16 May 2015

Pregnancy Story III - Delivery

Haaa..this is the best part about pregnancy kan.

Fikir pasal nak ambil cuti maternity awal, plan nak ambil cuti seminggu awal dari due date. My due date pada 15 Januari 2015. Cantik kan figure ni kalau my baby lahir 15.01.15. Tapi baby nak keluar awal sket, can't wait to see mommy....peace!

Nak dijadikan cerita, Isnin tu nak pergi kerja macam biasa...pagi tu tengok mucus plug (refer sini untuk tengok jenis mucus plug) keluar dengan banyaknya. Kind of lendir la yang keluar. At first malam tu keluar sikit ingatkan keputihan macam biasa, tapi sepanjang aku pregnant, mana ada keluar keputihan. So, aku dah expect tu mucus plug. Bangun pagi tu husband tanya nak pergi kerja tak, aku cakap nak pergi kerja sebab tak sakit pun. But then, lepas mandi husband cakap..tak payahlah kerja...nanti kalau jadi pape tengah jalan macamana. Dah la kerja jauh, naik train bagai. So, aku pun rileklah kat rumah start Isnin tu. Husband balik kerja dalam pukul 6 sampai rumah, sempat la masakkan makan malam macam biasa. Well, he loves to eat at home, so masak simple pun jadilah. Malam tu makan nyum nyum nyum...

Selasa dan Rabu... Tak kerja juga sebab mucus plug still banyak keluar. Aku duk baca la, air ketuban ni jenis yang macamana, kot la apa yang keluar tu air ketuban ke kan. First timer la katakan.. Mana nak tahu, tapi aku macam yakin je tu bukan mucus plug sebab air ketuban ni orang kata panas dan memang macam air la. Buat kerja rumah macam biasa haritu. Then, contraction begin around 2am Selasa malam. Aku dah keluar masuk bilik, cek bawah...takut kalau ada bleeding ke apa..then aku baring kat tilam depan tv. Memang tak boleh tidur, sakit dia lain macam. Masa tu da start fikir tu contraction, tapi tak cukup kuat untuk aku kejut suami dan terus pergi hospital. Plus, tak nak kejutkan suami sebab kesian kat dia kerja kan, he needs rest. So, layan je sakit tu keluar masuk bilik je malam tu. Memang tak dapat tidur, lelap kejap-kejap je.

Bangun subuh dalam pukul 6.30, aku dah kejutkan husband. Baring kat sebelah dia cakap, "Sayang...wa dah nak bersalin kot", dia pun rilek je usap2 kepala aku tanya sakit sangat dah ke? Aku cakap tak pun, dalam 15-30minit sekali. So, rasanya bukaan pun tak besar lagi kot. So, aku rilek je..solat, guling-guling layan sakit kat atas tilam dulu. Husband buatkan air je, aku paksa diri makan roti, even masa tu memang tak ada selera langsung nak makan. Tapi sebab nak make sure tenaga ada untuk layan process tu, makan la sikit.

Dalam pukul 7am, aku terbaring lagi, husband siap-siap barang nak bawa pergi hospital. Aku tengok je dia keluar masuk siap-siapkan barang. Then, aku bangun mandi...pergilah hospital. Sampai kat Hospital Klang tu, parking jauhlah sket. Husband tanya nak dropkan aku kat Emergency area ke, aku cakap tak nak.. Aku nak jalan lagi, biar mudah sket bukaan tu harapnya. Terus cari PAC (Patient Assessment Centre), nurse suruh tukar baju...kena soal selidik sket pastu kena baring kat katil untuk CTG and check bukaan.

CTG ok masa tu, tapi part check bukaan tu aku tak leh nak bayang. Yang cek tu HO yang baru seminggu dua kat PAC... Perghhh..memang sakit gila..aku nak nangis. Aku tak tau camne dia cek bukaan aku sampai aku tak boleh nak pee. Rasa ngilu semacam, pastu rasa fobia gila nak jumpa doc untuk cek bukaan. By the way, rupanya baru 2cm buka. Perrgghh, baru 2cm...sakit dia.... derr. Then doc suruh balik, but then nurse cakap...kenapa 2cm boleh bagi balik? Tak pasal-pasal aku kena admit HTAR hari tu.

