01 January 2016

Blighted Ovum - Missed Miscarriage - Bleeding - Miscarriage

5 November 2015
"Sayang, kenapa perut sayang nampak buncit. Sayang pregnant eh?"

Lepas suami cakap macam tu, aku pun terhegeh2 beli UPT test. At the same time, aku dah start perasan few sign of pregnancy. Susu badan pun dah start drop. Malam tu, check UPT kat rumah - positive. Aku and suami memang happy. Alhamdulillah... Rezeki baru Allah nak bagi. Boleh Naufal ada kawan baru. Kira punya kira, masa tu dah masuk 8 weeks dah.

Dah mula2 berkira2 nama anak baru. And both of us expecting baby girl and dying to named her Nur Wafiqa Nada and I choose to call her Nada. Selalu usap2 perut panggil Nada, Nada.

15 November 2015
First check up. Ikutkan baru 9weeks pregnant. Tapi sebab aku cuti time tu, pergi je la check up. Kebetulan scan klinik rosak. Petang tu husband balik, dia ajak pergi scan kt Klinik Azian. Masuk jumpa Doktor untuk scan, lembut je Doc tanya dah berapa minggu bla3.

Scan punya scan, doc cari kantung. Jumpa kantung, cari heartbeat...eh, kenapa tak ada? Aku pun memang dah pelik. Kecik lagi kot? Doc minta aku refer hospital, tapi aku taknak, sebab expecting baby still so small to see her. 2x refer klinik kesihatan scan baby untuk tengok development baby. 2-2 kali memang doc tak nampak baby. So, instinct aku cakap memang baby tak ada ni. But sometimes, berperang juga dengan perasaan kenapa tak nampak Nada... Nada sihat tak? Kenapa Mama still tak nampak Nada? Menangis, berdoa tanpa henti doakan Nada sihat dan membesar dengan baik dalam kantung Mama.

12 December 2015
Decided untuk ke Hospital Temerloh straight jumpa specialist di EPAU (Early Pregnancy Assessment Centre).

Scan for about 15minutes untuk doc confirmkan memang tak ada baby lepas bincang dengan rakan doktor lain. Just a sac. I knew it is blighted ovum. Tapi doktor prefer to say it misses miscarriage sebab aku dah masuk 14 minggu tapi still belum miscarriage.

Kes macam aku biasanya kantung jatuh sendiri around 2 - 3 months. After a very look research from few experience friends and relatives dan juga En. Google. Ada juga yang kena D&C lepas tumpah darah.

Doc check serviks guna speculum muncung itik tu. Nyeri aku tengok, kenapalah kena benda2 macam ni time macam ni. Btw, doc bagi date 6 Jan 2016 untuk schedule D&C di Hospital Temerloh. Aku pun ok je, sebab aku actually sangat2 prefer dia keluar sendiri instead of cuci.

Sebelum balik Klang, sempat pergi berurut dan bertungku dengan orang yang aku biasa berurut. Segar badan lepas berurut bertungku. Beli air akar kayu sekali, nasihatnya minum la sikit2 biar elok sikit flow darah dalam badan.

25 December 2015
Start period dah. Aku lega sebab dah start period, sebab I know tak lama turunlah sac tu.

31 December 2015
Start rasa slow contraction. Aku cuti, so duduk rumah je la dengan Naufal. Steady masak untuk Naufal bla3 dengan dia.

Malam ada makan2 kat perjiranan aku ni. Kuat gak contraction malam ni. Tapi bila tidur, contraction hilang tak macam contraction nak beranak sakit tak kira masa. Tapi, ketul2 darah pekat dah start keluar. Aku steady je pakai pad overflow takut darah banyak keluar.

1 January 2016
Bangun pagi si suami dah start baca articles untuk defence dia tak lama. Seriau katanya..aku kata nak gi melawat makcik di Hulu Langat, pastu boleh balik Pahang terus. Sebab rasanya tak lama dah nak keluar sac ni kalau contraction dah kuat macam ni.

Tengah siap2, laju plak flow darah keluar ni. Blubb, terasa ada keluar ketul besar keluar, cepat2 masuk bilik air, cuci... Tengah cuci pad, darah mencurah2 keluar...terus terduduk dalam bilik air. Non stop. Dalam 45 minit darah keluar, aku just lalukan air pada lantai biarkan air cuci darah yang memang macam air paip keluar. Bila rasa ada benda nak keluar, aku mencangkung, teran sikit memang ada ketul keluar. The best part, aku dapat teran kantung kosong tu keluar. Panas je masa aku angkat kantung tu dari lantai bilik air, letak dalam bekas.

