Happy to help the bride-to-be out there.

I'm Pregnant!

Ho yeah! As a newly weds of course la kita akan rasa excited to get pregnant. Ada certain orang cakap, anak first ni beruntung sebab semua orang menantikan kehadiran dia, dan kadang-kadang anak kedua tu tak dirancang, so called as accident. Tak tahulah, tak ada pengalaman. My personal thought, the kids is innocent. Pandai buat, pandai tanggung lah ya.

First time I got the instinct that I'm pregnant semasa aku ada trip ke Segamat, Johor. I ate a lot, pening sepanjang perjalanan and of course sakit di bahagian rahim. Then, aku minta suami temankan aku pergi beli pregnancy test kat Guardian. Beli yang ada 2 batang dalam satu paket tu. First test, nope. No lines at all. Then, I'm just smiling at husband and said... "perasaan je kot". Suami cakap... "Awal lagi sayang, sabar ya."


"Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya), maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati)."

2 weeks after the incident, I started to feel breast tenderness yang hebat. Usik sikit je memang rasa sakit gila. I messaged my old friend yang dah ada anak, dia cerita pasal pengalaman dia pregnant and breastfeeding. Bad news for her baby, dia tak dapat nak breastfeed baby dia sebab lepas baby lahir, susu tak banyak menyebabkan baby marah sebab susu sikit. Since then, she feeds her baby with the formula milk. But then, her breast mula la bengkak dan sedikit bernanah. Katanya, sakit bengkak susu lagi sakit daripada nak beranak. I can't say more la sebab tak pernah experience both situation. Breast tenderness masa 1st month memang menyakitkan. Perut mula rasa cramp dan keras tapi tak sakit sangat. Breast tenderness tu yang memang sakit. Balik rumah, aku curi-curi buat pregnancy test sebab tak nak bagitau husband if the result is negative.

Tapi hampeh, result still negative. Tak keluar apa-apa result. 3 hari aku monitor result UPT tu, tapi still negative. Yelah, manalah tau kalau line tu lambat timbul ke kan. Aku dengan rasa innocent bagitau husband aritu aku buat test tapi tak nak bagitau result kat dia. Then he said, patut pun tak ada result, dia tak tahu aku buat test. Then, aku beli another 2 UPT kat Guardian. Ingat nak check sebelum sampai rumah, tapi sebab rasa bersalah... tak jadi. Tunggu sampai rumah baru buat test. Lepas buat test (tanpa husband tahu sebab takut result negatif lagi dan mengecewakan dia), aku tunggu result diam-diam.

Alhamdulillah, ada line. Aku pun pergi mengada dekat husband... Bagitau the result is positive. Respon dia? "Alaa..dah tau dah." Ok, menyampah. Tak nak buat surprise dah.

15 Mei 2014, itulah tarikh aku dapat tahu yang aku dah mengandung. Then, aku terus search kat internet about how to calculate my due date. So, 15 Mei 2014 tu, aku dah dikira 5 minggu mengandung. Usia kandungan bergantung kepada hari pertama haid terakhir (last period began).

Wafiq Naufal in my womb - 12 weeks scan.
Husband only allow to scan the baby after 3 months - which is cukup masa untuk buat buku pink kat klinik kesihatan. That's the first time that I saw Naufal in my womb. Feeling dapat tengok segumpal darah yang dah cukup sifat ada kaki dan tangan tu...hanya Tuhan yang tahu.

And hariniiaitu hampir setahun yang lalu... Alhamdulillah. Muhammad Wafiq Naufal lahir dan membesar dengan sihat.