Aku cakap nak balik sebab bukaan baru 2cm masa doktor pakar buat rondaan dalam pukul 3pm macam tu, nak balik bukan sebab aku tak nak cepat bersalin, tapi sebab aku taknak duduk HTAR tu lelama. Mengikut pelan asal, memang nak bersalin kat Pahang. So, masa tu fikir..kalau 2cm...sempat lagi ni shot balik Temerloh. Tapi kena masuk wad gak. Demm...

Ada doc lelaki houseman gak petang tu cek, borak2 dia tanya kenapa kena minum air gula apa semua according to my record la. Then, jawapan aku sebab naik more than 2kg for 2weeks. Lagipun, aku memang kuat makan masa tu. Dia cakap..ooo, biasanya kalau kuat makan ni baby boy. Tapi semua orang cakap baby aku baby girl, sebab baby bump kecikla apa laa.. He's the only one yang cakap I carried a baby boy. Petang tu, taiko doctor datang cek..dia cakap kenapa tahan dia padahal bukaan baru 2cm, then he allows to discharge. Yeeyyyyy! Nak balik Temerloh bersalin. 

Settle discharge dalam pukul6.30. Husband bawa pergi makan dulu, lepas makan balik rumah kejap, ambil Conan and barang2 berpantang kat rumah. Dalam pukul8 bertolak balik Temerloh. Sakit? Memang lah sakit, contraction still ada. Tapi aku tahan je la. Sepanjang perjalanan balik kampung, aku relaks je kat sebelah. Kadang-kadang contraction tu hadap aje lah. Sampai rumah abah around 11pm. Aku masuk bilik...lepas solat... tidur, sebab badan penat sangat dah melayan sakit. Malam tu contraction macam biasa, memang tak lena pun tidur. Contraction kejap, pastu aku tidur balik. Tapi tidur ayam je.

The next day, hari Khamis... aku tak nak pergi hospital awal-awal lagi. Siap-siap mandi aku landing depan tv, tengok tv. Husband, abah, mak tanya bila nak pergi hospital... Aku jawab nantilah. Tak sakit sangat lagi. Tapi sakit contraction pagi tu sebenarnya makin kerap dan makin kuat. Tapi sebab aku tak nak nanti pergi hospital tengok bukaan baru 2 atau 3cm. Jenuh nak menunggu. Semua kawan yg dah ada pengalaman bersalin aku mesej sorang2. Tanya pendapat nak pergi hospital sekarang atau camne. At last, pkul3 aku ajak husband pergi hospital. Serah diri la..sebab masa tu dah start risau pasal baby. Takut baby lemas atau dah makan najis kat dalam perut.Kalau ikut aku, memang tak mo lagi pergi hospital.

Sampai hospital, aku lapar...tak makan lagi. So, pergi cari makan dulu before pergi PAC. Sampai PAC pukul 5, tunggu punya tunggu pukul 7 baru cek bukaan. Taarrraaaa...baru 4cm. Aku cakap...alamak! ish...mau tak nervous nak bersalin? Doc kata, lepas ni terus masuk labor room...aku pun jadi happy. Doc kata, kalau ikut kiraan jam..dalam pukul12 malam nanti bersalin la aku.

Husband tapaukan makanan, tunggu jap. Pukul10 masuk labor room, terus kena buat CTG, cek jantung baby macamana. Doc check graf CTG, dia kata sekejap lagi saya pecahkan air ketuban. Pukul11 dia pecahkan air ketuban, haaa...ni baru air ketuban. Panas, banyak! Doc check air ketuban, katanya baby dah berak dalam perut. Perasaan dipecahkan ketuban? Haha..of course la sakit bila bawah tu kena masuk dengan alat dia, aku nampak tangan doc tu ada darah. Dalam hati aku...perrgghhh! Istighfar la banyak2 ya...

Zasss pukul 12 dah kena drip ubat. Husband pun dah boleh masuk temankan aku. Borak-borak dengan husband...pukul1,2 contraction memang dah perghhhh.. Zikir memang tak putus2 dari mulut. Husband dah mula suruh praktis buat breathing.

alam pukul2 aku dah sakit sangat, rasa nak mengelupur je atas katil. Husband pegang tangan kanan, tangan kiri aku duk ramas, pegang2 punggung and pinggang yang sakitnya Tuhan aje yang tahu. Nurse inject painkiller kot kat drip aku. Mabuk, lalok. Aku tidur sejam. Bangun tidur pukul 3am, contraction makin kuat, rasa nak mengelupur lagi. Breathing memang dah ke laut. Tapi aku try la fokus kat husband yang duk usap kepala and pegang tangan aku. Masa tu dah rasa nak teran sangat. Sakit yang rasa macam tak tertahan dan rasa nak lepaskan sakit tu dengan meneran.