"So, that's it?"

Tak ada, darah makin laju keluar... Suami bawa Naufal pergi beli tapau makanan kat luar sebab dah pukul12, aku tak makan dan suami tak sempat nak kelam kabut jaga Naufal and masak at the same time.

Aku dah start rasa nak pitam, ada bangku... Tumpangkan kepala pada bangku nak bagi kepala sama level dengan jantung. 5minit je tahan, rasa terus nak jatuh. Aku ke pintu bilik air, meniarap berbantalkan lengan, alaskan kepala dengan alas kaki, hampir pengsan sorang2. Aku selawat je banyak2 masa tu. Breath properly, terasa ada ketul besar keluar. Aku tak larat nak cuci, biarkan je semua benda yang keluar masa tu.

Suami balik bawak makanan tengok aku dah terlantar depan bilik air.

"Sayang, sayang ok tak?"
Aku tak larat langsung, rasa macam biru dah muka, sejuk. "Tak.."
Aku minta suami selimutkan badan sebab rasa sejuk sangat, dengan dah main dengan air 1 jam lebih, memang Allah je yang tahu.
Suami buatkan air Ribena bagi aku minum, 5inch je aku mampu angkat kepala. Suami tidurkan Naufal dulu sebab Naufal macam penat sangat, mengantuk. Lepas tu, baru dia tolong angkat aku.

Aku sembur bilik air yang dah berdarah2, cuci badan dengan sabun. Keluar cari tempat landing selain dari dalam bilik sebab Naufal guna kipas while aku sangat kesejukan masa tu. While suami masuk bilik air, simpankan kantung dan darah ketul besar (mungkin uri) balut elok2.

Terus terlelap dalam 15 minit, suami siapkan lunch, nak angkat kepala pun tak larat. Dia suapkan makan sikit2 sampai aku larat duduk. Aku bukan spesis yang mengada-ada nak bermanja-manja tak pasal unless I need it. Mujur punya suami yang sudi melayan tiap kali jerih pedih aku.

Lepas suami bagi aku makan, kemaskan dapur. Dua-dua pun tertidur, mujur Naufal pun tidur masa tu, so bolehlah berehat2 sikit. Kesian suami, dah la tengah nervous dengan defence session dia tak lama. Bangun awal pagi dah baca buku, articles. Tidur malam lewat study. Kena jaga aku, Naufal, Conan and Ran yang juga lepas operation neutering, jahitan pun dah terbuka sikit sebab aktif sangat main kejar sana sini. Allah, terima kasih kurniakan aku suami yang baik hati, lemah lembut dan bertolak ansur.

Petang makcik datang melawat aku sebab aku tak jadi melawat dia as I had planned earlier. Dia bawa makanan sekali, nasihat itu ini bla3. Dia offer jaga Naufal untuk aku ke hospital, tapi aku ni... Kalau bab Naufal, kalau boleh biarlah aku dan suami yang jaga sendiri. We both decided balik Pahang esoknya untuk proceed check serviks aku and Naufal pun boleh bermanja dengan nenek dia. Dia ngam dengan nenek dia, so biar suami dan mak yang jaga dia in case aku admitted ward.

Perut dah tak rasa sakit. Harap2 dah complete miscarriage. Tunggu jap lagi aku gi check kalau2 aku perlukan D&C juga. But, aku doakan tak perlu D&C lagi dah sebab tak suka berjauhan dengan Naufal dan suami.

Blog ini ditulis atas sebab keperluan masa depan yang mungkin boleh menjadi rujukan. Sebab aku pun banyak Google pasal kes blighted ovum, missed miscarriages, complete miscarriage. Ada satu blog aku baca 3minggu lepas, terkesan di memori aku. Sampaikan aku boleh termimpi blog dia, dan kisah tumpah darah dia hampir sama dengan apa yg aku alami. So, at least I am ready for it.

After a very long wait, sejak aku tahu kandungan ini kandungan blighted ovum, puas berperang dengan perasaan sendiri, ketakutan dan penantian yang penuh tanda tanya. Technically, I carry "hope" of Wafiqa Nada for 15 weeks. *Tears*

Btw, semoga bermanfaat. Sambutan tahun baru 2016 aku dimulakan dengan baik, inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195