15 September 2016

Rezeki - Milik Allah 100%

Ini entry ke -100 saya.

Masa dapat tahu UPT test positif haritu masa usia kandungan 5 minggu. Lepas berhenti kerja, sebelum raya. So, masa raya tu bila orang tanya bila nak tambah anak, I was like....ZzzZZzzz. Bila tak ada anak kang, tanya bila nak ada anak. Bila ada anak sorang, sibuk tanya bila nak tambah lagi sorang. Bila ada anak beberapa orang, sibuk cakap kita tak pandai merancang. Betul kan? Hebat komuniti kita ni. Sangat caring dan concern. But somehow, ada juga yang bertanya tu hanya untuk dijadikan topik perbualan. Aku OK jeee... Aku tak expect apa-apa dari sesiapa. Unless orang tu menguris hatiku ini, memang lama aku simpan.

Masa tu dah berhenti kerja. Tiba-tiba ada unexpected things happened. Termenung aku memikirkan masalah keluarga yang walaupun ianya bukan tanggungjawab aku lagi, tapi sebagai anak sulung, itu adalah masalah yang aku kena bantu. Suka tak suka, I started to hunt a job again sebab kena tolong keluarga. At least, kena tolong mak bayar kereta or at least belanja makan/dapur mungkin adik lelaki boleh tolong support sikit-sikit even itu sebenarnya dah jadi tanggungjawab dia. Sibuklah aku apply job sana sini. Lepas raya dapat few calls dari 3 difference company. 1 company offer contract 6 months, lagi 2 company tu offer full time/permenant la. Aku pergi ketiga-tiga interview. Company yang offer contract tu paling awal offer the job, but since contract and pay per hour, tak berbaloi nak kerja 6 months contract macam tu.
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."- Al Talaq : 2-3
Second job di Kota Kemuning call for offer and start immediately. 3 hari kerja sana, dapat offer job dari third company yang offer better benefits. Alhamdulillah... Tapi disebabkan this is actually a very new company (startup level), risau betul kalau tak dapat commit disebabkan dapat tahu pregnant baru-baru ni. New startup company memerlukan sangat banyak effort, pro-active workers and many more. Dah ada anak sorang, nanti kalau asyik nak cuti sebab nak pergi checkup pun rasa serba salah kan? Then aku call HR inform her that I'm pregnant and ask her if they still can accept me in the team. Masa tu, banyak-banyak doa semoga Allah mudahkan perjalanan aku je la. Kalau ada rezeki tak kemana kan? Kalau bukan rezeki kita, makanan dalam mulut pun boleh terkeluar semula.

2 hari lepas call HR pasal perkara tu, she called me back and I'm so nervous to answer her call. By the way, Allah itu Maha Besar, she was saying that the Head of the Department is ready to accept me in the team. Hebat! Masa tu mulut tak berhenti-henti mengucapkan Alhamdulillah. Aku yakin ini rezeki dari Dia buat anak-anak nanti dan juga mak.

Buku pink tak buat pun lagi, 2 hari sebelum nak report duty di Sunway Ordera aku pun pergi la buat buku pink. Sorang-sorang je, husband nak teman, pagi tu dia bangun awal-awal dah bersiap nak temankan ke klinik. Lepas tengok Naufal sedap je tidur, tak apalah... bagitau suami tak payahlah ikut, biarkan Naufal tidur lama sikit. Kesian dia.

Very first picture of my twins - 10 weeks
Nak buka buku pink biasanya procedure dia panjang sikit sebab kena soal selidik dengan nurse. Bila tiba masa nak scan kat doctor, aku buat macam biasa je la. Scan je kan? Harap-harap jantung baby semua OK, Alhamdulillah. But guess what, doktor letak je transducer tu atas perut, aku nampak ada 2 kepala, masa tu doktor tengah setting machine, aku dah..."Eh.....". Then doktor sambung scan perut aku, dia cakap.... "Eh, twins eh?". Aku cakap, "I tak tahu pun doktor". Lepas tu aku tersengih-sengih sambil tengok monitor. Borak-borak dengan doktor. Tanya dia kantung lain ke apa semua dia cakap tu nanti kena scan dengan pakar kat hospital, kena ambil appointment.

Aku keluar bilik doktor dengan perasaan yang bercampur baur. Happy but risau. Memang sampai kat rumah la aku duk fikir pasal macamana la nak jaga 2 orang sekaligus. Masa husband naik kereta (masa tu nak pergi beli barang dapur, balik dari klinik), aku bagi dia buku pink tu dengan gambar scan. Dia tanya, satu je? Apa yang satu? Dua la tu, aku cakap. Pastu dia terdiam. Aku cakap lagi, "Twins la sayang."
"Haaaa? Tipu."
"Betul la..."
Lepas tu sunyi kejap 2 minit, both of us melayang dalam fikiran masing-masing about having twins! Then, tiba-tiba dia cakap... Kena beli carseat satu lagi ni. Hahaha...

This time, this twins really a miracle, a gift. Aku dah la tak sangka mengandung, tiba-tiba twins pula. Berganda-ganda rezeki Allah buat aku. Kami gembirabersyukur. Namun, terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum/selepas kehadiran twins ni. Kami cuma harapkan twins ni sihat walafiat keduanya. Mampu menceriakan rumah kecil kami.

Yakinlah, rezeki itu hak Allah. Aku cukup tersentuh dengan kasih sayang dan pemberian dari Allah yang tak pernah putus. Allah sentiasa sayangkan kita. Jangan sesekali lupa diri.

No comments:

Post a Comment

Cadangan? Bantahan? Teguran? I'm ready for any comments, encouragements or critics. "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" - Al-Baqarah 1: 195