Nurse terus check bukaan sebab tengok aku dah start meneran. Bab check bukaan ni la yang paling aku tak tahan sekali, by that time...bukaan 7-8cm dah. Aku fikir...oih, kalau 8cm sakit macam ni, sakit 10cm macamana? Dalam 30minit doc tinggalkan aku dengan contraction tu, di-monitor oleh nurse 2 orang...aku tak leh tahan. Nak teran gak, tak kira! Sakit sangat dah ni.

Dalam aku duk teran-teran sorang tu, nurse kelam kabut. Dia betulkan kaki yang mengangkang tu. Nurse check, dah nampak kepala. Aku dah letih masa tu. Dalam 10min gak aku stuck nak teran, kepala baby dah nampak. Husband duk ajar lagi buat breathing then push. Nurse cakap...rilek..kumpul tenaga dulu baru push. Haha, memang kelaut dah push tu sebab dah penat. Sakit tu tak, tapi penat meneran even kepala baby dah nampak. Nurse suruh teran lagi, dia cakap, dia nak gunting sikit...haha, gunting laa, tak sakit pun. Actually, bukan tak sakit...tapi kesakitan nak keluarkan baby tu buat kulit kena gunting tu tak rasa apa-apa pun.
Dalam pukul 5, nurse cari doc sebab nak vacuum baby. Aku memang dah letih nak meneran. Doc tak ada, nurse handle aku. Dia vacuum, then tak lama lepas tu aku tak tahu macamana, baby dah keluar around 5.00am. Terus nurse letakkan atas perut aku, aku usap baby kat atas perut tu. Lega, mulut tak putus-putus melafaz Alhamdulillah Allahuakbar. By that time, aku tak nampak pun muka baby. Nak angkat badan pun tak larat. Then, husband tanya...teka..laki ke pempuan? Dalam hati aku, takkanlah lelaki? Then, aku senyum.. Tanya kenapa? Husband cakap lelaki... Aku tersenyum puas. Alhamdulillah.

Lepas je baby keluar letak atas perut, baby senyap je tak nangis. Aku pun tak tahu nak react macamana. Risau pun ada sebab baby tak nangis. Terus nurse bawa baby keluar. Nurse minta husband keluar sebab nak jahit pulak. Jahit pun dalam sejam jugak. Lepas jahit..aku keluar, duduk atas wheelchair kat depan labor room.

Oh yaa..labor room Hospital Temerloh terbaik. 1 patient in one room. Sementara menunggu aku ditolak ke wad, aku nampak 2-3orang baby baru lahir yang kena cuci dan dikira panjang dan berat dia. Air mata mengalir masa tengok baby tu. Nurse cakap my baby kena hantar kat wad lain sebab tadi dia kurang response. Masa tu aku sangatlah risau kalau baby tak ok.
Ditolak ke wad dalam pukul 7am. Kebetulan full house, aku dapat masuk bilik single. Duduk sorang-sorang...cuak! Aircond macam tak boleh nak sejuk lagi agaknya. Aku pakai sweater husband, pakai stokin, rambut diikat. Tapi sebab sejuk, aku tutup terus kepala....cuak la pulak bila kena duduk kat bilik Kelas Pertama.

Alhamdulillah, pengalaman bersalin di hospital kerajaan (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh) baik-baik belaka. Mintalah pada Allah semoga dipermudahkan urusan bersalin kita. Allahuakbar...

Cerita pantang? To be continued...NOTE: Tak usahlah berhabis-habisan bersalin di hospital swasta, pendapat aku... daripada korang spend 2-3k nak bersalin kat swasta. Lebih baik duit tu guna buat akikah anak. Sakit beranak sama saja. Kalau anak korang/korang ada komplikasi masa lahirkan anak atau lepas lahirkan anak, nanti still kena refer hospital kerajaan. Walaubagaimanapun, kalau korang kaya raya, pilih sajalah mana-mana nak bersalin. Water birth pun boleh

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195