17 April 2015

Pregnancy Story I

Ramai betul kawan-kawan yang dah mula masuk fasa kahwin dan fasa mengandung. Tahniah! It's just a beginning. Banyak lagi yang akan anda hadapi lepas ni.

Menyambung cerita pengalaman awal pregnancy, bagi aku tak teruk mana morning sickness aku. Tapi bila aku tanya husband, teruk sangat ke morning sickness aku, dia cakap "A ah". Muntah-muntah awal pagi nak pergi kerja tu mesti, tapi not really muntah rasanya. Just rasa mual yang memang kena menghadap sinki bilik air paling sekejap 5 minit. Biasanya aku tak layankan sangat rasa mual, rasa nak muntah tu. Sebab aku kerja KL kan, rumah kat Klang..so, either you like it or not...memang kena gagahkan kaki pergi kerja.

Since aku pergi kerja naik KTM dari stesen Subang Jaya, tak jauh sangatlah aku meredah kehidupan dalam tren tu. But still, 45 minutes to reach KL Sentral to office. Asal nak KTM je dari Subang, memang jarang sekali la nak dapat seat. 4-5x jugak aku rasa nak pitam dalam train, mual. Sampai dah terduduk baru ada orang nak offer seat, and ada masanya bila aku dah nak pitam sangat, aku minta je nak duduk dari strangers yang tengah duduk. Nak bagi aku duduk atau nak hadap muntah aku atau nak usung aku keluar train. Ada juga masanya, aku tak tahan nak muntah...aku turun kat stesen mana yang terdekat. Duduk, tunggu next tren. My pregnancy journey wasn't easy.

Plus, my baby bump 5 bulan still nampak macam orang gemuk je. Hello! I'm pregnant la. Badan kecik macam aku ni bole ada perut gemuk ke? Maybe juga orang tak perasan sebab aku memang selalu pakai baju besar, longgar. Kalau pakai baju kurung, confirm baby bump tak nampak.

1 bulan - Fasa happy sebab baru kahwin
2 bulan - Fasa mual
3 bulan - Fasa fatigue - letih yang amat
4 bulan - Fasa demam. Setiap minggu aku demam.
5 bulan - Fasa kuat makan
6 bulan - Fasa berehat
7 bulan - Fasa sakit belakang. Memang tidur pun tak lena
8 bulan - Fasa mengah dan dah jadi pemalas
9 bulan - Fasa berjaga-jaga

Alhamdulillah. Suami yang baik adalah suami yang baik kepada isterinya. Mine? Bila aku tak lalu makan, dia carikan makanan yang aku boleh makan. Selalunya masa pregnant, aku tak ada selera nk makan nasi sangat. Aku lebih suka makan roti, ayam, daging, bihun. So, husband selalu masakkan macam-macam untuk make sure aku cukup tenaga bawa baby.

Kebetulan masa pregnant, time tengah bulan puasa. Mencabar, 13 hari aku tinggal. Sangat penat bila sampai office, dapat teguk air masak pun jadilah. Lagipun masa tu, aku memang selalu sakit badan, rasa nak pitam, even hb aku tak pernah turun dari 11.6g/dL. Sepanjang pregnant memang aku ada consume vitamin C, Vita Lea kadang-kadang ambil, kadang tak. Iron and Acid Folic dah stop consume sejak masuk 4 bulan. 

Masa pregnant 4 bulan, setiap minggu demam. Rasanya bulan tu berapa hari je aku kerja. Asyik ambil MC je terlepek kat rumah. Tidur. Badan rasa panas, tak larat nak buat kerja. Masak pun, simple je. Itupun kalau larat, kalau tak larat...husband juga yang masak bila dia balik rumah. 

Check up. Scan di Klinik Kesihatan Bandar Botanik, doktor kata baby girl sebab tak nampak "bird" baby, so doktor kata baby girl. Kami pun iyekan aje tanpa buat confirmation dengan buat 3D atau 4D scan baby kat klinik private. Iyelah, kami bukan orang yang berpendapatan tinggi, so, ukur baju di badan sendiri. Kami pilih untuk buat tunggu surprise dari Dia nanti. Lebih manis macam tu rasanya kan?

Baju pula. Aku memang jenis yang pakai baju longgar, so even aku mengandung 9 bulan, aku tak ada pun beli baju mengandung. Again, ukur baju di badan sendiri. Aku minta belikan skirt je, yang aku boleh pakai dengan t-shirt and kemeja yang still fit me in. Simple je hidup aku ni. Tak pernah pun minta bukan-bukan dekat husband. Apa dia mampu bagi, aku terima dengan tangan terbuka. Tak ada, tak pelah. Asalkan baby sihat dalam perut kan

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195